Sunday, March 10, 2013

Cheong Siow Foon sebagai pengarah pilihan raya DAP Kuala Terengganu.

Saya mengajak pengundi Tionghua khasnya dan rakyat Terengganu umumnya, menolak persepsi bahawa kerusi MCA di DUN Bandar adalah kekal kepada BN.

Meski pun DAP tidak bertanding walau pun satu kerusi di Terengganu, kita  menyatakan komitmen untuk kekalkan Parlimen Kuala Terengganu kepada PAS dan kita juga akan tolong Pakatan Rakyat untuk menang dan ‘rampas’ kerusi Dun Bandar dari tangan MCA-Barisan Nasional.

Persepsi rakyat dan pengundi Tionghua (Cina) perlu diubah bahawa Dun Bandar ini mesti untuk MCA, wakil orang Cina dan kita (DAP) mahu (kerusi) Parlimen dan Dun (Bandar) diberi kepada Pakatan Rakyat.

DAP pada 7 Mac 2013 telah secara rasminya menubuhkan Jawatankuasa Penyelaras Jentera DAP bagi PRU13 untuk Parlimen Kuala Terengganu.

Dengan penubuhan itu, saya yakin, parti-parti dalam Pakatan Rakyat, PAS, PKR dan DAP mampu menjaga kebajikan rakyat serta pengundi masyarakat tionghua lebih baik dari MCA.

Sekarang rakyat mempunyai pilihan baru dengan membuat perubahan, memilih calon Pakatan Rakyat sama ada PAS atau PKR di Terengganu selain MCA yang sudah tidak relevan lagi.

Kita juga sukacita mengumumkan perlantikan Cheong Siow Foon sebagai pengarah pilihan raya DAP Kuala Terengganu.

Saturday, March 2, 2013

Bersama YB ADUN Batu Burok Melaporkan Rasuah dan Salah Urus Pembalakan Kerajaan Umno-BN Terengganu Ke SPRM

KUALA TERENGGANU - PAS dan beberapa buah Badan Bukan Kerajaan (NGO) di negeri ini telah membuat satu laporan dan menyerahkan dokumen berkaitan amalan rasuah dan salah urus pembalakan yang dilakukan oleh kerajaan Umno-BN Terengganu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM).

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, penyerahan dokumen tersebut penting kerana berdasarkan maklumat yang terkandung didalamnya,  ia mungkin melibatkan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said.

“Hari ini, kita (PAS) datang bersama dengan beberapa buah NGO untuk membuat penyerahan dokumen-dokumen penting kepada pihak SPRM Terengganu berkaitan dengan isu pembalakan di negeri ini.

“Kita telah membuat penyerahan dua dokumen yang begitu penting, yang membabitkan tentang rasuah, salah urus dan salah laku pengurusan balak di bawah pentadbiran Dato’ Seri Ahmad Said selaku Menteri Besar Terengganu.

“ Kita (PAS) dapati sebanyak 12 (syarikat) pembalak dikehendaki membayar setiap syarikat RM2.5 juta kepada sebuah syarikat guaman di Kuala Lumpur. Selain, membayar secara rasmi premium kepada kerajaan negeri Terengganu. Mereka kena bayar ‘under table’ (bawah meja) RM2.5 juta,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media di pejabat SPRM Terengganu, Wisma Persekutuan, dekat sini, pada Khamis 28 Februari. [Lihat Video]
Beliau berharap pihak SPRM dapat mengambil tindakan lanjut dan hasil siasatan yang positif berhubung penyelwengan tersebut.

Menurutnya, jumlah pembayaran ‘under table’ sebanyak RM2.5 juta yang dikenakan kepada 12 buah syarikat pembalakan tersebut mencecah RM30 juta.

Katanya, tender pembalakan tersebut adalah kategori skim kilang papan (sawmill scheme) telah diluluskan kepada 12 buah syarikat konsesi, dengan setiap syarikat mendapat kawasan seluas 1000 ekar.

“Projek ini adalah projek Skim Kilang Papan (SKP) di mana 12 syarikat telah dipanggil untuk diberikan satu kawasan konsesi balak seluas 405 hektar atau 1000 ekar bagi setiap syarikat. Premium rasmi yang perlu dibayar kepada kerajaan negeri sebanyak RM3,700 sahaja.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita15/kam-balak3.jpg“Tetapi, mereka (pembalak) juga dikehendaki membayar RM2.5 juta kepada sebuah syarikat yang diwujudkan contohnya, ‘Syarikat A,B,C” yang diwujudkan di Kuala Lumpur, melalui satu Firma Guaman yang kita dapat kesan,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau selaku Penolong Setiausaha Agung PAS menyarankan kepada mana-mana NGO yang prihatin serta anti penyelewengan dan rasuah agar dapat membuat laporan polis di setiap daerah di negeri ini.

Dua dokumen tersebut telah diserahkan kepada Penolong Pegawai Siasatan SPRM Terengganu, Mohd Fadzil Abd. Jabar kira-kira jam 12.00 tengahari di Pejabat SPRM Terengganu.

Hadir sama adalah Pengerusi Amanah Terengganu, Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah, Presiden Gabungan Anak Terengganu (Gate), Ahmad Amzad Hashim, Setiausaha Ikatan Mantan Adun dan MP Parlimen (Imam) Terengganu, Che Ghani Ambak dan Pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Mohd Fauzi Abu Samah.

Sebelum itu, sekitar jam 11.50 pagi, kumpulan terbabit yang diketuai oleh Dr Syed Azman sempat mengadakan demontrasi aman di hadapan pintu masuk Wisma Persekutuan mendesak kerajaan negeri di bawah kepimpinan Dato’ Seri Ahmad Said meletak jawatan sebagai MB Terengganu.

Pelbagai slogan dipamerkan kepada orang ramai seperti “Hasil Negeri BN Rompak”, “MB baham Balak”, “BN Khianat Melayu”, “Siasat Mat Said Segera”, “Rakyat Tolak Rasuah” dan “Balak Milik Rakyat”.