Tuesday, September 25, 2012
Sunday, September 23, 2012
Friday, September 21, 2012
Thursday, September 20, 2012
Saturday, September 8, 2012
Meraikan Rumah Terbuka Aidil Fitri PAS Terengganu
Sambutan rakyat pada hari rumah terbuka sempena Aidilfitri anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) cukup meriah menggamit ribuan para pengunjungnya.
Saya turut adir sama pada majlis tersebut bersama pimpinan DAP Terengganu, bersama memeriahkan dengan rakan-rakan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Dr Bala Chandran GK serta pimpinan Parti KeADILan Rakyat (PKR).
Dalam ucapan ringkas, saya mengingatkan para hadirin perjuangan lebih besar selepas hari perayaan Aidilfitri adalah pilihan raya umum.
Saya juga berkata rakyat telah ‘digula-gulakan’ dengan pelbagai pemberian bantuan termasuk kewangan agar mengekalkan kerajaan rasuah Umno-BN.
“Sukalah saya ingatkan, selepas hari perayaan (Aidilfitri) yang besar ini. Kita (rakyat) akan berdepan pula dengan pilihan raya umum yang besar, yang menjadi ‘servival’ kepada nasib kerajaan Barisan Nasional.
“Rakyat kena buat perubahan untuk menukar kerajaan yang rasuah ini pada pilihan raya akan datang. Hari ini, rakyat ‘digula-gulakan’ dengan pelbagai bantuan dan kewangan untuk terus sokong kerajaan BN,”
Subscribe to:
Posts (Atom)