Tuesday, May 26, 2009
Tindakan Polis Yang Tidak Munasabah
Tindakan pihak poolis dan FRU menahan 19 orang yang terbabit dengan program aman 'Mogok Lapar' anjuran Pakatan Rakyat Perak merupakan tindakan yang tidak munasabah.
Tindakan tersebut juga telah melanggar hak asasi rakyat untuk berkumpul secara aman bagi menyampaikan satu mesej kepada pihak berkuasa.
Program mogok lapar adalah satu cara yang paling murni dari segi kerohanian dan kemanusiaan dalam mana-mana perjuangan berlandaskan demokrasi.
Tindakan mogok lapar juga adalah bukan satu tindakan yang pelik dan ganjil kerana ia pernah dilakukan oleh tokoh-tokoh pejuang terkenal sepanjang zaman seperti Mahatma Gandhi dan lain-lain.
Saya turut hadir dan menyertai program mogok lapar di ibu pejabat DAP Perak hari ini.
Setibanya saya diperkarangan bangunan tersebut kira-kira jam 9.00 pagi, saya amat terkejut dengan kehadiran lebih 100 orang polis dan tujuh buah trak polis.
Sewaktu makan pagi di Restoran Mamak dibawah pejabat DAP (gambar atas), saya diberitahu oleh rakan-rakan, polis dan FRU telah berada di lokasi sejak jam 7.00 pagi.
Belum pun matahari terbit, polis telah menahan 5 orang petugas yang memasang kanopi, menakluki kanopi tersebut dengan beramai-ramai berdiri dibawahnya dan merampas sebiji belon.
Mahu pasang belon pun tak boleh, zaman Najib menjadi Perdana Menteri !
Lebih malang lagi, polis telah bertindak kasar keatas wakil-wakil rakyat dan aktivis yang sedang berjalan kearah kenderaan masing-masing, mereka ditangkap bukannya ketika berhimpun dan berdemonstrasi.
Kemudian wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat telah ditahan selama 6 jam didalam lokap.
ini menunjukkan telah diperkudakan oleh pihak-pihak tertentu untuk mencapai matlamat politik mereka dan mengekalkan kuasa mereka yang mereka rampas scara haram di negeri Perak.
Program aman Mogok Lapar yang diadakan pada hari ini berlangsung aman sebelum pihak polis meluru datang dari arah belakang pejabat DAP ketika wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat bergambar beramai-ramai setelah perasmian program oleh Dato' Seri Nizar.
Kekecohan dan kelam kabut adalah berpunca dari pihak polis, bukannya dari Pakatan rakyat !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment