Thursday, March 24, 2011

Rakyat desak polis tangkap segera Tan Sri Rahim

KUALA TERENGGANU - Rakyat negeri Terengganu mendesak supaya pihak polis Diraja Malaysia menangkap segera bekas Ketua Menteri Melaka kerana kesalahan memiliki dan menyebarkan video lucah.

Dewan Pemuda PAS Terengganu menyatakan, tindakan polis mendiamkan diri dengan perkara yang 'sensitif' tersebut menyebabkan rakyat gelisah dan akan menghilangkan kepercayaan umum terhadap penguatkuasa undang-undang itu.

Setiausahanya, Wan Faizul wan Abas ketika dihubungi Buletinonline berkata, Pengerusi Risda itu telah mengakui beliau adalah antara tiga orang yang dikenali sebagai Datuk T yang terlibat mendedahkan video skandal seks yang 'kononnya' melibatkan seorang pemimpin pembangkang.

Monday, March 21, 2011

Bersama Kebangkitan Rakyat Program PAS Ganti Umno, PR Ganti BN

Dataran PGU, Belakang Masjid Hadhari, Jeteh, Besut pada 19 Mac, 2011




Tuesday, March 8, 2011

SPR didakwa tidak main peranan


KUALA TERENGGANU – Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Heng (gambar) mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak memainkan peranan secara proaktif memastikan pengundi membuat pendaftaran pemilih di negara ini.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan parti politik terpaksa berganding bahu untuk memastikan kesedaran orang ramai terhadap tanggungjawab sebagai pengundi terutama golongan muda.

“Sepatutnya ini adalah tugas SPR dan bukannya tugas parti politik. Ini kegagalan SPR melaksanakan tanggungjawab mereka.