Friday, April 6, 2012

DAP menyokong perhimpunan gabungan Bersih dan Himpunan Hijau 3.0 Duduk-Bantah

DAP menyokong perhimpunan Bersih dan Himpunan Hijau 3.0 Duduk- Bantah di Dataran Merdeka pada 28 April 2012 jam 2.00 petang sebagai ungkapan demokrasi rakyat Malaysia yang menuntut pilihanraya yang bersih dan adil serta Malaysia selamat dan bebas daripada pencemaran radioaktif.
DAP menyokong 3 tuntutan utama oleh penganjur Bersih 3.0 :-
  • Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti meletakkan jawatan
  • Proses pemilihan mestilah bersih sebelum pilihan raya yang akan datang disebabkan kegagalan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) ke atas penambahbaikan sistem pilihan raya bagi menangani isu-isu kritikal seperti audit daftar pemilih yang tidak lengkap, penyalahgunaan berhubung undi pos, kesalahan pilihan raya, kegagalan untuk menangani politik wang, tiada akses yang bebas dan sepenuhnya untuk media cetak dan penyiaran dan tiada langkah- langkah untuk menamatkan politik kotor; dan
  • pemerhati antarabangsa harus dibenarkan untuk memantau pilihan raya
Laporan PSC berhubung penambahbaikan sistem pilihan raya menunjukkan kelemahan yang serius berhubung komitmen untuk menangani isu-isu asas reformasi pilihanraya bagi memastikan Pilihan Raya Umum ke-13 yang bebas dan adil. Laporan akhir oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) untuk penambahbaikan sistem pilihanraya yang mana 'bulldozed' melalui parlimen tanpa perbahasan dan tidak membenarkan laporan minoriti dimasukkan menyerlahkan lagi kegagalan PSC untuk memastikan pilihan raya yang bersih dan adil.

Kelemahan yang paling serius berhubung laporan ini adalah keengganan untuk memaparkan kelemahan asas dalam daftar pemilih. Penyalahgunaan daftar pemilih telah meningkat sejak pilihan raya umum Mac 2008 dan lebih banyak bukti telah didedahkan oleh pelbagai pihak seperti Merdeka Center, Institut Nasional Integriti Pilihan Raya (NIEI) dan Bersih.

Antara salah laku yang telah dikenal pasti adalah peratusan pengundi yang tinggi yang tidak dapat dikenal pasti oleh penduduk tempatan; pendaftaran yang berulang kali oleh pengundi yang sama dengan lebih daripada 1 nombor kad pengenalan; pengundi yang lahir sebelum tahun 1900 masih dalam daftar pengundi termasuk Wong Kwn Moy yang lahir pada tarikh 23 Ogos 1853; pengundi dengan nombor kad pengenalan lelaki tetapi disenaraikan sebagai pengundi wanita dan sebaliknya; dan 42,000 pengundi yang nombor IC nya tidak boleh dikesan melalui rekod yang dimiliki oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Ini hanya sebahagian kecil sejak Jawatankuasa Pemilihan Khas Parlimen (PSC) tidak meminta Mimos untuk menjalankan kajian secara menyeluruh berhubung daftar pemilih.

DAP bersetuju dengan kenyataan oleh Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee, apabila bercakap mengenai keperluan untuk memeriksa daftar pemilih, 'PSC ditubuhkan untuk 'nominal nod' dengan merujuk kepada audit ringkas berhubung daftar pemilih oleh agensi kerajaan MIMOS yang telah dilaksanakan dalam lingkungan parameter yang sangat terhad”. Usaha yang dilakukan oleh MIMOS hanyalah dengan memeriksa alamat lebih daripada 50 pengundi yang berdaftar dengan mereka dan mengabaikan banyak kawasan yang lebih berpotensi untuk dimanipulasi dan kesilapan yang wujud dalam daftar pemilih.

Lebih mengecewakan apabila Ketua PSC selain daripada Maximus Ongkili, Parti Bersatu Sabah (PBS) telah disingkirkan daripada berkuasa di sebahagian negeri Sabah kerana kebanjiran secara tiba- tiba dalam bilangan pengundi dalam daftar pemilih termasuk banyak pendatang asing tanpa izin yang telah diberikan IC palsu untuk membolehkan mereka untuk mendaftar dan mengundi.
DAP amat mebantah kegagalan Speaker Dewan Rakyat untuk tidak membenarkan pengenalan laporan minoriti di mana sebahagian dokumen mendedahkan sebahagian daripada masalah utama yang memberi kesan kepada daftar pemilih. Kegagalan PSC untuk memasukkan hasil laporan minoriti ke dalam laporan PSC dan sikap Speaker yang memperkenalkan satu dokumen yang berasingan di Parlimen menunjukkan kurangnya komitmen pihak kerajaan untuk menempatkan mekanisme yang bermakna dan langkah-langkah untuk membersihkan daftar pemilih.

Memandangkan kurangnya komitmen untuk menyediakan pilihan raya umum akan datang yang bersih dan bebas, DAP menyokong sepenuhnya panggilan Bersih 3.0 untuk berkumpul di Dataran Merdeka pada 28 April 2012 dari jam 2pm hingga 4pm, bagi menyatakan hasrat rakyat untuk mengadakan pilihan raya umum ke-13 yang bersih, bebas dan adil. DAP juga mengulangi sokongan bagi pelaksanaan penuh 8 tuntutan Bersih 2.0 di mana salah satu – penggunaan dakwat kekal- telah ditangani dalam Laporan PSC sahaja.

Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada hari Khamis, 5hb April 2012

Thursday, March 22, 2012

Speaker Tidak Berhak Sekat Rakyat Tahu Tentang NFC

KUALA TERENGGANU - Yang DiPertua (Speaker) Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia tidak berhak menghalang Jawatankuasa kira-kira Wang Negara (Public Accountant Committee - PAC) bagi menyiasat penggunaan dana awam yang digunakan oleh syarikat pengeluar daging lembu kebangsaan National Feedlot Corporation (NFC).

"ia (NFC) melibatkan dana awam lebih RM250 juta yang perlu diketahui oleh rakyat ke manakah ia dihabiskan, PAC tidak melangkaui bidang kuasa mahkamah kerana mahkamah membicarakan tentang tuduhan jenayah rasuah yang melibatkan suami Shahrizat,

"kita (DAP) menyokong keputusan Khalid untuk terus melakukan siasata kerana menjadi tugas PAC yang ditubuhkan atas kepentingan rakyat,"ujarnya ketika ditemui.

Beliau turut mempertikaikan 'nasihat' Pandikar Amin Mulia yang mengatakan NFC tidak boleh disiasat kerana ia sedang terbabit dengan perbicaraan mahkamah.

Beliau mempersoalkan mengapa dalam kes Zon Dagangan Bebas Pelabuhan Kelang (Port Klang Free Trade Zone - PKFZ) sebelum ini ia boleh didiasat PAC walaupun PKFZ telah terlibat dengan kes mahkamah.

Katanya, adakah Pandikar Amin Mulia sebagai Yang DiPertua Dewan Rakyat mempunyai kepentingan dalam NFC sehinggakan beliau cuba menghalang satu siasatan yang amat penting oleh PAC.

"Adakah Pandikar Amin Mulia ada kepentingan dalam syarikat Lembu Negara itu? Mengapa beliau cuba menghalang rakyat daripada mengetahui penyalahgunaan wang rakyat? Sekiranya beliau tidak ada kepentingn, lebih baik dia jaga sidang parlimen dan pastikan Menteri-menteri jadir memberikan jawapan di parlimen,"tegasnya.

Sehubungan itu, beliau menekankan bahawa rakyat perlu tahu tentang penggunaan wang negara kerana rakyat adalah 'taukeh' kepada negara ini.

Manakala Pandikar Amin Mulia adalah 'kuli' kepada rakyat yang mesti menjalankan khidmat tanpa menyebelahi mana-mana pihak samada pembangkang ataupun kerajaan.

Justeru beliau menggesa supaya rakyat bangkit dan menentukan hala tuju negara dengan menggunakan hak sebagai pengundi pada pilihanraya umum yang ke-13 akan datang.

Beliau menyeru kepada masyarakat Tionghua dinegeri Terengganu khususnya agar menyokong PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihan raya akan datang.

“Saya (DAP) minta masyarakat Tionghua di Dun (Dewan Undangan Negeri) Chukai ini beri sokongan padu kepada calon PAS dan Pakatan Rakyat pada PRU13 nanti.

“Pemimpin Umno seperti ‘kacang lupakan kulit’ apabila mereka (BN) berkuasa dan jadi kerajaan,” ujarnya.

Thursday, March 1, 2012

Menjelang PRU13; Orang Cina Kena Ingat Peristiwa 1999

-Jangan Terpedaya Janji Manis BN
KUALA TERENGGANU
– Masyarakat Cina di negara ini amnya dan di negeri Terengganu khususnya diingatkan supaya tidak ‘termakan’ denganjanji-janji manis MCA dan Barisan Nasional (BN).

Menurut Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing, MCA telah menyelamatkan Umno dengan mengumpan janji kepada masyarakat Cina pada tahun 1999 yang menyebabkan BN kembali berkuasa.

Sedangkan, katanya, pada waktu itu, Umno telah kehilangan undi Melayu kerana protes ekoran gerakan reformasi dan isu pemecatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

“sebanyak 54% undi telah diraih oleh Barisan Alternatif waktu itu tetapi kerana termakan dengan janji manis MCA, masyarakat Cina telah memberi undi kepada Umno dan menyambung talian hayat BN,”katanya ketika ditemui

[Gambar - Chai Hing memberikan ang pow kepada massyarakat Cina Dungun dalam meraikan sambutan tahun Baru Cina ]

Namun, menurutnya, sebaik sahaja BN mendapat kuasa masyarakat Cina telah didakwa dengan pelbagai tuduhan dan dilemparkan dengan ‘gelar’ yang sangat hodoh dan perkauman.

Beliau berkata, Perdana Menteri ketika itu yang juga Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad telah memanggil orang-orang Cina sebagai ekstrimis dan cauvinis sebaik menang pilihanraya ke 10 tahun 1999.

Mengulas kenyataan Pengerusi MCA Terengganu yang juga ADUN Bandar dan Exco negeri Terengganu, Chai Hing bekata, beliau tidak sepatutnya mengambil remeh dan sambil lewa masalah bangunan dan binaan yang sering runtuh di negeri ini.

Sebagai seorang bekas kontraktor binaan, Chai Hing menyifatkan kenyataan Dato’ Toh Chin Yau sebagai satu kenyataan yang ‘bodoh sombong’.

“sebagai seorang bekas kontraktor binaan, YB Toh tidak boleh memandang remeh dan sambil lewa kerana bangunan dan binaan yang runtuh itu melibatkan wang rakyat, wang pembayar cukai,

“ia satu kenyataan yang bodoh sombong oleh seorang bekas kontraktor binaan,”tegasnya.

Dato’ Toh Chin Yau, dilaporkan pada 21 Februari lalu menganggap kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh, adalah perkara biasa.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pelajar UPSR Yayasan Terengganu Kali Ke 33, 2012 di Dewan Tuanku Abdul Rahman.

Monday, February 20, 2012

Now Najib says a vote for PAS is a vote for DAP

Remembered how Dr. Mahathir insulted the Chinese community after the 1999 general election ? He labeled the Chinese community as extremists and chauvinists after winning the GE with the support from the Chinese. Fellow Malaysians do not be bitten by a snake twice in the same hole. These UMNO leaders cannot be trusted because they talked with forked tongues ! These UMNO leaders only interested in your votes to cling on to their political power. Do not give them any chance to win in the next GE !!!


KUALA LUMPUR, Feb 19 — Datuk Seri Najib Razak appeared to tell Muslims today that a vote for PAS was a vote for DAP, the day after MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek told Chinese voters the reverse. 
Without naming either opposition party, the prime minister (picture) cautioned some 400 delegates at the Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya here that support for one “faction” will translate into backing for its partner as well.

“Even if we vote for that faction, it is the one who sleeps in the same bed with them that will profit,” he said during his luncheon address, adding that he hoped online writers would get his meaning.

“The Chinese held a debate on Chinese at the crossroads. Muslims too are at a crossroads, more so since the general election is not far off. We must choose, and the one we choose must be able to guarantee the honour and purity Islam.”

Dr Chua warned the Chinese community during his debate with DAP secretary-general Lim Guan Eng yesterday that a vote for the opposition party was a vote for PAS, which he claimed would impose its Islamist values on non-Muslims.

DAP would not be able to stop PAS from establishing an Islamic state in Malaysia should Pakatan Rakyat (PR) win federal power as “PAS is the taiko (big brother)”, the MCA president said.

Najib also said today that the assembly, which brought together ulama, Islamic scholars and bloggers, was “timely” as Muslims in Malaysia faced with serious challenges from “lies” in social media.

These challenges demand that Muslims stay ever more united and determined to ensure that national stability and the integrity of Islam could be defended, he stressed.

This could be achieved, Najib said, if the three groups worked with each other as well as the government to filter out from social media misinformation spread for political reasons.

He added that inaction would not only be detrimental to the country but Muslims themselves, as politics was an important “jihad” in Islam.

“This cooperation with government will become a bastion to defend the interests and honour of Islam,” he said.