Bancian yang dilakukan oleh sebuah akhbar arus Perdana Berita Harian (Berita Hairan) yang dikuasai olh Umno dan Barisan Nasional (BN) sendiri menunjukkan cadangan Tony Pua bukanlah cadangan sia-sia.
Rakyat Malaysia kini yang sudah 'kaya' maklumat mengetahui bahawa pengurangan penjawat awam bukanlah mustahil.
Apa gunanya, di laksanakan sistem pengkomputeran di pejabat-pejabat kerajaan, yang menelan jutaan ringgit, sedangkan jumlah penjawat awam masih perlu ditambah.
Bukan komputer itu adalah untuk meningkatkan mutu dan kecekapan kerja para penjawat awam??
Kerajaan juga telah menghebohkan tentang penggunaan laman-laman atas talian (online) E-Government untuk rakyat menyelesaikan banyak urusan yang bersangkut paut dengan kerajaan.
Sekiranya amalan E-Government ini dipraktikkan, maka tidak perlu lagi banyak kaunter-kaunter di pejbat-pejabat kerajaan.
Apabila kaunter-kaunter dikurangkan, maka sudah tentu 'orang-orang' yang enjadi tenaga kerja menjaga kaunter-kaunter tersebut boleh dikurangkan!
Bukankah ia akan menjimatkan wang negara?
Sekiranya sistem pengkomputeran dilaksanakan dan pada masa yang sama kerajaan masih mengupah ramai penjawat awam, bukankah ia akan hanya meningkatkan kos mengurus kerajaan sebanyak dua kali!
No comments:
Post a Comment