Dua minggu lalu, ketika sibuk kempen pilihanraya DUN Tenang, Saya agak terperanjat apabila para peniaga menelefon saya, pintu dan dinding kedai mereka telah di tampal dengan risalah yang tidak bertulis apa-apa, kecuali ada gambar YB Lim Kit Siang dan Tuan Guru Nik Aziz,
Lalu saya tanya kawan-kawan dari PAS, adalah ianya merupakan sebaran dari PAS kerana memang DAP Kuala Terengganu tidak melakukan perkara yang menyusahkan orang ramai itu.
Apabila saya mendapat jawapannya tidak dari para petugas PAS, maka saya tahu ia adalah propaganda murahan Umno-BN
Umno-BN Kemaman telah memainkan isu DAP anti Islam sebelum ini, cuba menakut-nakutkan orang ramai, khususnya kaum Tionghua.
Umno-BN sebenarnya mempunyai pemikiran ketinggalan waktu, kalu pun bukan ketinggalan zaman!
Mereka menyebarkan 'kononya fatwa' Mufti Perak Datuk Harussani, berkaitan hubungan baik antara DAP dan PAS, untuk tujuan memecah belahkan rakyat.
Sedang kaum Tionghua kini sudah mendapat maklumat yang betul dan tepat, berbanding 'fitnah' yang telah dimainkan oleh Umno-MCA sekian lama.
Mereka kata kalau orang Cina berbaik dengan PAS 'Lancau' mereka akan kena potong, kena sunat.
Sekarang orang sudah tidak percaya kepada Umno-MCA-BN kerana terlalu banyak menipu rakyat.
Kerana ikatan setiakawan yang kukuh ditunjukkan oleh PAS-DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, mereka cuba memecah belahkan kepercayaan tersebut.
Umno-MCA-BN cuba menghasut rakyat Terengganu dengan menyebarkan risalah terbaru 'DAP Ganti PAS' yang memaparkan gambar YB Lim Kit Siang diatas semua pemimpin PAS.
Saya katakan, Umno-MCA-BN Terengganu supaya pecat sahaja orang-orang yang bekerja di pejabat 'gerak saraf' mereka.
Rakyat masih cuba diperbodohkan oleh Umno-MCA-BN, sedang kini bukan sahaja tahap buta huruf hampir tiada bahkan, kaum Tionghua juga sangat ramai bergiat di bidang IT dan terdedah dengan banyak maklumat.
Perang saraf Umno-MCA-BN tidak akan berkesan, bahkan sebaran risalah itu bermaksud, Umno-MCA-BN lah merupakan parti yang kotor, menyebarkan fitnah tidak kira masa.
Sedang kita masih jauh dengan pilihanraya, atau adakah pilihanraya ke-13 itu sudah terlalu hampir??
No comments:
Post a Comment