Sunday, July 31, 2011

SPR wajar batalkan penggunaan Biometrik

KUALA TERENGGANU – Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Heng , menggesa pimpinan Pakatan Rakyat (PR) melakukan bantahan berhubung penggunaan sistem biometrik bermula dari sekarang.


Katanya, bantahan itu perlu bagi memastikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mengaplikasikan kaedah tersebut dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Beliau berkata, kaedah itu tidak sesuai untuk dilaksanakan kepada rakyat kerana menganggap pelaksanaan teknologi canggih tidak begitu berkesan kepada rakyat.

“Sudah banyak benda yang menggunakan teknologi canggih tetapi pelaksanaannya tidak berkesan sebagaimana yang pernah dilaksanakan kerajaan sebelum ini.

“Kalau kerajaan melakukannya juga, rakyat akan hilang keyaki-nan dan kerajaan sepatutnya mendengar suara rakyat kerana suara mereka adalah suara keramat,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.

Chai Heng berkata, sistem biometrik juga bukan perkara mudah untuk dilaksanakan dan menjangkakan ia mungkin menimbulkan banyak masalah jika SPR tetap berkeras.

Katanya, tidak banyak negara melakukan kaedah itu selain Amerika Syarikat (AS) yang melaksanakannya sebelum ini.

“Sistem ini juga telah disalah guna untuk memenangkan pihak kerajaan memerintah di AS sehingga pencabar menang tipis," katanya. - Sinar Harian