Monday, January 30, 2012

BR1M; Tidak Ramai Orang Cina Memohon Kerana Bimbang ‘Manipulasi’

KUALA TERENGGANU – Masyarakat Cina di negeri ini diingatkan supaya tidak termakan dengan pujuk rayu dan ‘kata-kata manis’ pemimpin Umno yang cuba mengulangi peristiwa sebelum pilihanraya umum ke-10 pada tahun 1999.

Menurut Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing, beberapa kenyataan yang dibuat oleh pemimpin Umno mutakhir ini cuba mengambil hati kaum Cina yang sudah jemu dengan sikap berpura-pura Umno.

“Pemimpin Umno cuba mengulangi ‘skrip’ sebelum pilihanraya 1999, cakap Perdana Menteri ketika itu kononnya menghargai sumbangan kaum Cina dalam pembangunan Negara,

“apabila orang Cina sokong MCA dan BN menang, pemimpin Umno kembali menuduh orang Cina dengan macam-macam fitnah,”ujarnya ketika ditemui.

Beliau berkata, pada tahun 1999 orang-orang Melayu marah kepada Umno kerana kes pemecatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan tidak menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN).

Tetapi undi orang Cina yang menyokong MCA menyebabkan Umno kembali berkuasa dan bertindak lebih rasis, perkauman dan amalan rasuah meningkat.

Oleh itu beliau mengingatkan supaya masyarakat Cina harus sedar tentang perkara ini dan menjadikan ia sebagai satu pengajaran.

Saturday, January 21, 2012

Orang Cina perlu bersatu dengan semua kaum untuk ubah kerajaan


KUALA LUMPUR, 21 JAN: Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mahu semua kaum Cina bersama dengan kaum-kaum di Malaysia untuk membuat perubahan besar dalam pilihan raya umum akan datang.

Dalam perutusan Tahun Baru Cina, beliau berkata perpaduan di antara kaum Cina dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum akan dapat memenuhi potensi mewujudkan masyarakat yang bersatu, berharmoni, demokratik, adil, makmur dan mampu bersaing.

Katanya masyarakat Cina perlu sedar bahawa mereka tetap menikmati kemakmuran melalui pertumbuhan ekonomi negara walau pun hidup di bawah sistem yang disalah tadbir, korup dan penuh dengan salah guna kuasa oleh UMNO-Barisan Nasional.

“Rakyat Malaysia tidak perlu berterima kasih kepada UMNO dan BN, malah perlu menyalahkan kepimpinan UMNO-BN yang telah melepaskan peluang-peluang keemasan untuk Malaysia menjadi lebih maju, makmur dan mampu bersaing.

“Negara kita sepatutnya lebih bersatu padu dan harmoni tetapi ia tidak begitu kerana kegagalan kepimpinan dan pentadbiran UMNO-BN,” katanya.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata kaum Cina tidak perlu terpengaruh dengan pujuk rayu atau ugutan UMNO-BN, termasuk amaran daripada Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang mahu mereka supaya tidak “eksperimen” dalam PRU akan datang kerana kononnya BN telah menjadikan mereka makmur.

Menurutnya, kaum Cina perlu bangkit sebaga naga untuk bersama-sama dengan semua kaum di Malaysia bagi mengubah kerajaan dalam PRU akan datang. – Roketkini.com

Penyertaan Melayu bukti DAP bukan rasis

Penyertaan dua orang muda Melayu dalam DAP menangkis dakwaan Umno yang meletakkan parti itu sebagai perkauman dan komunis serta sengaja memberi laluan mudah kepada wakil parti untuk menjadi Menteri Besar.

Pengerusi DAP Negeri, Datuk Ngeh Khoo Ham berkata, pihaknya masih memberi sokongan penuh kepada mantan Menteri Besar, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum kali ini.

[Gambar - Bekas wartawan Utusan yang menyertai DAP sebelum ini , Hata Wahari]

Menurutnya, penglibatan golongan muda itu membuktikan DAP merupakan parti pelbagai bangsa yang masih bertunjangkan kepada kesetiaan agama, bangsa dan Raja-Raja Melayu.

“DAP tidak mengamalkan diskriminasi terhadap Melayu seperti yang didakwa oleh Umno dan pandangan orang muda dengan memilih DAP sebagai parti yang sedia membela rakyat adalah bertepatan.

“Mohammad Nizar tetap menjadi Menteri Besar setelah beliau berjaya membuktikan kredibilitinya dalam memimpin dan efektif mengendalikan pentadbiran negeri serta menyatukan perpaduan bangsa,” katanya dalam sidang media di Wisma DAP di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengusaha Komoditi, Fairuz Azhan Amiruddin, 26, dan peguam Dyana Sofya Mohd Daud, 25, sepakat menyertai DAP Negeri setelah melihat kekuatan ideologi dan kejayaan Kerajaan DAP Pulau Pinang mengurangkan kadar kemiskinan tegar.

Fairuz Azhan berkata, DAP sudah lama mengamalkan ideologi demokrasi sosial dengan terus memberi perkhidmatan dan membela rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

“Hanya propaganda Umno menyebabkan rakyat meletakkan DAP sebagai sebuah parti diskriminasi bangsa. Kejayaan Pulau Pinang berjaya mengatasi kemiskinan tegar menjadi contoh terbaik kepada Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Bagi Dyana Sofya, visi DAP yang menawar kesaksamaan, kerajaan demokrasi dan memerintah berteraskan undang-undang serta menentang rasuah menariknya menyertai parti itu.

“DAP menggambarkan Malaysia yang saya inginkan. Penyertaan saya menunjukkan DAP adalah terbuka kepada semua bangsa. Melihat kejayaan Kerajaan Pulau Pinang, saya berharap ia boleh direalisasikan di peringkat persekutuan menerusi Pakatan Rakyat,” katanya.- Sinar Harian

Tuesday, January 10, 2012

Liputan 901 di akhbar Cina: Bukti sistem kehakiman bebas?

Kesemua akhbar Cina menonjolkan "Anwar tidak bersalah" sebagai tajuk utama di muka depan pada hari ini, dengan Sin Chew Daily memperuntukkan setengah dari muka depannya untuk berita "PM: Sistem Kehakiman Bebas".  Sementara China Press memperuntukkan setengah dari muka depannya untuk kejadian letupan di luar mahkamah.

Liputan luas dengan gambar berwarna diberikan dalam akhbar bahasa Cina untuk keputusan kes liwat II yang membabitkan Anwar Ibrahim dan kejadian di luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta semalam.  Kronologi kes liwat II, reaksi pemimpin dan sebagainya turut menyarat dada akhbar bahasa Cina.

Tidak harus bermula sebermulanya


Wacana dalam akhbar Cina lebih cenderung untuk mengganggap bahawa kes liwat II ini tidak harus bermula.  Justeru itu, keputusan ini dianggap sesuatu yang positif.  Misalnya, dalam tulisan kolumnya, Timbalan Ketua Pengarang Sin Chew Daily, Tay Tian Yan menganggap seandainya tempoh 3.5 tahun ini digunakan untuk muhasabah dalam parti dan reformasi kerajaan, maka parti pemerintah mungkin meraih lebih sokongan dan sanjungan.  Namun, menggunakan seluruh tenaga dan usaha untuk kes liwat, telah membuatkan keadaan menjadi teruk.

Meskipun begitu, tiada kritikan ditujukan secara langsung kepada Najib Razak, pemimpin UMNO yang mengadakan pertemuan dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan, sebelum Saiful membuat laporan polis bahawa dirinya diliwat.  Malah, keputusan bahawa Anwar Ibrahim tidak bersalah ini cuba ditonjolkan dari dimensi "kebebasan sistem kehakiman".

Sin Chew Daily (gambar kiri) misalnya, tonjolkan kenyataan Najib menyanggah "tuduhan bahawa sistem kehakiman tidak bebas".  Satu analisa di China Press pula mentafsir bahawa pertarungan politik selepas ini bakal menyaksikan pertembungan terus antara Najib dengan Anwar.  Satu lagi analisa di China Press menganggap keputusan ini membuktikan bahawa mahkamah tidak dikawal Barisan Nasional, lantas rakyat harus yakin dengan sistem kehakiman negara.

Ironinya, meskipun keputusan ini cuba ditampilkan dengan persepsi "mahkamah bebas daripada manipulasi Barisan Nasional", namun ia gagal menyelindung pandangan pengamal media ini di sebaliknya.  Misalnya, Guang Ming Daily membubuh tajuk besarnya "Di luar dugaan" - jelas menunjukkan bahawa pengamal media sendiri menjangka Anwar akan dipenjarakan.  Mereka mungkin berbeza pendapat dalam isu Anwar bersalah atau tidak, tetapi agak sebulat suara untuk menyetujui bahawa kes liwat II adalah kes politik.

Meramalkan tarikh PRU 13


Rata-rata menganggap keputusan ini memberi kesan positif terhadap Pakatan Rakyat, pada masa yang sama menampilkan BN sebagai kerajaan yang mahu berubah, kerana tidak campur tangan dalam sistem kehakiman.  Tay Tian Yan misalnya, menganggap reputasi Anwar memuncak semula lantaran keputusan semalam, malah PKR yang dipimpinnya turut disuntik semangat.

Tay Tian Yan menambah, Pakatan Rakyat telah menjadi benteng Anwar kali ini, dan hubungan PR semestinya lebih kukuh selepas mengharungi krisis ini.  Malah adalah sesuatu yang ironi apabila segala-gala yang dilakukan parti pemerintah ini membantu PR sebaliknya.  Tay Tian Yan menyimpulkan bahawa kedua-dua pihak harus jelas dengan senario politik yang terkini, dan jangan membazirkan sumber dalam perjuangan yang tak tentu pasal.

Seorang lagi Timbalan Ketua Pengarang Sin Chew Daily, Lim Sue Goan dalam artikel kolumnya hari ini mengulas, dua ramalan tentang tarikh PRU 13 lantaran keputusan ini.  Satu, PRU 13 akan diadakan secepat mungkin kerana PR tiada isu untuk mengerah sentimen dan simpati rakyat; keduanya, keputusan ini mencelarukan langkah percaturan BN, dan tarikh PRU 13 mungkin dilewatkan.

*Kaleidoskop adalah "digest" kandungan media bahasa Cina. Media yang dirujuk bertarikh 10 Januari 2012, berkisar pada keputusan mahkamah berhubung Kes Liwat II.

Sunday, January 1, 2012

Cabins turn classrooms. What is wrong to the Education Ministry ?


【全马唯一华小,芙蓉丘晒华小师生在货桂箱上课,马华你们想人民怎样?】

马华,一直声称是代表华社的公会。将心比心,任何一位正常的马来西亚华人,都肯定会大喊:“这样做不到,那样做不到,你们想要我们怎样!”

身为一个正常的马来西亚华人,我们都会这样想:
派出了博士级人马处理华教问题就能沾沾自喜吗?我们选人民代表是看学历,看和蔼可亲的吗?马华太小看人民了!如果是这样,为何马华总会长没有博士学位?博士又怎样,选国会议员或州议员是为了给几堂讲座,还是为了帮助人民争取利益?如果是后者,要求人民评价只看学历和和蔼可亲,不看华社如何坎坷,你们想人民怎样?

对华小的拨款有减无增,为何不看看有增无减依然和国小的拨款天渊之别,为何不看看国小根本不需要筹款,为何不看看国小拨款是理所当然,华小是求回来。我们都是马来西亚人民,既然马华都说不是二等公民,为何拿华小和国小做比较时,总是害羞了一点点?既然是平起平坐,为何不能做比较?是马华默认我们是二等公民,还是比较后发现马华没有扮演好角色?

经过你们努力申请,多间华小得以新建?怎么马华有做官的,而且还有博士级教育副部长,申请了50多年,对不起,应该说是乞求那么久,才有那几间华小?你说的问题是华小太少,华人子弟进不到华小就读;成果是搬迁了很多华小,关闭了很多,当然无可否认建了一些;结果是?还不是,华人子弟进不到华小就读。我不只看问题,还看成果,又看结果,为何你只看成果?任何一个公民都可享有就读自己母语的学校,身为当权者的马华,对于这些申请,还有什么理由拒绝?是增建华小不合理, 还是博士级的教育副部长有博士的学问,没有教育副部长的权利?

华小干捞问题,马华说连死都不怕,这句话说得太对了!华社不用马华死,只要马华敢敢在国会反对巫统得打压,敢敢说马华不再被巫统打压,不用死的能做到吗?华教师资问题,原来马华当成是变魔术,不是应该针对问题提出政策或解决方案,怎么没有?老是想着变好变好,还要人民来变给你看,倒不如你让我当总会长,我变给你看!

哪个政党有博士级的教育副部长吗?很抱歉,新加坡所有的内阁成员不是剑桥就是哈佛,再不,都是博士,马华怎么不知道?马华哪一位是剑桥或哈佛毕业,拥有博士学位的又有几位?还有,哪个政党在酒店和“亲密朋友”联络感情?哪一个政党是需要联盟的正党低头?这是不是叫比“上”不足,比“下”有余?

五千年的中华民族的道德观念与智慧是说“天降大任,必先苦其心智,勞其筋骨”,有说过“天将大任,必先低头屈服,被人凌辱”吗?为什么马华又不带头,将所有高层送去ISA扣留营来实践一下将折磨当磨练,把悲愤化为力量呢?你看看,华小里头的学生们,多么的专心上课,做好自己本分,多么的明辨是非,为什么你们身为人民的代表连小学生会的事情都不会?

你们想我们怎样?我们马华说啊,要踏踏实实做人,堂堂正正做官。要不是马华的低声下气,“忍辱负重”屈服于巫统,我们会沦落的二等公民,基本权利受到剥削吗?

你们以为你们是老二吗?巫统讲东,你不敢讲西,巫统叫你坐,你不敢站,说难听点,有点像人类最忠心的朋友。我们就是说马华不够伟大,可是,为了乡亲父老的福泽,我们50多年来只有唯一选择,马华又不争气,挂着争取华人权利的羊头,将人民权利和权益的肉卖给了巫统,我们还能高兴吗?

再来,我们华人每年交的税占了马来西亚总税的大部分,你还强调你们枪到一些资源分会给我们,就是说你默认了大部分的资源是给巫统拿去或贪污掉,你们现在还有面子在这里对我大声讲话?要理论,就要提出证据,不要空口说白话,这是基本条件,基本逻辑,你们的脸皮可以不要那么厚吗?

为什么马华要自扁成虫?你说得对你老大高兴剑拔弩张,但忘了你老大也说要用华人的血来染他的剑。身为华人,这还不能算砍到我们尊严,打到我们华人的要害吗?你身为华人,而且还是华人代表还静静不出声,骂你已经是给足面子你了。你敢举盾反击吗?

都说了,要踏踏实实做人,堂堂正正做官,你们一直吞声下气有什么用?我们华社在你们英明领导下,已经沦落为二等公民,失去华人的尊严的地位,还可以叫安宁?我们都是一家人,从来没有讲要杀马华,我们只是将代表我们的权力交给更适合的人,反而马华杀了我们华人的地位,还没有追究,这不就是家和万事兴吗?正所谓枪打出头鸟,我们要马华做抢,为何要做出头鸟?我们是人不是鸟。做了50多年的龟头,缩了50多年的头,这门武功比葵花宝典更加自绝,我们真是欣赏,但欣赏的是我们自己,因为我们竟然给了你们50多年的机会。