Monday, October 10, 2011

Belanjawan PR ambil kira pendapat ahli ekonomi




KUALA TERENGGANU – Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Heng menyelar mana-mana pihak yang menganggap Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat (PR) sebagai janji kosong.

Menurutnya, bajet yang dibentangkan PR telah mengambil kira pandangan pakar ekonomi bagi memastikan kebajikan rakyat terbela di bawah pembangkang.

Beliau berkata, rakyat boleh melihat keberkesanan yang ditunjukkan pembangkang melalui negeri-negeri yang ditadbir PR seperti di Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

“PR telah berjaya mengurangkan defisit bajet untuk menambah peruntukan kepada golongan berpendapatan sederhana.

“Ini benda yang kita rangka bersama pakar ekonomi dalam PR dan kerajaan bawah PR di Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan telah menunjukkan belanjawan kita,” katanya.

Beliau turut memberi keyakinan bahawa belanjawan itu bukan janji politik atau cakap kosong pembangkang untuk menarik perhatian rakyat.

Chai Heng berkata, dengan pembentangan bajet PR, pihaknya mampu mencapai kelebihan yang tidak mampu dicapai pihak kerajaan sepanjang pemerintahan lebih 50 tahun.

“Kita mampu beri RM1,000 kepada suri rumah kalau kita mampu selamatkan penyelewengan,” katanya.

Pakatan Rakyat sebelum ini membentangkan belanjawan tahunannya tiga hari lebih awal sebelum kerajaan Pusat mengumumkan Bajet 2012.

Ia dikatakan sebagai belanjawan alternatif pakatan itu sebelum Bajet 2012 dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan semalam di Dewan Rakyat.

Monday, October 3, 2011

MCA bukan lagi pilihan orang Cina

Ramai perwakilan MCA tidak yakin MCA akan menang besar dalam pilihan raya umuk akan datang.
Mereka mendakwa MCA bukan lagi parti tunggal kaum Cina kerana DAP  lebih menonjol dan lebih ke depan dalam isu masyarakat Cina.

Weng Suen Tan berkata, dalam banyak perkara DAP lebih ikhlas membantu masyarakat bawahan orang Cina yang miskin  dan tinggal di kampung.

“Kita tengok masyarakat Cina Pulau Pinang  gembira dengan kerajaan negeri DAP Pulau Pinang.

“Mereka kata pemimpin DAP Pulau Pinang lebih bagus dari menteri MCA,” katanya.

Perwakilan Melaka, Kian Peng berkata, ramai pengundi Cina hilang keyakinan kepada MCA.
Katanya, MCA belum dapat menunjukkan parti itu benar-benar berjiwa rakyat.

“MCA selalu mengungkitkan mereka hanya mereka parti orang Cina yang terbaik.

“Tapi rakyat tidak suka dengan ungkapan seperti ini.

“Tidak semua orang Cina menyokong MCA kerana MCA juga berpecah. Ramai yang tidak boleh menerima kepimpinan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek,” katanya. - FMT