Sunday, January 30, 2011

PRK Tenang; Hanya kanak-kanak sambut Tahun Baru Cina bersama Soi Lek

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Selangor, Ng Suee Lim berkata 75% pengundi Cina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang sudah bersiap sedia untuk mengundi PAS dalam pilihanraya kecil DUN tersebut.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di Felda Cemplak disini semalam.

Ng yang fasih bertutur dalam bahasa 'Jawa' berkata, kerajaan negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM6 juta kepada Sekolah-sekolah Agama Rakyat diseluruh negeri itu.

PRK DUN Tenang

Wednesday, January 12, 2011

Kerajaan belanja RM65 juta naik taraf Seri Perdana

DAP Perak hari ini membidas kerajaan persekutuan memperalatkan kerabat Diraja dalam isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan mempunyai agenda politik untuk merampas kuasa dalam komplot perlantikan tersebut.

Kenyataan Menteri Besar Negeri Perak, Dato Seri Zamry Bin Abdul Kadir bahawa kuasa perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri adalah bidang kuasa kerajaan Persekutuan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, JPA, maka Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid seharusnya menerima perlantikan persekutuan dengan hati terbuka dan bukan membantahnya.

Jika kenyataan Zamry tepat dan benar, maka pada masa depan apabila kerajaan Persekutuan melantik Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, beliau sebagai Menteri Besar tidak perlu tahu dan tidak ada kuasa untuk tahu.

Adakah ia logik jika sebuah syarikat melantik Ketua Pegawai Eksekutif, tetapi Pengerusi Syarikat tersebut tidak tahu dan langsung tidak boleh menentukan calon pekerjanya? Dalam keadaan ini, bagaimana mereka boleh berkerjasama?

Kerajaan belanja RM65 juta naik taraf Seri Perdana Pemborosan semakin serius


Kini harga barang semakin naik tetapi kerajaan masih terus dengan pemborosan dan pembaziran yang serius. Walaupun negara kini menanggung hutang setinggi RM408 bilion, tetapi kerajaan masih bercadang membelanja RM65 juta untuk menaiktaraf kediaman rasmi Perdana Menteri dalam masa dua tahun akan datang.

Selain itu, jumlah perbelanjaan mengurus Jabatan Perdana Menteri kini mencecah RM4,000 juta setahun dengan jumlah kakitangan sebanyak 43,544 orang termasuk calon Barisan Nasional yang kalah semasa pilihanraya kini kebanyakan dilantik menjadi pegawai penyelaras yang mana gaji lumayannya dibayar oleh rakyat.

*** Ucapan  Nga Kor Ming di ceramah perdana parti Keadilan di Ipoh pada hari Isnin, 10hb Januari 2011: Beliau adalah Setiausaha DAP Negeri Perak & Ahli Parlimen Taiping

Thursday, January 6, 2011

Fan Yew Teng a towering Malaysian in ideas, ideals, faith, hope & love

Salam sejahtera buat para hadirin sekelian,
Pada malam ini kita berada di sini sebagai satu tanda penghormatan yang amat besar buat pemimpin yang kita hormati Saudara Fan Yew Teng yang telah meninggalkan kita buat selama-lamanya.

Sama ada kita dari golongan muda atau tua, amat penting bagi kita semua untuk memperingati jasa besar seorang insan yang bernama Fan Yew Teng ini yang telah berpenat-lelah berjuang untuk menegakkan keadilan dan demokrasi, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Saudara Fan bukan sahaja seorang pemimpin besar DAP dan pejuang demokrasi di Malaysia tetapi nama beliau juga harum di rantau Asia serta global atas perjuangannya menentang imperialisme dan penjajahan baru oleh kuasa-kuasa besar dunia.

Perjuangan beliau bukan sekadar di medan politik, sama ada di pentas parti atau Dewan Undangan Negeri serta Dewan Rakyat, tetapi juga dalam dunia penulisan dan akademik. Malah beliau juga amat aktif dalam badan-badan bukan kerajaan atau NGO seperti Suaram dan Cenpeace.

Apakah perjuangan beliau menjadikannya sebagai orang yang ternama dan hidup mewah? Tidak sekali-kali. Kehidupannya tetap sederhana sehingga ke saat akhir. Malah, habuan perjuangannya penuh dengan duri dan air mata. Beliau terpaksa turun naik mahkamah kerana ditekan oleh kerajaan Barisan Nasional. Beliau hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen kerana dijatuhkan hukuman oleh mahkamah semata-mata tulisannya yang menegakkan keadilan.

Namun, semua itu tidak pernah mematikan semangat beliau untuk terus berjuang ke titisan darah terakhir. Itulah nilai perjuangan. Itulah harga perjuangan menegakkan keadilan.

Izinkan saya meneruskan ucapan dalam Bahasa Inggeris.