Saturday, February 18, 2012
Masih Ada Harapankah Kita Kepada Media Arus Perdana
Benarkah kata orang, politik dengan wartawan saling memerlukan antara satu sama lain?
Benarkah ada persefahaman dan kemesraan antara kedua-dua pihak dalam menunaikan tanggungjawab sosial masing-masing.
Persoalan tersebut timbul apabila saya turut hadir pada Majlis Malam Mesra Media Bersama Pesuruhjaya dan Pimpinan PAS Terengganu di Permai Hotel, Kuala Terengganu, baru-baru ini.
Monday, February 13, 2012
Seburuk-buruk Pakatan Rakyat, ia jauh lebih baik dari BN
Untuk mentadbir dan menjaga serta mengurus sebuah negara ia memerlukan sebuah kerajaan yang berkemampuan untuk membawa rakyat hidup dalam keadaan aman dan sentosa. Bagi sesebuah negara yang majmuk seperti Malaysia ini ia memerlukan lebih usaha untuk menjamin rakyat yang menghuni dan mendiami negara ini tidak berpecah belah dan bermusuh-musuhan, sebaliknya bersatu dalam erti kata yang sebenarnya.
Maksudnya rakyat harus dan sentiasa ikhlas dan menghormati diantara satu dengan lain, memahami kehendak dan perasaan jiran tetangga yang terdiri dari kaum yang berbilang-bilang dan cara hidup yang berbeza-beza diantara satu dengan yang lain. Kerajaan wajar menghormati setiap gulungan dan jangan menganggap ada pihak-pihak yang dianggap tidak mampu berfikir dan mempunyai perasaan dan terus sahaja melakukan perkara-perkara yang tidak digemari mereka.
Kita telah memilih untuk mempraktikan kerajaan sistem demokrasi. Sistem yang mana kerajaan yang dipilih oleh rakyat, untuk rakyat dan kita bersetuju untuk menerima mana-mana pihak yang berada di dalam hati rakyat. Semua pihak juga patut menerima mana-mana pihak yang menggantikan parti atau pimpinan yang menyandang jika rakyat memikirkan ia patut dialih dan dianjak.
Rakyat boleh menukar kerajaan jika rakyat merasakan yang kerajaan telah dipilih itu sudah tidak lagi sesuai untuk diberi mandat dan itu pun asas demokrasi yang mana-mana negara amalkan termasuk bagi negara kita ini. Adalah tidak wajar dan bertentangan dengan semangat dan amalan demokrasi jika pihak yang memerintah itu menganggap yang kuasa dan mandat itu hanya untuk satu pihak sahaja semata-mata kerana mereka telah diberikan mandat sebegitu lama.

Friday, February 10, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)