Friday, May 10, 2013

Tidak benar PR Pulau Pinang gagal dapat sokongan pengundi bukan Cina


GEORGE TOWN, 9 MEI: Tuduhan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa Pakatan Rakyat Pulau Pinang gagal mendapat sokongan pengundi bukan Cina ternyata meleset dan tidak benar sama sekali kerana undi popular yang diperolehi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) meningkat sebanyak 7.7 peratus iaitu daripada 58 peratus pada Pilihan Raya Umum 2008 kepada 65.7 peratus pada PRU-13, 5 Mei lalu.

Ketua Menteri, Lim Gua Eng berkata, manakala bagi kerusi DUN, Barisan Nasional (BN) hanya mendapat undi popular sebanyak 32% dengan bakinya merupakan undi rosak dan undi untuk calon bebas.

Katanya, bagi kerusi Parlimen pula, Pakatan Rakyat mencatatkan peningkatan undi popular sebanyak 4% iaitu daripada 63% pada 2008 kepada 67% pada PRU-13, sedangkan BN hanya mendapat 31% dengan bakinya adalah undi rosak.

PR P.Pinang % Undi Popular PRU2008 vs PRU2013 (DUN and Parlimen)
PR P. Pinang % Undi Popular PRU 2008 % Undi Popular PRU 2013 Pertambahan Peratusan Undi Popular
Parlimen 63.0% 67.0% 4.0%
DUN 58.0% 65.7% 7.7%
Termasuk undi rosak

- Pengurangan pecahan undi daripada PRU 2008 dengan PRU 2013 menunjukkan majoriti pengundi Pulau Pinang menyokong Pakatan Rakyat pada kadar serupa di peringkat Parlimen dan DUN.

PR P. Pinang # undi popular PRU2008 vs PRU2013 (DUN dan Parlimen)
PR P. Pinang # bilangan undi sah PRU2008 # bilangan undi sah PRU 2013 Pertambahan jumlah undi sah
Parlimen 341836 492863 151027
DUN 319757 490798 171041

- Pertambahan bilangan undi di peringkat DUN adalah lebih besar berbanding pertambahan bilangan undi Parlimen. Ini memperlihatkan peningkatan keyakinan terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, pertambahan undi popular untuk Pakatan Rakyat sebanyak 7.7% boleh dikaitkan dengan pertambahan sokongan daripada semua komuniti di Pulau Pinang iaitu Cina, India dan Melayu.

“Walaupun terdapat pertambahan signifikan pengundi Cina dan India, terdapat juga pertambahan daripada pengundi Melayu. Jika tidak bagaimana mungkin sebuah negeri dengan 35% pengundi Melayu dapat memberikan 66-67% undi popular bagi Pakatan Rakyat di kedua-dua kerusi DUN dan Parlimen?

“Memandangkan adalah mustahil untuk mendapat sokongan 100% daripada kedua-dua kaum India dan Cina, pertambahan undi popular dan majoriti seperti yang boleh dilihat di bawah hanya boleh didapati daripada peningkatan sokongan pengundi Melayu,” katanya dalam kenyataan media.

Undi Majoriti PR P. Pinang PRU2008 vs PRU2013 (DUN dan Parlimen)

PR P. Pinang PR Majority GE2008 PR Majority GE2013 Pertambahan majoriti
Parliament 141733 263004 121271(+86%)
State 97418 257552 160134(+164%)
 
                                                                    














Majoriti undi Pakatan Rakyat bertambah sehingga 86% bagi kerusi Parlimen dan sehingga 164% bagi kerusi DUN untuk PRU kali ini berbanding PRU 2008. Fakta menunjukkan dengan jelas bahawa Pakatan Rakyat menang di Pulau Pinang lantaran meningkatnya sokongan daripada ketiga-tiga komuniti kaum.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, DAP kesal dengan sikap UMNO dan MCA yang membangkitkan isu perkauman dengan kononnya wujud tsunami Cina sedangkan sebenarnya ia adalah tsunami rakyat Malaysia daripada semua tiga kaum terbesar di Pulau Pinang.

“Permainan api perkauman yang dimainkan BN ini sangat bahaya memandangkan kita telah melihat di sepanjang tempoh kempen bahawa sebenarnya kumpulan penyokong BN berketurunan Cina daripada persatuan 1Malaysia yang bertindak kasar terhadap kaum Cina sendiri, manakala penyokong Melayu BN bertindak kasar terhadap orang Melayu.

“Orang Melayu dan bukan Melayu bukanlah sebodoh yang disangka BN sehingga boleh termakan sentimen perkauman yang dimainkan BN, dan mereka pastinya akan menolak politik konfrontasi perkauman BN dan menerima politik kolaborasi Pakatan Rakyat. Saya telah menyebut dalam ucapan majlis angkat sumpah saya semalam bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang 2.0 akan berlaku adil kepada semua tanpa mengira kaum, agama dan pendirian politik, termasuk mereka yang menyokong BN,” katanya. – Roketkini.com

Sunday, April 14, 2013

Bersama Treler Negara Berkebajikan PAS di Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU - Lebih 4,00 orang hadir mendengar ucapan pemimpin PAS dan menyaksikan persembahan Azhan Atan serta Ustaz Azhar Idrus, sempena kehadiran Treler Negara Berkebajikan 'Optimus Prime' di Dataran Shahbandar dekat sini, pada Isnin malam, 8 April.

Antara pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat Terengganu serta NGO  yang hadir adalah Pesuruhjaya PAS  Haji Mohd Abdul Wahid Endut, Timbalan Pesuruhjaya 3 Dr Alias Razak, Pengerusi PKR Azan Ismail, Pengerusi DAP Ng Chai Hing dan Pengerusi Amanah Terengganu Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah.



Saturday, April 6, 2013

Wartawan Kena Kerja ikhlas, Lapor Secara Profesional

MARANG - Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang mendesak agar kerajaan Barisan Nasional (BN) berlaku adil dan telus dalam pilihan raya umum kali ke-13  yang dijangka berlaku pada akhir bulan ini.

Beliau berkata, perlawanan politik dalam negara yang mengamalkan prinsip demokrasi mesti diadakan di atas ‘padang’ yang sama rata.

“Harapan kami (mahu) pilihan raya secara demokratik dalam erti kata yang sebenar dapat dilaksanakan. Sebagaimana di tempat (negara) lain menjalankan demokrasi sebenar seperti di Indonesia, Filipina, Thailand, Mesir dan termasuk di negara lain yang sentiasa membuat pembaharuan.

“Ini penting (supaya) rakyat diberi dengan cara yang hak dan telus. Media adalah saksi yang adil, yang memberi peluang kepada semua pihak. Perjalanan pilihan raya dijalankan dengan cara yang adil dan telus. Pilihan raya diadakan di atas ‘padang’ yang sama rata,” tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di kediamannya Kampung Rusila, di sini semalam 3 April.

hari ini, sempena pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteridi hadapan 30 pengamal media di negeri ini.

Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut menasihatkan semua pengamal media agar menjalankan kerja secara ikhlas, jujur dalam laporan serta berlaku profesional.

“Nasihat saya kepada pihak media, wartawan kerja dengan ikhlas, lapor semua (dengan betul), yang buat silap orang lain (pihak editor) itu saudara-saudari tidak bertanggungjawab.

“Cuma saudara kena catit apa yang kita (PAS) lapor..itu hal saudaralah. Tunaikan secara profesional sebagai wartawan. Kita tahu di Malaysia ini..yang atas (editor) macam-macam ceritalah. Kita (PAS) akan bagi kerjasama dan laluan kepada wartawan...jaga keselamatan. Media rakan kita,” ujarnyadi hadapan 30 pengamal media di negeri ini yang hadir pada sidang media tersebut.

Hadir sama pada sidang media tersebut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, Setiuasaha PAS Terengganu, Yahya Ali, Pengerusi DAP Terengganu, Encik Ng Chai Hing dan Timbalan DHPP Terengganu, Jefri Chua.