Sunday, June 24, 2012

Chai Hing Seru Masyarakat Melayu, Cina dan India Pilih ‘Imam’ Yang Bertanggungjawab


KUALA TERENGGANU – Pakatan Rakyat khususnya PAS wajib menang khususnya di negeri Terengganu dalam pilihanraya umum yang ke-13 akan datang dan memilih ‘Imam’ yang bertanggungjawab bagi mentadbir negeri ini.

Menurut Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing berkata, masyarakat Melayu yang beragama Islam begitu teliti memilih Imam untuk bersembahyang, yang bertugas selama 5 minit pada setiap waktu solat.

Oleh itu, katanya, memilih Imam yang menjadi ketua dan pemimpin negeri dan negara selama 5 tahun adalah lebih utama.

“didalam Islam seperti mana yang saya difahamkan seseorang pemimpin itu juga adalah ‘Imam’ untuk rakyatnya, justeru memilih ‘Imam’ itu adalah jauh lebih penting dari memilih Imam dalam solat,

“memilih Imam 5 minit (Imam solat) mereka (memilih) dengan begitu teliti sekali dengan mengambil kira sikap dan kejujuran seseorang itu, jangan kita memilih Imam 5 tahun yang dikaitkan dengan gejala rasuah, pembunuhan dan pelbagai skandal,”ujarnya yang pernah menjadi Pembantu Khas kepada Menteri Besar Terengganu.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Penerangan di Kampung Gong Pak Damat, Bukit Tunggal pada Jumaat  22 Jun.

Katanya, pemilihan pemimpin yang amanah adalah penting bagi menguruskan wang negara yang begitu banyak khususnya wang royalti minyak di negeri Terengganu.

Menurutnya, pemimpin Umno-BN telah terbukti menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan politik dan peribadi mereka.

“kalau kita serahkan kepada pemimpin Umno-BN apa penghujungnya, duit ini akan disalah gunakan untuk kepentingan politik mereka,

“jangan sekali-kali kita (hanya) membiarkan mreka menyalahgunakan hasil (royalti minyak) negeri Terengganu ini,”tegasnya.

Justeru, beliau menyeru supaya semua kaum termasuk Melayu, Cina dan India bekerjasama dan bersepakat memberi sokongan padu kepada PR supaya Umno-BN dapat dikalahkan.

Beliau mendakwa, lapan puluh peratus masyarakat Cina telah membuat keputusan bulat menyokong Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang.

“70 hingga 80 peratus masyarakat Tionghua (Cina) sudah menyuarakan sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat, saya bimbang (ada dikalangan) masyarakat Melayu yang masih was-was untuk memberi sokongan,

“(Pilihanraya) kali ini kita mesti bekerjasama masyarakat Tionghua, Melau dan India kena sepakat memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat supaya dapat mengalahkan Umno-BN,”jelasnya.

Friday, June 22, 2012

Guan Eng menang saman Utusan sekali lagi, kali ini fitnah tentang DEB


GEORGE TOWN, 22 JUN: Kerana menipu kononnya Lim Guan Eng mahu menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB), Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, telah melakukan fitnah.

Justeru, mahkamah mengarahkan Utusan membayar pampasan RM200,000 kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu serta RM20,000 kos mahkamah.

Guan Eng menyaman Utusan terhadap satu tulisan bertajuk “DEB: Guan Eng Tetap Berdegil” bertarikh 15 Mac 2008 yang mendakwa kononnya Setiausaha Agung DAP tersebut mahu menghapuskan DEB.

Tulisan itu mengandungi perkataan berunsur fitnah dan berniat jahat kerana Guan Eng tidak pernah mengatakan beliau mahu menghapuskan DEB.

Beliau telah menjelaskan bahawa apa yang dikatakannya adalah pentadbirannya di Pulau Pinang akan bebas daripada kronisme, korupsi dan sistem yang tidak berkesan.

Ini adalah kemenangan kedua Guan Eng menyaman Utusan. Pada Disember tahun lalu, mahkamah mendapati sengaja memfitnah Guan Eng dengan niat jahat.

Artikel Utusan bertajuk “Kebiadaban Guan Eng” yang disiarkan pada 20 Disember 2010 cuba menggambarkan Guan Eng dan DAP seolah-olah  anti-Melayu dan anti-Islam, dan terbukti dakwaan Utusan itu palsu. – Roketkini.com

Tuesday, June 19, 2012

Hanif admits Bersih panel has no legal powers

PUTRAJAYA, June 18 — Tun Hanif Omar admitted today that the Bersih 3.0 investigative panel he heads has no power to offer legal immunity to its witnesses but gave his assurance that they would not be hauled to court for their testimonies.

The former Inspector-General of Police (picture) also admitted that the panel does not have any power to compel witnesses to come forward, confirming criticisms raised by Bersih 2.0 and the Bar Council over the panel’s legal standing.

“The panel is absolutely administrative. We have no powers to compel people.

“So in that sense, we are very much dependent on voluntary (testimonies),” Hanif told a press conference here after the panel kicked off its inquiry today.

The Bar Council has said that the “Hanif panel” would be of limited utility due to its lack of legal powers to summon witnesses or to requisition necessary documents for its probe, as well as its inability to offer legal immunity to protect its witnesses from defamation or self-incrimination.
This is apart from the council’s claim that the panel’s findings would likely be biased due to the involvement of Hanif, who had previously declared his anti-Bersih stand.

“We cannot give protection as well (to witnesses), but of course we don’t put you into any frame of trouble — we have got our legal adviser as well... we won’t put witnesses at risk,” Hanif said.
The Bar Council has also said it was unnecessary for the Hanif panel to probe Bersih 3.0 as the Malaysian Human Rights Commission (Suhakam) is already conducting its own inquiry.

As such, council president Lim Chee Wee had said council members would not attend the Hanif panel inquiry but later conceded they were willing to meet the panel out of its policy of engagement.
Hanif maintained today that Suhakam’s inquiry would be limited to the issue of human rights, unlike the panel he heads.

He said the government-formed panel was an “additional alternative” for those who do not want to use the other available avenues.

“What are the other avenues available? One is the normal process of police investigation, and then the court, the next one is Suhakam.

“So is there anything beyond that? Suhakam of course has to go by its Act, limiting its role to human rights issues [but] other issues outside human rights, other issues that do not go to court, that people want to bring up, that is an alternative avenue and that is ourselves,” he said.

Hanif said his panel has not been given any timeframe to complete its probe and could even include in its final report findings from the police and Suhakam’s investigations as well as court decisions.
“So this morning we were interested in the parameters of sub-judice, and so we will call for the actual charge sheets of those charged in court so that we can know how close we can move (in the inquiry),” he said.

The Hanif panel was formed on May 2 by the Home Ministry following numerous allegations of police brutality against Bersih 3.0 participants and members of the media.

Tuesday, June 5, 2012

Hudud tidak jejas sokongan Cina pada PR

KUALA TERENGGANU – Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Heng tidak bimbang terhadap kempen MCA yang terus memainkan isu hudud untuk menakutkan masyarakat Tionghoa menyokong Pakatan Rakyat (PR).

Menurutnya, hudud adalah isu lapuk yang langsung tidak menjejaskan sokongan kaum tersebut terhadap pembangkang.

Beliau menjelaskan, pengundi sudah celik politik dan faham mengenai isu mana yang sepatutnya diberi perhatian dalam memastikan rakyat di negara ini mendapat hak yang sewajarnya.

“Rakyat Tionghoa lebih mengambil tahu mengenai isu penyelewengan, gejala rasuah yang berleluasa di kalangan pemimpin BN, selain isu diskriminasi.

“Mereka faham isu ini yang menyebabkan rakyat tidak mendapat hak sebenar akibat penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Sepatutnya bahagian tersebut diagihkan kepada rakyat miskin tetapi diseleweng untuk tujuan tertentu,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga tidak perlu menggula-gulakan rakyat dengan projek yang menelan belanja besar dan melampau tinggi, sedangkan tidak mampu mendatangkan manfaat kepada rakyat sebagaimana kegagalan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Sementara itu, beliau yakin sokongan bukan Melayu di Pantai Timur akan meningkat sebagaimana berlaku di kawasan Pantai Barat pada pilihan raya umum lalu.

Beliau menjelaskan, senario politik ketika ini memperlihatkan bahawa rakyat mahukan perubahan yang mendatangkan kebaikan kepada mereka.

“Mereka mahu lihat rakyat didahulukan, bukan pemimpin BN yang didahulukan kerana apa yang dilihat hari ini, pemimpin BN kaya raya tetapi keadaan itu tidak berlaku kepada rakyat,” katanya.

Chai Heng turut menggesa rakyat melakukan perubahan awal dan meminta mereka tidak menunggu lebih lama untuk membuat keputusan tersebut.