Monday, September 5, 2011

Pentas Patriot; Pemuda Umno 'Menepuk Air Di Dulang'


KUALA TERENGGANU - Banyak pihak yang menjangka, tindakan pemuda Umno merancang untuk mengadakan jelajah menyerang Timbalan Presiden PAS dalam isu Mat Indera ini hanya akan berbalik padahnya kepada mereka.

Menurut Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing sejarah perjuangan Mat Indera menentang penjajah British adalah amat jelas dan dengan pendedahan yang dilakukan oleh Mat Sabu menyebabkan 'rakyat celik mata'.

"Sebelum ini orang ramai tak berapa tahu tentang cerita 'Mat Indera' tetapi apabila Mat Sabu dedahkan, rakyat sudah 'celik mata',

"masing-masing mencari sumber maklumat yang jela, dan kini Umno sudah mula menerima padah kerana menyembunyikan fakta sejarah,"katanya ketika ditemui Buletinonline.

Beliau menganggap pendedahan Mat Sabu adalah sesuatu yang ikhlas dan kena pada masanya kerana telah sekian lama rakyat ditipu dengan satu sejarah negara yang palsu.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim menyifatkan tindakan Pemuda Umno untuk mengadakan jelajah pentas patriot umpama 'menepuk air di dulang'.

Dr Azman berkata, ia hanya akan membasahkan muka pemuda Umno sendiri apabila segala 'pekung' Umno yang meminda sejarah negara selama ini terdedah.

"Bagi saya, biarkan lah pemuda Umno umpama si Luncai terjun dengan labu-labunya, jelajah tentang isu Mat Indera akan mendedahkan bahawa memang benar Umno telah meminda sejarah negara selama ini,"ujarnya ketika dihubungi.

Tindakan pemuda Umno itu, dari sudut politik dalamannya, menurut Dr Azman, ia menunjukkan Khairi Jamaludin sedang melambaikan selamat tinggal kepada Dato' Sri Najib sebagai Perdana Menteri dan menyatakan sokongan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Ia adalah kerana menurutnya, Muhyiddin yang memulakan 'polemik' Mat Indera.

"Mungkin Muhyiddin sedang melontar batu kepada Mat Sabu, tapi Najib yang akan menrima padahnya,"kiasan beliau.

Sunday, September 4, 2011

Ijtima' Idulfitri Anak-anak Terengganu di Perantauan

Pada 1 September, 2011 bersamaan dengan 3 Syawal, 1432H, PAS Terengganu mengadakan majlis hari raya untuk anak-anak perantau Terengganu yang pulang berhari raya.

Saya dan Jefri, kawan sekolah kepada Haji Wahid, hadir sebagai pemerhati program yang amat bermanfaat tersebut.

Ramai orang-orang muda, terutamanya mahasiswa yang hadir, memberikan gambaran yang baik tentang masa depan PAS dan Pakatan Rakyat.

Banyak idea-idea bernas yang diutarakan oleh mereka untuk 'check & balance' dalam perjuangan kita menumbangkan Umno dan Barisan Nasional pada pilihanraya umum ke-13 yang datang.

Wednesday, August 17, 2011

Bersama Pesuruhjaya PAS Terengganu ke Bazar Ramadhan Setiu

Kunjungan Haji Wahid ke bazar Ramadhan Setiu disambut 'panas'
SETIU
- Kunjungan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut yang turut di sertai Timbalan Pesuruhjaya 2 Haji Muhyiddin Rashid dan Timbalan Pesuruhjaya 3, Dr Alias Razak ke kawsan Setiu disambut 'panas' wa;aupun cuaca hujan.

Ia adalah kerana, selain ahli-ahli dan penyokong PAS yang menunggu-nunggu kedatangan pemimpin baru Badan Perhubungan PAS Terengganu itu, mereka telah mengambil kesempatan untuk menyampaikan maklumat dan laporan.

Menurut Haji Muhyiddin, antara cerita 'panas' di kawasan Parlimen Setiu adalah tindakan kerajaan Umno/ BN Terengganu 'memaksa' para peserta kelompok padi Kampung Jelapang menyerahkan kawasan penanaman mereka untuk dijadikan 'mini estate'.

"Kita (PAS) mendapt maklumat, kerajaan Umno terus menipu rakyat, kali ini kes kawasan tanaman padi kampung Jelapang, di Langkap Setiu,

"selain itu, ada bangunan yang dibuat untuk projek dan pitih, di katakan sebagai sebuah 'surau', tetapi tidak digunakan dan terbiar,"terang Haji Muhyiddin ketika ditemui.

Justeru, katanya, Badan Perhubungan PAS Terengganu telah meminta PAS Kawasan Setiu untuk mengemukakan laporan dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut.

"Antaranya, Pesuruhjaya PAS yng juga ADUN Wakaf Mempelam dan Timbalan Pesuruhjaya 3, yang juga ADUN Bukit Tunggal, akan meminta penjelasan kerajaan Umno dalam sidang DUN pada 22 dan 23 Ogos ini,"katanya.

Turut bersama dalam 'jelajah bazar Ramdhan' kali ini adalah Pngerusi DAP Kuala Terengganu, Encik Ng Chai Hing, Yang Di Pertua PAS Setiu, Ustaz Pauzi Muda, AJK Badan Perhubungan Dr. Azman Ibrahim. - Buletinonline.net