Monday, September 9, 2013

Rumah Terbuka PAS Terengganu; kerjasama Pakatan Rakyat Sampai Bila-bila

Saya turut sama memeriahkan  majlis sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Idulfitri PAS Terengganu di perkarangan pejabatnya, Taman Sri Intan, Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu pada 5 September lalu.

Bersempena hari perayaan itu, saya menegaskan dan mahukan kerjasama dalam Pakatan Rakyat di negeri ini diteruskan hingga PRU14 dan seterusnya.

Jika kita, dalam Pakatan Rakyat dapat terus jalinkan kerjasama dengan semangat setiakawan berterusan, tidak mustahil kita akan dapat Terengganu dan Putrajaya (Malaysia) pada PRU14.


Saya harap kita dalam pakatan (PR) dapat terus jalinkan kerjasama dan setiakawan hingga pilihan raya akan datang dan seterusnya sampai bila-bila.

DAP juga membantu Lynas dalam kempen bertema 'Kuburkan Lynas dengan sejuta tandatangan' akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, Parlimen Malaysia, kedutaan Jepun dan Australia serta institusi yang ada kaitan niaga dengan Lynas.

Saya bersama rakan Cheong Siow Foon berjaya mengumpul hampir 500 tandatangan bagi menyokong bantahan terhadap operasi kilang nadir bumi Lynas di Kuantan Pahang, sempena majlis rumah terbuka Idulfitri PAS Terengganu.


Wednesday, August 28, 2013

Rumah Terbuka dan Jamuan Hari Raya Dun Paka


Jamuan Raya Dun Paka diadakan pada 24 Ogos, 2013 di Dataran PGU Paka bersama YB kita Ustaz Satiful Bahri Mamat bermula Jam 11.45pagi hingga 3 petang.

Ustaz Satiful atau Saiful Bahri adalah juga Tmbalan Pesuruhjaya I Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu.

Pada PRU-13 belau menang sekali lagi apabila bertanding di DUN Paka. Kali pertama beliau menang adalah semasa PAS menjadi kerajaan negeri Terengganu pada tahun 1999

Saya turut hadir memeriahkan rumah terbuka atau jamuan hari raya Dun Paka

Monday, August 19, 2013

Bersama Rumah Terbuka Hari Raya Chukai Khas Untuk Warga Tionghua


Pada 17 Ogos 2013 saya hadir memeriahkan program pihak MTD Chukai yang mengadakan rumah terbuka sempena hari raya khas untuk kaum Tionghua.

Majlis tersebut diadakan di Jalan Jakar Kampung Dusun Nyior yang mempunyai majoritinya masyarakat Cina.

Saya mendapati sambutan luar biasa masyarakat Tionghua itu dan dianggarkan lebih 500 orang terdiri warga emas, wanita dan kanak-kanak berduyun-duyun datang meraikannya pada majlis makan malam tersebut.

YB Haji Hanafiah meraikan warga Tionghua Chukai dan Kemaman dengan makan malam gulai kawah empat ekor kambing import dan sate ayam serta pelbagai jenis minuman.

Dalam ucapan aluan YB Haji Hanafiah, beliau turut melafazkan bercakap beberapa patah perkataan dalam bahasa mandarin sekaligus menceriakan suasana gamat di kalangan para hadirinnya.

Turut hadir bersama saya adalah En Jeffri Chua, Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS negeri Terengganu