Saya turut sama memeriahkan majlis sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Idulfitri PAS Terengganu di perkarangan pejabatnya, Taman Sri Intan, Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu pada 5 September lalu.
Bersempena hari perayaan itu, saya menegaskan dan mahukan kerjasama dalam Pakatan Rakyat di negeri ini diteruskan hingga PRU14 dan seterusnya.
Jika kita, dalam Pakatan Rakyat dapat terus jalinkan kerjasama dengan semangat setiakawan berterusan, tidak mustahil kita akan dapat Terengganu dan Putrajaya (Malaysia) pada PRU14.
Saya harap kita dalam pakatan (PR) dapat terus jalinkan kerjasama dan setiakawan hingga pilihan raya akan datang dan seterusnya sampai bila-bila.
DAP juga membantu Lynas dalam kempen bertema 'Kuburkan Lynas dengan sejuta tandatangan' akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, Parlimen Malaysia, kedutaan Jepun dan Australia serta institusi yang ada kaitan niaga dengan Lynas.
Saya bersama rakan Cheong Siow Foon berjaya mengumpul hampir 500 tandatangan bagi menyokong bantahan terhadap operasi kilang nadir bumi Lynas di Kuantan Pahang, sempena majlis rumah terbuka Idulfitri PAS Terengganu.
No comments:
Post a Comment