Wednesday, August 8, 2012

Tajuk utama muka hadapan akhbar Utusan Malaysia “Haram Sokong DAP” bukti berkecainya polisi 1Malaysia Najib

Dengan menghitung 23 hari sebelum sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 dan 39 hari lagi bagi sambutan Hari Malaysia Ke-49, semua rakyat Malaysia yang patriotik dan nasionalis sedang menghadapi masa yang pahit apabila menyaksikan usaha-usaha segelintir untuk memisahkan dan memecahbelahkan rakyat daripada usaha untuk menyatupadukannya.

Hari ini, tajuk utama muka hadapan akhbar Utusan Malaysia, lidah rasmi UMNO, telah melaporkan berita “Haram Sokong DAP” memberikan gambaran bahawa polisi terkemuka 1Malaysia kepunyaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah gagal dalam mewujudkan satu bangsa Malaysia dimana setiap rakyat Malaysia menganggap dirinya sebagai rakyat Malaysia dahulu dan kemudiannya mengikut kaum, agama, negeri dan status.

Tajuk utama Utusan Malaysia yang amat berbisa dan pada masa yang sama berskandal - “Haram Sokong DAP” merupakan dakwaan mengarut Utusan Malaysia, UMNO dan pimpinan Najib!

Adakah Utusan Malaysia kini diberi peranan untuk menimbulkan dan mengapi-apikan ketegangan dan konflik perkauman di Malaysia?

Persoalannya bukanlah ulama atau guru pondok yang mengeluarkan kenyataan tersebut tetapi bagaimana akhbar nasional kepunyaan UMNO yang sepatutnya bertanggungjawab diatas beritanya, tergamak untuk melaporkan berita sebegini dengan tajuk utamanya yang begitu berbisa sekali. Tiada lagi bukti yang lebih kukuh yang menuding kepada penghancuran polisi 1Malaysia Najib dalam tiga tahun ini yang sepatutnya menjadi penyumbang utama kepada usaha pembangunan negara dalam lima dekad ini!

Ataupun, adakah Najib mengaku bahawa beliau telah hilang kawalan keatas Utusan Malaysia dan akhbar lidah rasmi UMNO kini didalangi konco-konco UMNO yang tidak mempedulikannya atau polisi rasmi UMNO mahupun Barisan Nasional?

Saya tidak hairan jika perkara yang menjijikkan seperti ini dilakukan terhadap UMNO atau mana-mana parti komponen BN, dengan menggunakan tajuk utama yang memualkan ini “Haram Sokong UMNO”, “Haram Sokong MCA”, “Haram Sokong MCA”, Kementerian Dalam Negeri pastinya akan mengharamkan suratkhabar tersebut.

Tetapi sebaliknya, apa yang dapat dilihat adalah Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan yang memerintah sekarang nampaknya membiarkan barah ini merebak ataupun memperakukan tindakan keji yang tidak bertanggungjawab, meluatkan dan berunsur fitnah dalam penerbitan akhbar ini.

Mungkinkah wujud satu konspirasi untuk membuktikan benar ramalan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam bulan Jun yang lalu bahawa pilihanraya umum yang akan datang ini akan memfokuskan kepada isu perkauman kerana mengikut tanggapan beliau “negara Malaysia jauh lebih rasis sekarang berbanding dengan sebelumnya”!

Adakah ini sebab mengapa angkatan tentera seramai 10,000 ‘cybertrooper’ UMNO/Barisan Nasional telah direkrut untuk memutarbelitkan dan menyebar fitnah dan berita palsu, seperti yang dapat dilihat dalam filem “Tanda Putera” yang ditaja kerajaan berhubung dengan rusuhan 13 Mei 1969 dengan pelbagai dakwaan liar, tidak berasas dan berbisa bahawa saya telah memprovokasi dan mencetuskan rusuhan tersebut dalam perhimpunan jalanan, membunuh Melayu serta kencing dibawah tiang bendera di rumah kediaman Menteri Besar Selangor yang jelas fitnah semata-mata kerana saya tidak berada di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei 1969?

Akhbar yang diberi kebebasan untuk menerbitkan tajuk utama berita seperti “Haram Sokong DAP” jelas sebuah akhbar yang anti-nasional dan anti-Malaysia.

Rakyat Malaysia dan warga dunia sedang memerhatikan tindak tanduk negara ini.

Adakah Najib yang melaung-laungkan seruan supaya “golongan yang sederhana mesti bersatu padu” dalam forum-forum antarabangsa, akan berani mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia sebagai satu contoh sifat kewartawanan yang buruk, tidak bertanggungjawab, ekstrim, menghasut dan anti-nasional untuk menimbulkan ketegangan diantara kaum, prasangka buruk diantara agama dan memperlekehkan perpaduan kaum di Malaysia?

Kenyataan media oleh Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 8hb Ogos 2012

Tuesday, July 31, 2012

Sedia bantu PAS menangi pilihan raya


Rakan-rakan PAS seperti Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dan DAP Terengganu masing-masing menyatakan kesediaan bagi membantu PAS dan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing berkata pihaknya sentiasa bersedia bagi membantu rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat berkempen pada pilihan raya akan datang.

Katanya, DAP Terengganu akan memberikan kerjasama padu bagi memenangkan PAS dan Pakatan Rakyat di negeri ini.

“Kita (DAP) sentiasa bersedia untuk bantu rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat berkempen (pilihan raya).

“Kita akan turun mana-mana tempat yang perlukan bantuan DAP untuk berkempen, mengedar risalah dan berceramah di kawasan Tionghua (Cina). Kita ‘standby’ pada bila-bila masa yang diperlukan,” ujarnya kepada Harakah.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Iftar Bersama Presiden PAS dan Dana PRU12 PAS kawasan Marang, di Restoran Maidah Rusila, Marang, 27 Julai lalu.

Menurutnya, komitmen itu diberi bagi mempastikan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu tumbang pada PRU13.

Pengerusi DHPP Terengganu, Dr Bala Chandran Gopal Krisnan menegaskan kewujudan dewan (DHPP) ini bagi membantu kemenangan PAS di negeri Terengganu.

Katanya, PAS mesti dimenangkan pada pilihan raya akan datang bagi menggantikan Umno-BN di Terengganu.

“Kita (DHPP) bersedia 100 peratus untuk bekerja memenangkan PAS dalam pilihan raya akan datang. Peranan kita (DHPP) bekerja untuk kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat.

“Umno-BN wajib dijatuhkan dan PAS mesti dimenangkan untuk menggantikan kerajaan di Terengganu ini,” tegasnya.

Menurutnya, meski pun kaum India hanyalah minoriti serta jumlah pengundi yang kecil tetapi sokongan kepada PAS akan berlaku secara senyap.

Rakannya, Bendahari DHPP Pusat, Tan Chin Heng menyifatkan kerajaan BN Terengganu bakal tumbang pada pilihan raya akan datang.

Katanya, kerajaan BN yang ditunjangi oleh Umno turut kehilangan sokongan dari para pengundi Tionghua di negeri ini.
“Saya lihat keadaan semasa hari ini, kerajaan Umno-BN boleh tumbang pada pilihan raya akan datang. Saya yakin itu akan berlaku kelak.

“Mereka (BN) pun hilang sokongan kaum Tionghua di negeri ini, walau pun tidak secara terbuka, tapi secara senyap boleh berlaku pada PRU13 ini,” ujarnya yang juga selaku Bendahari DHPP Terengganu.

Menurutnya, DHPP cukup selesa dengan PAS dan akan mempastikan kemenangan kepada calon-calon PAS di kawasan ada pengundi bukan Islam.

Sunday, July 29, 2012

Rakyat Sudah Tidak Sabar Untuk Buat Perubahan

Pelbagai program yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat Terengganu yang saya turut sama sertai dalamusaha meneruskan kempen menarik sokongan rakyat.

Rata-rata mereka yang ditemui berkata rakyat sudah tidak sabar menunggu tarikh pilihan raya dari tahun ke tahun, bulan ke bulan bagi membuat perubahan dan Pakatan Rakyat telah bersedia untuk ke Putrajaya.

Antara Program kita (PAS) yang saya hadiri pada tengah bulan Julai ialah program santai sambil buat BBQ, makan malam bersama keluarga, rakan-rakan dan terbuka kepada orang ramai.

Saya lihat ramai juga ‘budak-budak’ Umno datang ke majlis kita malam ini. Kita buat terbuka untuk orang ramai dan tidak kira parti.

Masyarakat Tionghua pun ramai yang datang dan mereka (Cina) tidak rasa takut lagi kepada ‘mata-mata’ kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Program tersebut anjuran Pemuda PAS cawangan Wakaf Tapai dengan kerjasama Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) kawasan Marang diadakan di perkarangan Pasar Wakaf Tapai, Marang, 16 Julai lalu.

Tuesday, July 17, 2012

Politik Jahat Umno-BN; Mesti Di Ubah Pada PRU 13

Suka tak suka WAJIB kita ubah Kerajaan BN yang khianat terhadap amanah rakyat Malaysia ! Sebelum 2008 rakyat dianggap sebagai hamba oleh UMNO/BN dan hari ini rakyat sudah jadi tuan kepada negara sendiri !

(Gambar atas ; menghadiri ceramah anjuran PKR di Kampung Ladang. Antara penceramah adalah bekas Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia yang kini sudah bersama Pakatan Rakyat)

Rakyat sudah bagi CHANCE kepada BN selama 54 tahun dan kali ini kata beliau tidak akan sokong BN lagi ! Ubah sekarang dan selamatkan Malaysia !



(Gambar atas - masyarakat Cina Kuala Terengganu besolidariti dengan Lynas Save Malaysia pada 14 Julai di Kuala Ibai)

Isu Syabas menunjukkan Kerja jahat SYABAS yang cuba memutarbelikan isu bekalan air di Selangor. SYABAS patut didakwa kerana berniat jahat untuk menibulkan rasa takut dikalangan rakyat negeri Selangor.