Thursday, March 24, 2011

Rakyat desak polis tangkap segera Tan Sri Rahim

KUALA TERENGGANU - Rakyat negeri Terengganu mendesak supaya pihak polis Diraja Malaysia menangkap segera bekas Ketua Menteri Melaka kerana kesalahan memiliki dan menyebarkan video lucah.

Dewan Pemuda PAS Terengganu menyatakan, tindakan polis mendiamkan diri dengan perkara yang 'sensitif' tersebut menyebabkan rakyat gelisah dan akan menghilangkan kepercayaan umum terhadap penguatkuasa undang-undang itu.

Setiausahanya, Wan Faizul wan Abas ketika dihubungi Buletinonline berkata, Pengerusi Risda itu telah mengakui beliau adalah antara tiga orang yang dikenali sebagai Datuk T yang terlibat mendedahkan video skandal seks yang 'kononnya' melibatkan seorang pemimpin pembangkang.


Beliau berkata pengakuan yang dibuat oleh Tan Sri Rahim secara terbuka kepada pihak media sebagaimana di paparkan dalam Utusan Online tidak memerlukan laporan polis dibuat.

Menurutnya, Tan Sri Rahim melanggar undang-undang negara dan melakukan kesalahan syariah kerana memiliki dan mengedarkan video lucah.

"Secara terbuka, khalayak telah mengetahui melalui pengakuan beliau sendiri, yang terlibat mendedahkan video tersebut, dengan makna lain, beliau memiliki dan mnegedarkannya untuk dipertontonkan kepada media,"kata Wan Faizul.

Beliau berkata pihak berkuasa agama Islam juga mesti bertindak bagi menyelamatkan maruah seluruh umat Islam dinegara ini kerana ia merupakan perbuatan mungkar.

Mengulas perkara yang sama, Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Encik Ng Chai Hing berkata laporan polis telah dibuat oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga ketua pembangkang Parlimen Malaysia Dato' Seri Anwar Ibrahim di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi berhubung rakaman video aksi seks yang ditayangkan ke­pada wartawan di Carcosa Seri Negara kelmarin

Hari ini, katanya, Tan Sri Rahim mengaku, beliau dan dua rakannya adalah 'Datuk T' yang menayangkan video tersebut merupakan bukti yang jelas kepada pihak polis untuk mengambil tindakan.

"Polis perlu bertindak kerana laporan telah dibuat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim semalam, ia sudah cukup bagi polis untuk bertindak, disampig pengakuan yang dibuat oleh Tan Sri Rahim pada hari ini,"kata Chai Hing ketika ditemui semalam.

Katanya, imej polis akan tercemar, sekiranya tiada tindakan dibuat dan menjejaskan kredibiliti serta profesionalisma pihak polis.

Beliau menambah, cara Tan Sri Rahim dan dua rakannya memaparkan video seks tersebut amat menjijikkan seolah-olah video lucah adalah 'halal' umpama tayangan filem di panggung wayang.

Sehubungan itu, seorang suri rumah yang ditemui turut meyokong supaya pihak polis bertindak segera bagi membendung video lucah itu berdar dan menjadi tontonan umum.

Beliau yang tidak mahu dikenali berkata, video adegan seks tersebut akan menyebabkan bertambahnya masalah sosial yang berlaku dinegara ini, apabila kanak-kanak melihat adegan-adegan yang tidak patut ditonton oleh mereka.

Manakala seorang guru berkata beliau sudah bosan dengan permainan 'politik kotor' pihak tertentu menggunakan seks sebagai bahan propaganda.

"sudah cukuplah rakyat dinegara ini didedahkan dengan perkara-perkara negatif umpama itu sejak 10 tahun yang lampau, ia akan menyebabkan sistem pelajaran yang menekankan konsep nilai mejadi runtuh dan hancur,"tegasnya.

Beliau menggesa kerajaan segera bertindak menghentikannya dengan segera.

Buletinonline difahamkan satu laporan polis akan dibuat di balai polis Kuala Terengganu berkaitan isu tersebut esok, 24 Mac.

No comments:

Post a Comment