Saturday, October 23, 2010

Perisytiharan Calon N45 Galas dan Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu 2010


Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz telah mengisytiharkan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecul N45 DUN Galas

Saya berkesempatan bersama Majlis Sambutan 20 Tahun Kelantan Membangun Bersama Islam yang diadakan bersebelahan Masjid Gua Musang itu. (Gambar atas)

Tekaan saya tepat! Dr. Zulkifli Mohamad dipilih sebagai sebagai calon PAS.

Friday, October 1, 2010

DAP buat laporan polis bantah ceramah UMNO

KUALA TERENGGANU – Pembangkang buat laporan polis di sini semalam bagi membantah ceramah anjuran UMNO di Besut bertajuk ‘Ceramah Isu Semasa DAP Anti Islam’ yang dijangka berlangsung hari ini.

Laporan polis itu di-buat atas nama Pengerusi DAP Cawangan Kampung Cina, Ng Chai Hing, 50, di Ibu Pejabat Polis Daerah, di sini, jam 10 pagi semalam.

Chai Hing ketika ditemui berkata, butiran berhubung ceramah itu disedari selepas wujud poster dan dua kain rentang besar yang dipasang di Bangunan UMNO Besut dan di depan Sekolah Rendah Kebangsaan Chung Hwa Besut.

Ceramah tersebut dijadualkan berlangsung hari ini pada jam 9 malam di padang Sekolah Kebangsaan Padang Luas, Jertih dengan menampilkan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh sebagai penceramah, di samping beberapa yang lain iaitu Abdullah Saamah dan Datuk Mohd Alwi Che Ahmad.

Sehubungan itu, beliau berkata, laporan terpaksa dibuat berikutan bimbang ia akan mengundang suasana negatif rakyat terutama kebencian masyarakat Melayu dan Islam terhadap DAP.

Dalam masa sama, katanya, ceramah sedemikian juga disifatkan satu fitnah dan pembohongan untuk mencemar kreadibiliti DAP yang didakwa telah mendapat kepercayaan dan sokongan terutama dalam kalangan kaum Melayu dan Islam.

“Tindakan UMNO me-nganjurkan ceramah yang bertajuk ‘DAP Anti Islam’ boleh mencetus kemarahan kaum dan mengundang suasana huru-hara dan perasaan kurang senang antara kaum,” katanya ketika ditemui pemberita di luar Balai Polis Daerah, di sini, semalam.-Sinar Harian