Saturday, January 30, 2010

DAP sokong MB rombak 48 pegawai kana

KUALA TERENGGANU – Pengerusi Parti DAP Terengganu, Ng Chai Heng menyokong tindakan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said membuat rombakan terhadap 48 pegawai kanan pentadbiran negeri.

Beliau menyokong sekiranya rombakan terbabit dilakukan demi kebaikan pengurusan dan mutu perkhidmatan negeri ini.

Menurutnya, Kerajaan Negeri berkemungkinan mempunyai perancangan tertentu dalam memastikan pegawai yang dipilih dapat membantu melicinkan pentadbiran negeri dan agensi bernaung di bawahnya.

“Pegawai yang ada pengalaman dalam bidang tertentu perlu diberi tanggungjawab. Kalau ia melibatkan tanah, keutamaan diberi kepada individu terlibat supaya pelaksanaan yang dirancang dan dasar sedia ada dapat dipertingkatkan,” katanya, semalam.

Dalam masa sama, beliau melihat rombakan itu perlu dilakukan kerana menganggap jawatan pengurusan dalam Kerajaan Negeri perlu dimantapkan terutama meningkatkan tahap pengurusan yang lebih baik bagi kawasan Bandaraya Kuala Terengganu.

Bagaimanapun, kata Chai Heng, sekiranya rombakan itu mempunyai unsur politik akibat pegawai terlibat menyokong individu tertentu yang tidak memihak kepada Ahmad maka ia tidak patut berlaku.

Sunday, January 24, 2010

Makan Malam Bersama Masyarakat Cina Bandar Chukai


Semalam, saya meraikan Majlis Makan Malam yang dianjurkan oleh PAS DUN Chukai yang di ketuai oleh Haji Hanafiah Mat, seorang aktivis PAS yang sangat cergas membantu Pakatan Rakyat.

Beliau telah menjemput dua pemidato lain, seorang dari PKR iaitu ADUN Simpang Pulai, YB Can Ming Kai dan seorang lagi yang saya hormati, seorang Veteran DAP yang tidak pernah kalah selama 6 penggal iaitu, YB Leong Ngah Ngah ADUN Triang.

Saya bersyukur kerana Majlis Makan malam tersebut berjaya menarik orang-orang baru bersama Pakatan Rakyat yang akan dapat membantu dalam menjana kemenenangan Pilihanraya Umum yang ke 13 nanti


Friday, January 22, 2010

Ahmad Said Melanjutkan Jenayah Kerajaan Pusat


Batu Burok, KUALA TERENGGANU - Walaupun sudah hampir dua penggal, Umno dan Barisan Nasional (BN) mengambil alih pemerintahan negeri Terengganu daripada PAS, namun kes tuntutan royalti yang difailkan oleh Kerajaan PAS Terengganu masih ‘tergantung’ di mahkamah.

Menurut Penasihat Undang-undang PAS, Dato’Wan Mutalib Embong, kes tersebut tidak akan ditarik balik oleh kerajaan Umno/BN kerana ia bukan tuntutan biasa, tetapi ia adalah sebuah kes jenayah.

”Walaupun ia ditarik balik atau dihilangkan, kita boleh buka balik kerana kes ini adalah kes jenayah,

”dan mengikut kaedah perundangan akta kewangan, tidak ada satu sen pun dari hasil kerajaan negeri ini, boleh dikeluarkan dari kumpulan wang yang disatukan,

”melainkan melalui enakmen perbekalan negeri Terengganu yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri,”katanya dalam Majlis Ceramah Sempenan Tragedi Berdarah Batu Burok yang diadakan disini, semalam.

Oleh itu tegasnya, apa jua yang dipersetuji oleh Dato’ Ahmad Said sebagai Menteri Besar berkenaan wang royalti merupakan lanjutan kepada perbuatan jenayah yang dilakukan oleh kerajaan pusat.

Justeru, walaupun dipersetujui apa-apa juga perbelanjaan yang digunakan oleh kerajaan pusat dengan wang tersebut untuk membangunkan negeri Trengganu, ia masih merupakan satu kesalahan menurut undang-undang.

”Kerajaan pusat mesti mengembalikan hasil (royalti petroleum) kepada negeri Terengganu,”jelasnya. - buletinonline