PAS Terengganu membuat satu laporan polis ekoran tindakan pihak yang
tidak bertanggungjawab menggunakan lambang PAS dalam demonstrasi isu
kalimah ALLAH yang diadakan di pekarangan Masjid Sultan Ahmad di Chukai
pada Selasa 5 Februari lalu.
Dalam laporan tersebut, Penolong Setiausaha Badan Perhubungan PAS
Negeri Terengganu Haji Hanafiah Mat menegaskan beliau tidak mengenali
langsung mereka-mereka yang mengadakan demonstrasi itu.
Beliau
berkata, lapoan tersebut dibuat kerana tindakan individu terbabit
khususnya Mohd Firdaus Harun yang menjadi jurucakap kumpulan itu telah
menyebarkan ketegangan kaum dan agama serta boleh menyebabkan
keselamatan negara terancam.
"Setelah saya membaca berita sebuah
akhbar dan meneliti gambar-gambar yang diterbitkan, saya dapati mereka
yang terlibat bukan sebagaimana yang dilaporkan dlam berita tersebut,
"saya
juga selaku Penolong Setiausaha PAS Terengganu, dan menetap di Chukai
Kemaman, tidak langsung mengenali mereka dan mereka bukan ahli
PAS,"ujarnya ketika ditemui selepas membuat laporan di balai polis
Chukai, disini pada Rabu 6 Februari.
Beliau berharap dengan
membuat laporan tersebut, pihak polis dapat menyiasat dan mengambil
tindakan menahan individu yang terbabit dalam demonstrasi tersebut.
Turut
sama hadir di balai polis adalah Yang DiPertua PAS Kemaman haji Ismail
Harun, Setiausahanya Ustaz Alias Abdul Hamid dan Ahli Jawatankuasanya
Ustaz Azri Abdul Aziz.
Berita terkait;
Bukan Demonstrasi PAS; Polis Diminta Ambil Tindakan
Sunday, February 10, 2013
Tuesday, February 5, 2013
Potensi DUN Alor Limbat dan Pengkalan Berangan Meningkat
MARANG
- Hampir 1,000 buah rumah masyarakat Tionghua telah dilawati pada
program 'Ziarah Muhibbah' anjuran Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) PAS
Kawasan Marang , yang bermula pada jam 10 pagi dan berakhir lewat petang
Jumaat, 1 Februari.
Menurut Pengerusi LPN Marang Mohd Nasir Bin Ismail pada sebelah pagi lawatan diadakan bersama Yang DiPertua PAS Marang Hj Yahaya Ali di kawasan Taman Perumahan Padang Midin, Kuala Terenggan.
"Manakala sebelah petangnya, lawatan 'Ziarah Muhibbah' di sekitar Taman Raya dan Taman Istiwa, Pekan Wakaf Tapai telah diadakan bersama Timbalan Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Bin Sulong,"ujarnya ketika ditemui oleh skuad BO.
Turut serta dalam rombongan lawatan rumah ke rumah itu adalah Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan PAS negeri Terengganu, Jefri chua dan Pengerusi DAP negeri terengganu, Ng Chai Hing.
Sehubungan itu Timbalan Pengerusi MTD Pengakalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong [gambar bawah] yakin, sokongan masyarakat Tionghua kepada PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihanraya akan datang meningkat sekali ganda berbanding pada pilihanraya umum ke-12 tahun 2008.
"masyarakat
Tionghua menerima baik kunjungan muhibah pemimpan PAS yang mana ia
adalah merupakan kunjungan tahunan sempena perayaan Tahun Baru Cina
yang akan tiba tidak lama lagi,
"Sepanjang program ziarah ini masyarakat tionghua mengalu-alukan kehadiran dan menyatakan komitmen untuk bersama-sama membuat perubahan di dalam PRU13 akan datang,"jelas Ustaz Sulaiman.
Beliau yang juga Pengarah Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (PASTI) negeri Terengganu berkata, mereka juga menyatakan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas keprihatinan PAS turut sama meraikan sambutan tahun baru.
Menurut Pengerusi LPN Marang Mohd Nasir Bin Ismail pada sebelah pagi lawatan diadakan bersama Yang DiPertua PAS Marang Hj Yahaya Ali di kawasan Taman Perumahan Padang Midin, Kuala Terenggan.
"Manakala sebelah petangnya, lawatan 'Ziarah Muhibbah' di sekitar Taman Raya dan Taman Istiwa, Pekan Wakaf Tapai telah diadakan bersama Timbalan Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Bin Sulong,"ujarnya ketika ditemui oleh skuad BO.
Turut serta dalam rombongan lawatan rumah ke rumah itu adalah Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan PAS negeri Terengganu, Jefri chua dan Pengerusi DAP negeri terengganu, Ng Chai Hing.
Sehubungan itu Timbalan Pengerusi MTD Pengakalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong [gambar bawah] yakin, sokongan masyarakat Tionghua kepada PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihanraya akan datang meningkat sekali ganda berbanding pada pilihanraya umum ke-12 tahun 2008.
"Sepanjang program ziarah ini masyarakat tionghua mengalu-alukan kehadiran dan menyatakan komitmen untuk bersama-sama membuat perubahan di dalam PRU13 akan datang,"jelas Ustaz Sulaiman.
Beliau yang juga Pengarah Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (PASTI) negeri Terengganu berkata, mereka juga menyatakan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas keprihatinan PAS turut sama meraikan sambutan tahun baru.
Monday, January 28, 2013
Saturday, January 26, 2013
70% Kaum Tionghua Terengganu Sedia Buat Perubahan
Menurut Timbalan Pengerusinya Jeffri Chua [Gambar atas - paling kanan], DHPP sedangn giat membantu calon-calon PAS dan Pakatan Rakyat untuk memberikan penerangan berhubung isu-isu semasa ke seluruh negeri Terengganu.
"kita round (ziarah) hari ini adalah (dalam) seratus lebih (buah rumah), sambutan (orang) Cina memang menggalakkan, masing-masng kata (mereka) nak ubah (kerajaan pada RU-13),
"yang sebut (sedia berubah) 70% yang lain tu.....dalam hati dia sudah tahu nak undi siapa,"ujarnya ketika ditemui selepas mengiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang Dato' Tengku Hassan Omar menziarahi penduduk berketurunan Cina di sekitar Kampung Ladang, dekat sini pada Rabu 23 Januari.
Turut sama dalam lawatan tersebut adalah aktivis 'R' Terengganu, Gerakan Kembalikan Royalti Minyak Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah dan Pengerusi DAP negeri Terengganu, Ng Chai Hing.
Katanya, Lawatan Ramah Mesra Pengundi DUN Ladang tersebut dibuat bagi mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina yang akan dirayakan oleh masyarakat Tionghua pada 10 Februari depan.
Menurutnya, program tersebut diadakan lebih awal kerana mereka akan mula pulang ke kampung masing-masing mulai minggu hadapan bagi erayaka 'hari bear' tersebut.
Jeffri Chua yang merupakan anak jati kelahiran Terengganu cukup yakin perubahan besar akan berlaku pada pilihanraya umum yang akan datang dinegeri Terengganu dan di peringkat kerajaan pusat.
Katanya, sejak beliau dilahirkan 55 tahun yang lampau, bersekolah dan membesarkan di Kuala Terengganu, beliau tidak pernah melihat satu tekad yang begitu kuat dikalangan masyarakat Tionghua untuk membuat perubahan politik dalam negara ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)

