Monday, September 9, 2013

Rumah Terbuka PAS Terengganu; kerjasama Pakatan Rakyat Sampai Bila-bila

Saya turut sama memeriahkan  majlis sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Idulfitri PAS Terengganu di perkarangan pejabatnya, Taman Sri Intan, Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu pada 5 September lalu.

Bersempena hari perayaan itu, saya menegaskan dan mahukan kerjasama dalam Pakatan Rakyat di negeri ini diteruskan hingga PRU14 dan seterusnya.

Jika kita, dalam Pakatan Rakyat dapat terus jalinkan kerjasama dengan semangat setiakawan berterusan, tidak mustahil kita akan dapat Terengganu dan Putrajaya (Malaysia) pada PRU14.


Saya harap kita dalam pakatan (PR) dapat terus jalinkan kerjasama dan setiakawan hingga pilihan raya akan datang dan seterusnya sampai bila-bila.

DAP juga membantu Lynas dalam kempen bertema 'Kuburkan Lynas dengan sejuta tandatangan' akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, Parlimen Malaysia, kedutaan Jepun dan Australia serta institusi yang ada kaitan niaga dengan Lynas.

Saya bersama rakan Cheong Siow Foon berjaya mengumpul hampir 500 tandatangan bagi menyokong bantahan terhadap operasi kilang nadir bumi Lynas di Kuantan Pahang, sempena majlis rumah terbuka Idulfitri PAS Terengganu.


Wednesday, August 28, 2013

Rumah Terbuka dan Jamuan Hari Raya Dun Paka


Jamuan Raya Dun Paka diadakan pada 24 Ogos, 2013 di Dataran PGU Paka bersama YB kita Ustaz Satiful Bahri Mamat bermula Jam 11.45pagi hingga 3 petang.

Ustaz Satiful atau Saiful Bahri adalah juga Tmbalan Pesuruhjaya I Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu.

Pada PRU-13 belau menang sekali lagi apabila bertanding di DUN Paka. Kali pertama beliau menang adalah semasa PAS menjadi kerajaan negeri Terengganu pada tahun 1999

Saya turut hadir memeriahkan rumah terbuka atau jamuan hari raya Dun Paka

Monday, August 19, 2013

Bersama Rumah Terbuka Hari Raya Chukai Khas Untuk Warga Tionghua


Pada 17 Ogos 2013 saya hadir memeriahkan program pihak MTD Chukai yang mengadakan rumah terbuka sempena hari raya khas untuk kaum Tionghua.

Majlis tersebut diadakan di Jalan Jakar Kampung Dusun Nyior yang mempunyai majoritinya masyarakat Cina.

Saya mendapati sambutan luar biasa masyarakat Tionghua itu dan dianggarkan lebih 500 orang terdiri warga emas, wanita dan kanak-kanak berduyun-duyun datang meraikannya pada majlis makan malam tersebut.

YB Haji Hanafiah meraikan warga Tionghua Chukai dan Kemaman dengan makan malam gulai kawah empat ekor kambing import dan sate ayam serta pelbagai jenis minuman.

Dalam ucapan aluan YB Haji Hanafiah, beliau turut melafazkan bercakap beberapa patah perkataan dalam bahasa mandarin sekaligus menceriakan suasana gamat di kalangan para hadirinnya.

Turut hadir bersama saya adalah En Jeffri Chua, Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS negeri Terengganu

Saturday, August 10, 2013

Bersama Majlis Hari Raya Keluarga Presiden PAS


Kemeriahan sambutan Idulfitri dapat dilihat diperkampungan Rusila Marang, di halaman rumah Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan pelbagai juadah tradisinya seperti nasi minyak gulai kawah, lemang, ketupat nasi, sate dan rendang.

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi dan isterinya, To’ Puan Seri Hajah Zainab Awang menerima kunjungan rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat kanak-kanak, anak-anak muda, dewasa, wanita, warga emas, Melayu dan Cina.

Antara pemimpin bukan Islam yang hadir ke rumah terbuka tersebut Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing dan Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Encik Jefri Chua.

Tuesday, July 23, 2013

Kaum Tionghua Kuala Besut Teruja Mahu Cipta Sejarah 16:16

Pengerusi DAP negeri Terengganu, Ng Chai Hing berkata, kaum Tionghua Kuala Besut sebenarnya terlalu teruja untuk melihat PAS menang seklaigus menjadikan kedudukan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu 16:16.

Ng Chai HingKatanya, berdasarkan pertemuan beliau dengan kaum itu dalam program kempen pilihanraya, rata-rata mereka memberi perakuan akan menyokong calon PAS Haji Endut@Azlan Yusof yang lebih dikenali sebagai ‘Che Long’.

Beliau menolak dakwaan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa 90 peratus orang Cina di Kuala Besut menyokong calon BN pada PRK ini.

“Rata-rata masyarakat Cina di Kuala Besut tidak sabar untuk melihat kedudukan kerusi di Terangganu menjadi 16:16,” katanya ketika ditemui membantu jentera kempen PAS di Kuala Besut hari ini.

Katanya, walaupun orang Cina di sini adalah ahli MCA tetapi tidak semestinya mereka mengundi calon BN pada PRK Kuala Besut.

“Daripada maklum balas yang saya terima rata-rata orang Cina tidak sabar untuk melihat 16:16,” katanya.

PAS dalam kempen PRK Dun Kuala Besut menggunakan tema ‘16:16 Terengganu Baru’.
Terdahulu, Liow Tiong Lai dalam siri berkempen di Kuala Besut tiga hari lepas menyatakan 90 peratus orang Cina di sini akan kembali kepada BN.

Sementara itu, Ng Chai berkata calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman boleh dibatalkan daripada bertanding di Dun Kuala Besut kerana perbelanjaan melampaui had yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Katanya, di dalam peraturan pilihan raya SPR hanya menghadkan setiap calon yang bertanding di peringkat Dun sebanyak RM100,000.

Katanya, jumlah perbelanjaan yang besar melayakkan calon BN dibatalkan membenarkan calon PAS menang percuma.

“Sebelum penamaan calon, calon itu dah melakukan kesalahan kerana mengagih bantuan Bakti Remaja kepada pengundi yang berumur 21 tahun hingga 40 tahun pada PRK ini,” katanya.

Justeru, beliau menyifatkan PRK Kuala Besut mencatat rekod sejarah politik Malaysia di Terengganu kerana dalam masa 10 hari hampir RM400 juta ditabur kepada rakyat.

“Tak marah nak bantu rakyat Kuala Besut, tetapi biarlah berterusan lepas PRK buat lagi projek untuk bantu rakyat miskin di sini,” katanya.

SPR selaku pengadil di dalam pilihan raya ini, katanya jangan hanya memekakkan telinga dengan apa kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan BN.

“SPR, ada mata tapi buta, ada mulut tapi bisu, ada telinga tapi pekak,” katanya sinis.

Friday, May 10, 2013

Tidak benar PR Pulau Pinang gagal dapat sokongan pengundi bukan Cina


GEORGE TOWN, 9 MEI: Tuduhan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa Pakatan Rakyat Pulau Pinang gagal mendapat sokongan pengundi bukan Cina ternyata meleset dan tidak benar sama sekali kerana undi popular yang diperolehi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) meningkat sebanyak 7.7 peratus iaitu daripada 58 peratus pada Pilihan Raya Umum 2008 kepada 65.7 peratus pada PRU-13, 5 Mei lalu.

Ketua Menteri, Lim Gua Eng berkata, manakala bagi kerusi DUN, Barisan Nasional (BN) hanya mendapat undi popular sebanyak 32% dengan bakinya merupakan undi rosak dan undi untuk calon bebas.

Katanya, bagi kerusi Parlimen pula, Pakatan Rakyat mencatatkan peningkatan undi popular sebanyak 4% iaitu daripada 63% pada 2008 kepada 67% pada PRU-13, sedangkan BN hanya mendapat 31% dengan bakinya adalah undi rosak.

PR P.Pinang % Undi Popular PRU2008 vs PRU2013 (DUN and Parlimen)
PR P. Pinang % Undi Popular PRU 2008 % Undi Popular PRU 2013 Pertambahan Peratusan Undi Popular
Parlimen 63.0% 67.0% 4.0%
DUN 58.0% 65.7% 7.7%
Termasuk undi rosak

- Pengurangan pecahan undi daripada PRU 2008 dengan PRU 2013 menunjukkan majoriti pengundi Pulau Pinang menyokong Pakatan Rakyat pada kadar serupa di peringkat Parlimen dan DUN.

PR P. Pinang # undi popular PRU2008 vs PRU2013 (DUN dan Parlimen)
PR P. Pinang # bilangan undi sah PRU2008 # bilangan undi sah PRU 2013 Pertambahan jumlah undi sah
Parlimen 341836 492863 151027
DUN 319757 490798 171041

- Pertambahan bilangan undi di peringkat DUN adalah lebih besar berbanding pertambahan bilangan undi Parlimen. Ini memperlihatkan peningkatan keyakinan terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, pertambahan undi popular untuk Pakatan Rakyat sebanyak 7.7% boleh dikaitkan dengan pertambahan sokongan daripada semua komuniti di Pulau Pinang iaitu Cina, India dan Melayu.

“Walaupun terdapat pertambahan signifikan pengundi Cina dan India, terdapat juga pertambahan daripada pengundi Melayu. Jika tidak bagaimana mungkin sebuah negeri dengan 35% pengundi Melayu dapat memberikan 66-67% undi popular bagi Pakatan Rakyat di kedua-dua kerusi DUN dan Parlimen?

“Memandangkan adalah mustahil untuk mendapat sokongan 100% daripada kedua-dua kaum India dan Cina, pertambahan undi popular dan majoriti seperti yang boleh dilihat di bawah hanya boleh didapati daripada peningkatan sokongan pengundi Melayu,” katanya dalam kenyataan media.

Undi Majoriti PR P. Pinang PRU2008 vs PRU2013 (DUN dan Parlimen)

PR P. Pinang PR Majority GE2008 PR Majority GE2013 Pertambahan majoriti
Parliament 141733 263004 121271(+86%)
State 97418 257552 160134(+164%)
 
                                                                    














Majoriti undi Pakatan Rakyat bertambah sehingga 86% bagi kerusi Parlimen dan sehingga 164% bagi kerusi DUN untuk PRU kali ini berbanding PRU 2008. Fakta menunjukkan dengan jelas bahawa Pakatan Rakyat menang di Pulau Pinang lantaran meningkatnya sokongan daripada ketiga-tiga komuniti kaum.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, DAP kesal dengan sikap UMNO dan MCA yang membangkitkan isu perkauman dengan kononnya wujud tsunami Cina sedangkan sebenarnya ia adalah tsunami rakyat Malaysia daripada semua tiga kaum terbesar di Pulau Pinang.

“Permainan api perkauman yang dimainkan BN ini sangat bahaya memandangkan kita telah melihat di sepanjang tempoh kempen bahawa sebenarnya kumpulan penyokong BN berketurunan Cina daripada persatuan 1Malaysia yang bertindak kasar terhadap kaum Cina sendiri, manakala penyokong Melayu BN bertindak kasar terhadap orang Melayu.

“Orang Melayu dan bukan Melayu bukanlah sebodoh yang disangka BN sehingga boleh termakan sentimen perkauman yang dimainkan BN, dan mereka pastinya akan menolak politik konfrontasi perkauman BN dan menerima politik kolaborasi Pakatan Rakyat. Saya telah menyebut dalam ucapan majlis angkat sumpah saya semalam bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang 2.0 akan berlaku adil kepada semua tanpa mengira kaum, agama dan pendirian politik, termasuk mereka yang menyokong BN,” katanya. – Roketkini.com

Sunday, April 14, 2013

Bersama Treler Negara Berkebajikan PAS di Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU - Lebih 4,00 orang hadir mendengar ucapan pemimpin PAS dan menyaksikan persembahan Azhan Atan serta Ustaz Azhar Idrus, sempena kehadiran Treler Negara Berkebajikan 'Optimus Prime' di Dataran Shahbandar dekat sini, pada Isnin malam, 8 April.

Antara pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat Terengganu serta NGO  yang hadir adalah Pesuruhjaya PAS  Haji Mohd Abdul Wahid Endut, Timbalan Pesuruhjaya 3 Dr Alias Razak, Pengerusi PKR Azan Ismail, Pengerusi DAP Ng Chai Hing dan Pengerusi Amanah Terengganu Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah.



Saturday, April 6, 2013

Wartawan Kena Kerja ikhlas, Lapor Secara Profesional

MARANG - Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang mendesak agar kerajaan Barisan Nasional (BN) berlaku adil dan telus dalam pilihan raya umum kali ke-13  yang dijangka berlaku pada akhir bulan ini.

Beliau berkata, perlawanan politik dalam negara yang mengamalkan prinsip demokrasi mesti diadakan di atas ‘padang’ yang sama rata.

“Harapan kami (mahu) pilihan raya secara demokratik dalam erti kata yang sebenar dapat dilaksanakan. Sebagaimana di tempat (negara) lain menjalankan demokrasi sebenar seperti di Indonesia, Filipina, Thailand, Mesir dan termasuk di negara lain yang sentiasa membuat pembaharuan.

“Ini penting (supaya) rakyat diberi dengan cara yang hak dan telus. Media adalah saksi yang adil, yang memberi peluang kepada semua pihak. Perjalanan pilihan raya dijalankan dengan cara yang adil dan telus. Pilihan raya diadakan di atas ‘padang’ yang sama rata,” tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di kediamannya Kampung Rusila, di sini semalam 3 April.

hari ini, sempena pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteridi hadapan 30 pengamal media di negeri ini.

Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut menasihatkan semua pengamal media agar menjalankan kerja secara ikhlas, jujur dalam laporan serta berlaku profesional.

“Nasihat saya kepada pihak media, wartawan kerja dengan ikhlas, lapor semua (dengan betul), yang buat silap orang lain (pihak editor) itu saudara-saudari tidak bertanggungjawab.

“Cuma saudara kena catit apa yang kita (PAS) lapor..itu hal saudaralah. Tunaikan secara profesional sebagai wartawan. Kita tahu di Malaysia ini..yang atas (editor) macam-macam ceritalah. Kita (PAS) akan bagi kerjasama dan laluan kepada wartawan...jaga keselamatan. Media rakan kita,” ujarnyadi hadapan 30 pengamal media di negeri ini yang hadir pada sidang media tersebut.

Hadir sama pada sidang media tersebut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, Setiuasaha PAS Terengganu, Yahya Ali, Pengerusi DAP Terengganu, Encik Ng Chai Hing dan Timbalan DHPP Terengganu, Jefri Chua.

Sunday, March 10, 2013

Cheong Siow Foon sebagai pengarah pilihan raya DAP Kuala Terengganu.

Saya mengajak pengundi Tionghua khasnya dan rakyat Terengganu umumnya, menolak persepsi bahawa kerusi MCA di DUN Bandar adalah kekal kepada BN.

Meski pun DAP tidak bertanding walau pun satu kerusi di Terengganu, kita  menyatakan komitmen untuk kekalkan Parlimen Kuala Terengganu kepada PAS dan kita juga akan tolong Pakatan Rakyat untuk menang dan ‘rampas’ kerusi Dun Bandar dari tangan MCA-Barisan Nasional.

Persepsi rakyat dan pengundi Tionghua (Cina) perlu diubah bahawa Dun Bandar ini mesti untuk MCA, wakil orang Cina dan kita (DAP) mahu (kerusi) Parlimen dan Dun (Bandar) diberi kepada Pakatan Rakyat.

DAP pada 7 Mac 2013 telah secara rasminya menubuhkan Jawatankuasa Penyelaras Jentera DAP bagi PRU13 untuk Parlimen Kuala Terengganu.

Dengan penubuhan itu, saya yakin, parti-parti dalam Pakatan Rakyat, PAS, PKR dan DAP mampu menjaga kebajikan rakyat serta pengundi masyarakat tionghua lebih baik dari MCA.

Sekarang rakyat mempunyai pilihan baru dengan membuat perubahan, memilih calon Pakatan Rakyat sama ada PAS atau PKR di Terengganu selain MCA yang sudah tidak relevan lagi.

Kita juga sukacita mengumumkan perlantikan Cheong Siow Foon sebagai pengarah pilihan raya DAP Kuala Terengganu.

Saturday, March 2, 2013

Bersama YB ADUN Batu Burok Melaporkan Rasuah dan Salah Urus Pembalakan Kerajaan Umno-BN Terengganu Ke SPRM

KUALA TERENGGANU - PAS dan beberapa buah Badan Bukan Kerajaan (NGO) di negeri ini telah membuat satu laporan dan menyerahkan dokumen berkaitan amalan rasuah dan salah urus pembalakan yang dilakukan oleh kerajaan Umno-BN Terengganu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM).

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, penyerahan dokumen tersebut penting kerana berdasarkan maklumat yang terkandung didalamnya,  ia mungkin melibatkan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said.

“Hari ini, kita (PAS) datang bersama dengan beberapa buah NGO untuk membuat penyerahan dokumen-dokumen penting kepada pihak SPRM Terengganu berkaitan dengan isu pembalakan di negeri ini.

“Kita telah membuat penyerahan dua dokumen yang begitu penting, yang membabitkan tentang rasuah, salah urus dan salah laku pengurusan balak di bawah pentadbiran Dato’ Seri Ahmad Said selaku Menteri Besar Terengganu.

“ Kita (PAS) dapati sebanyak 12 (syarikat) pembalak dikehendaki membayar setiap syarikat RM2.5 juta kepada sebuah syarikat guaman di Kuala Lumpur. Selain, membayar secara rasmi premium kepada kerajaan negeri Terengganu. Mereka kena bayar ‘under table’ (bawah meja) RM2.5 juta,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media di pejabat SPRM Terengganu, Wisma Persekutuan, dekat sini, pada Khamis 28 Februari. [Lihat Video]
Beliau berharap pihak SPRM dapat mengambil tindakan lanjut dan hasil siasatan yang positif berhubung penyelwengan tersebut.

Menurutnya, jumlah pembayaran ‘under table’ sebanyak RM2.5 juta yang dikenakan kepada 12 buah syarikat pembalakan tersebut mencecah RM30 juta.

Katanya, tender pembalakan tersebut adalah kategori skim kilang papan (sawmill scheme) telah diluluskan kepada 12 buah syarikat konsesi, dengan setiap syarikat mendapat kawasan seluas 1000 ekar.

“Projek ini adalah projek Skim Kilang Papan (SKP) di mana 12 syarikat telah dipanggil untuk diberikan satu kawasan konsesi balak seluas 405 hektar atau 1000 ekar bagi setiap syarikat. Premium rasmi yang perlu dibayar kepada kerajaan negeri sebanyak RM3,700 sahaja.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita15/kam-balak3.jpg“Tetapi, mereka (pembalak) juga dikehendaki membayar RM2.5 juta kepada sebuah syarikat yang diwujudkan contohnya, ‘Syarikat A,B,C” yang diwujudkan di Kuala Lumpur, melalui satu Firma Guaman yang kita dapat kesan,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau selaku Penolong Setiausaha Agung PAS menyarankan kepada mana-mana NGO yang prihatin serta anti penyelewengan dan rasuah agar dapat membuat laporan polis di setiap daerah di negeri ini.

Dua dokumen tersebut telah diserahkan kepada Penolong Pegawai Siasatan SPRM Terengganu, Mohd Fadzil Abd. Jabar kira-kira jam 12.00 tengahari di Pejabat SPRM Terengganu.

Hadir sama adalah Pengerusi Amanah Terengganu, Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah, Presiden Gabungan Anak Terengganu (Gate), Ahmad Amzad Hashim, Setiausaha Ikatan Mantan Adun dan MP Parlimen (Imam) Terengganu, Che Ghani Ambak dan Pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Mohd Fauzi Abu Samah.

Sebelum itu, sekitar jam 11.50 pagi, kumpulan terbabit yang diketuai oleh Dr Syed Azman sempat mengadakan demontrasi aman di hadapan pintu masuk Wisma Persekutuan mendesak kerajaan negeri di bawah kepimpinan Dato’ Seri Ahmad Said meletak jawatan sebagai MB Terengganu.

Pelbagai slogan dipamerkan kepada orang ramai seperti “Hasil Negeri BN Rompak”, “MB baham Balak”, “BN Khianat Melayu”, “Siasat Mat Said Segera”, “Rakyat Tolak Rasuah” dan “Balak Milik Rakyat”.

Sunday, February 10, 2013

Polis Mesti Ambil Tindakan Kepada Demonstrasi 'Haram' Lagi Jahat!

PAS Terengganu membuat satu laporan polis ekoran tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan lambang PAS dalam demonstrasi isu kalimah ALLAH yang diadakan di pekarangan Masjid Sultan Ahmad di Chukai pada Selasa 5 Februari lalu.

Dalam laporan tersebut, Penolong Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu Haji Hanafiah Mat menegaskan beliau tidak mengenali langsung mereka-mereka yang mengadakan demonstrasi itu.

Beliau berkata, lapoan tersebut dibuat kerana tindakan individu terbabit khususnya Mohd Firdaus Harun yang menjadi jurucakap kumpulan itu telah menyebarkan ketegangan kaum dan agama serta boleh menyebabkan keselamatan negara terancam.

"Setelah saya membaca berita sebuah akhbar dan meneliti gambar-gambar yang diterbitkan,  saya dapati mereka yang terlibat bukan sebagaimana yang dilaporkan dlam berita tersebut,

"saya juga selaku Penolong Setiausaha PAS Terengganu, dan menetap di Chukai Kemaman, tidak langsung mengenali mereka dan mereka bukan ahli PAS,"ujarnya ketika ditemui selepas membuat laporan di balai polis Chukai, disini pada Rabu 6 Februari.

Beliau berharap dengan membuat laporan tersebut, pihak polis dapat menyiasat dan mengambil tindakan menahan individu yang terbabit dalam demonstrasi tersebut.

Turut sama hadir di balai polis adalah Yang DiPertua PAS Kemaman haji Ismail Harun, Setiausahanya Ustaz Alias Abdul Hamid dan Ahli Jawatankuasanya Ustaz Azri Abdul Aziz.

Berita terkait;
Bukan Demonstrasi PAS; Polis Diminta Ambil Tindakan

Tuesday, February 5, 2013

Potensi DUN Alor Limbat dan Pengkalan Berangan Meningkat

MARANG - Hampir 1,000 buah rumah masyarakat Tionghua telah dilawati pada program 'Ziarah Muhibbah' anjuran Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) PAS Kawasan Marang , yang bermula pada jam 10 pagi dan berakhir lewat petang Jumaat, 1 Februari.

Menurut  Pengerusi LPN Marang Mohd Nasir Bin Ismail pada sebelah pagi lawatan diadakan bersama Yang DiPertua PAS Marang Hj Yahaya Ali di kawasan Taman Perumahan Padang Midin, Kuala Terenggan.

"Manakala sebelah petangnya, lawatan 'Ziarah Muhibbah' di sekitar Taman Raya dan Taman Istiwa, Pekan Wakaf Tapai telah diadakan bersama Timbalan Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Bin Sulong,"ujarnya ketika ditemui oleh skuad BO.

Turut serta dalam rombongan lawatan rumah ke rumah itu adalah Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan PAS negeri Terengganu, Jefri chua dan Pengerusi DAP negeri terengganu, Ng Chai Hing.

Sehubungan itu Timbalan Pengerusi MTD Pengakalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong  [gambar bawah] yakin, sokongan masyarakat Tionghua kepada PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihanraya akan datang meningkat sekali ganda berbanding pada pilihanraya umum ke-12 tahun 2008.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita14/sulaiman%20sulong.jpg"masyarakat Tionghua menerima baik kunjungan muhibah pemimpan PAS yang mana ia adalah merupakan kunjungan tahunan sempena  perayaan Tahun Baru Cina yang akan tiba tidak lama lagi,

"Sepanjang program ziarah ini masyarakat tionghua mengalu-alukan kehadiran dan menyatakan komitmen untuk bersama-sama membuat perubahan di dalam PRU13 akan datang,"jelas Ustaz Sulaiman.

Beliau yang juga Pengarah Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (PASTI) negeri Terengganu berkata, mereka juga menyatakan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas keprihatinan PAS turut sama meraikan sambutan tahun baru.

Saturday, January 26, 2013

70% Kaum Tionghua Terengganu Sedia Buat Perubahan

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita13/DSC01050.jpgKUALA TERENGGANU - Melalui tinjauan yang dibuat oleh Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) negeriTerengganu tujuh dari sepuluh orang kaum Tionghua di negeri ini sudah bersedia untuk membuat perubahan pada pilihanraya ke-13 akan datang.

Menurut Timbalan Pengerusinya Jeffri Chua [Gambar atas - paling kanan], DHPP sedangn giat membantu calon-calon PAS dan Pakatan Rakyat untuk memberikan penerangan berhubung isu-isu semasa ke seluruh negeri Terengganu.

"kita round (ziarah) hari ini adalah (dalam) seratus lebih (buah rumah), sambutan (orang) Cina memang menggalakkan, masing-masng kata (mereka) nak ubah (kerajaan pada RU-13),

"yang sebut (sedia berubah) 70% yang lain tu.....dalam hati dia sudah tahu nak undi siapa,"ujarnya ketika ditemui selepas mengiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang Dato' Tengku Hassan Omar menziarahi penduduk berketurunan Cina di sekitar Kampung Ladang, dekat sini pada Rabu 23 Januari.

Turut sama dalam lawatan tersebut adalah aktivis 'R' Terengganu, Gerakan Kembalikan Royalti Minyak Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah dan Pengerusi DAP negeri Terengganu, Ng Chai Hing.

Katanya, Lawatan Ramah Mesra Pengundi DUN Ladang tersebut dibuat bagi mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina yang akan dirayakan oleh masyarakat Tionghua pada 10 Februari depan.

Menurutnya, program tersebut diadakan lebih awal kerana mereka akan mula pulang ke kampung masing-masing mulai minggu hadapan bagi erayaka 'hari bear' tersebut.

Jeffri Chua yang merupakan anak jati kelahiran Terengganu cukup yakin perubahan besar akan berlaku pada pilihanraya umum yang akan datang dinegeri Terengganu dan di peringkat kerajaan pusat.

Katanya, sejak beliau dilahirkan 55 tahun yang lampau, bersekolah dan membesarkan di Kuala Terengganu, beliau tidak pernah melihat satu tekad yang begitu kuat dikalangan masyarakat Tionghua untuk membuat perubahan politik dalam negara ini.