1 Pertukaran Portfolio Exco menunjukkan perbalahan dikalangan kem-kem dalam Umno Terengganu masih belum selesai. MB Dato' Ahmad Said walaupun tidak berani memecat YB yahya Khatib Ali daripada jawatan Exco tetapi telah menurunkan pangkat beliau dari menjadi Exco yang penting iaitu Exco Infrastruktur & Kemudahan Awam kepada Exco Kebajikan.
2, Pembatalan pembinaan Jambatan yang sepatutnya menyambungkan Losong ke Pulau Sekati dan ke Teluk Pasu, kemudian disambung ke jalan Jeram. MB Ahmad Said mengumumkan jambatan yang akan dibina hanya akan menghubungkan Losong ke Bukit Datu dan keluar melalui persimpangan Semarak di Bukit Tunggal. Pembinaan jajaran baru ini tidak akan mengurangkan kesesakan lalulintas sediada di jambatan Sultan Mahmud. Malah ia akan tambah kritikal kerana menurut kajian, Jambatan Sultan Mahmud hanya dapat menampung aliran trafik hingga 2010 sahaja.
3.Sepatutnya ada jejambat atau 'flyover' yang dibuat bagi mengurangkan kesesakan trafik kenderaan samada di Kuala Terengganu atau dipinggir Kuala Terengganu seperti di kawasan Batu Enam Kuala Nerus. Bagi saya jejambat atau 'flyover' mencerminkan kemajuan sistem jalan yang dapat mengurangkan kesesakan.
4. Pembekuan cadangan pembangunan diseluruh kawasan Tanjung Kuala Terengganu adalah satu langkah yang 'bodoh' kerana kerajaan tidak akan mampu mengambil balik tanah-tanah di situ dan melaksanakan pembangunan. Pembekuan itu hanya akan menyebabkan bandar Kuala Terengganu lambat membangun.
5. MB Ahmad Said seolah-olah tidak ada kuasa langsung untuk mengarahkan JKR membersihkan sisa runtuhan Stadium Sultan Zainal Abidin yang telah berlarutan selama setahun. Kuasa yang ada dihalang oleh 'war lord' Umno sendiri yang bertakhta di Putrajaya. Sebab itulah mungkin Ahmad Said menyuruh orang-orangnya membawa usul supaya dikembalik jawatan Pengerusi Perhubungan Umno kembali kepada orang Terengganu, bermaksud dirinya sendiri mahu menjadi Pengerusi Umno Terengganu bagi mencorak politik menjelang PRU13 dan mendapat lebih kuasa.