Pada 28 Jun, 2011, saya dijemput untuk menyampaikan ceramah oleh PAS DUN Teluk Pasu.
Turut sama berceramah adalah Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Terengganu, Dr Alias Razak dan Menteri Besar Pakatan Rakyat negeri Perak, Dato' Seri Ir. Nizar Jamaluddin.
Antara isu yang saya kemukakan adalah serangan Umno-BN terhadap DAP khususnya pemimpin DAP. Umno cuba menghilangkan keyakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat dengan melabel pemimpin DAP atau DAP adalah 'kafir harbi' yang boleh diperangi.
Saya tegaskan DAP bukan musuh orang Melayu dan orang Islam.
Sebagai contoh, saya membentangkan usaha-usaha kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP. Pelbagai usaha yang telah diambil oleh kerajaan Pulau Pinang untuk membantu orang-orang Melayu Islam yang telah dizalimi kerajaan BN selama 50 tahun.
Usaha-usaha yang telah diambil adalah;
1.kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang telah berjaya menghapuskan kemiskinan tegar terutamanya di kalangan orang Melayu dengan membuat skim bantuan sehingga RM500 sebulan.
2. menambah peruntukan kepada Hal Ehwal Islam Pulau Pinang daripada RM12.5 juta semasa kerajaan BN kepada RM20.5 juta pada tahun 2008, dan ditambah lagi pada tahun RM24.3 juta pada tahun 2009. manakala pada tahun 2010 sebanyak RM31 juta telah diperuntukkan untuk tujuan membantu umat Islam Pulau Pinang.
Dengar dan lihat ceramah saya di DAP Terengganu Channel dibawah;
No comments:
Post a Comment