Tuesday, May 26, 2009

Tindakan Polis Yang Tidak Munasabah


Tindakan pihak poolis dan FRU menahan 19 orang yang terbabit dengan program aman 'Mogok Lapar' anjuran Pakatan Rakyat Perak merupakan tindakan yang tidak munasabah.

Tindakan tersebut juga telah melanggar hak asasi rakyat untuk berkumpul secara aman bagi menyampaikan satu mesej kepada pihak berkuasa.

Program mogok lapar adalah satu cara yang paling murni dari segi kerohanian dan kemanusiaan dalam mana-mana perjuangan berlandaskan demokrasi.

Tindakan mogok lapar juga adalah bukan satu tindakan yang pelik dan ganjil kerana ia pernah dilakukan oleh tokoh-tokoh pejuang terkenal sepanjang zaman seperti Mahatma Gandhi dan lain-lain.

Saya turut hadir dan menyertai program mogok lapar di ibu pejabat DAP Perak hari ini.

Setibanya saya diperkarangan bangunan tersebut kira-kira jam 9.00 pagi, saya amat terkejut dengan kehadiran lebih 100 orang polis dan tujuh buah trak polis.

Sewaktu makan pagi di Restoran Mamak dibawah pejabat DAP (gambar atas), saya diberitahu oleh rakan-rakan, polis dan FRU telah berada di lokasi sejak jam 7.00 pagi.

Belum pun matahari terbit, polis telah menahan 5 orang petugas yang memasang kanopi, menakluki kanopi tersebut dengan beramai-ramai berdiri dibawahnya dan merampas sebiji belon.

Mahu pasang belon pun tak boleh, zaman Najib menjadi Perdana Menteri !

Lebih malang lagi, polis telah bertindak kasar keatas wakil-wakil rakyat dan aktivis yang sedang berjalan kearah kenderaan masing-masing, mereka ditangkap bukannya ketika berhimpun dan berdemonstrasi.

Kemudian wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat telah ditahan selama 6 jam didalam lokap.

ini menunjukkan telah diperkudakan oleh pihak-pihak tertentu untuk mencapai matlamat politik mereka dan mengekalkan kuasa mereka yang mereka rampas scara haram di negeri Perak.

Program aman Mogok Lapar yang diadakan pada hari ini berlangsung aman sebelum pihak polis meluru datang dari arah belakang pejabat DAP ketika wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat bergambar beramai-ramai setelah perasmian program oleh Dato' Seri Nizar.

Kekecohan dan kelam kabut adalah berpunca dari pihak polis, bukannya dari Pakatan rakyat !

Wednesday, May 20, 2009

Siva the Real Speaker and Fighter



V Sivakumar, the legitimate Speaker for Perak State Assembly is the real fighter.

Last Saturday he was here in Kemaman Terengganu, speaking on what really happened at State Assembly Hall on 7 May 2009.

In a crowd over than 3,000 people, Siva firmly accused UMNO and Barisan Nasional was planning a conspiracy to topple him, before the council meeting at Perak State Assembly.

In the beginning of his speech, he said that BN is not only arrogant but also stupid that we called 'bodoh sombong' in Malay.

The first action taken by BN before the assembly is allowing pro-BN media only to cover the council meeting.

Siva said they purposely issued a media special pass for only certain press because they did not want the rakyat know what will happen on the council meeting.

It was not only that, action taken by State Legal Officer denying instruction of the Speaker and so did the same as Bentara declined to follow the instructed order, was part of the conspiracy.

As Sivakumar knows that BN will try, by any means to remove him from the speaker seat, he sat still on his chair from early morning, until he dragged out of the Hall by force.

Police was doing their job well, not to make people obeying the rules and regulations, but rather than that what was happened at Perak State Assembly was, police used by the government to break the law.

Installation Ganesan as speaker was illegal.

Eventually, the council not started at all. Sivakumar dismissed the motion a day earlier. BN’s ADUN was only table a dismissed motion !.

Yet, Zambry the illegal MB proposing the motion which he has no capacity on it, because he was suspended 12 months by the Dewan Right dan Privileges Committee

Saturday, May 9, 2009

Toh Chin Yaw Wajar Letak Jawatan

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bandar Kuala Terengganu Toh Chin Yaw wajar letak jawatan. Beliau gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat dan gagal memberikan khidmatnya kepada penduduk Kampung Cina Kuala Terengganu.

Toh hanya berlepas tangan ketika penduduk miskin dan susah dalam masalah yang mereka hadapi.


Ketika penduduk perlukan wakil rakyat untuk menyelesaikan kes pengambilan balik tanah kerajaan kerana pembesaran jalan untuk projek ‘double frontage’ di Pulau Warisan (belakang Kampung Cina) penduduk mendakwa Toh tidak dipedulikan mereka.

Dalam keadaan mereka menghadapi masalah yang kritikal, wakil rakyat tersebut tidak muncul dan hanya membiarkan mereka berunding dengan pihak kontraktor sahaja.


Seorang penduduk, Chong Wan Keh, 56, menuntut Toh segera menunaikan ‘janji’ kepada penduduk terbabit dengan membahagikan borang-borang rumah.

Chong Wan Keh berkata Toh hanya cakap ‘kosong’ sahaja.

Wan Keh juga lebih baik Toh dibuang kerja (tidak jadi wakil rakyat), kerana dia (Adun Bandar) tidak tahu menahu tentang borang tanah yang dijanjikan.

Seorang lagi penuduk yang juga seorang pesara guru, Encik Chua Boon Seng, 69, mendakwa keluarganya mendiami bangunan di Kampung Cina tersebut sejak lebih 70 tahun lalu.

Tapi kerajaan tidak beri pampasan yang munasabah malah Toh mengatakan mereka semua duduk di 'tanah haram'


Wakil-wakil kerajaan yang turun dalam majlis dailog dengan penduduk termasuk Toh langsung menunjukkan rasa prihatin dan belas kasihan kepada nasib penduduk yang terbabit.

Toh telah dicanggah oleh seorang penduduk kerana sering mengulang-ulangkan dalam ucapannya ‘ini rumah haram, ini rumah haram’.

Sedangkan penduduk terbabit, tidak duduk secara haram kerana mereka diberikan lesen menumpang sementara (TOL) kebenaran pernah dikeluarkan oleh kerajaan negeri dan penduduk membayar lesen tersebut.

Toh jugai tidak cakna terhadap masalah rakyatnya sendiri.

Malah beliau menyanggah ADUN Wakaf Mempelam yang membawa kes penduduk kampung China dan kes Plaza Paya Bunga kedalam Sidang Dewan Undangan Negeri.

Toh tidak hadir semasa perbincangan diadakan diantara penduduk dengan wakil kontraktor berkenaan bagi mencari jalan penyelesaian terbaik.


Toh wajar letak jawatan kerana ketika rakyat memerlukan beliau, tetapi beliau sedang 'enjoy' bercuti dan melancong ke luar negara.

Monday, May 4, 2009

My Blog

This is my blog, containing my thoughts. It is my private thinking