Monday, May 21, 2012

Mampukah Najib memberi jaminan dan kepastian untuk menerima keputusan pengundi dalam Pilihanraya Umum Ke-13

Oleh; Lim Kit Siang
Semalam merupakan hari terakhir untuk menyerahkan soalan-soalan oleh Ahli-ahli Parlimen bagi sesi Parlimen Sidang Dewan Rakyat yang akan berlangsung selama 12 hari dari 11 sehingga 28 Jun.
Tiada siapa yang boleh berkata samada sesi Parlimen bulan Jun benar-benar akan bersidang ataupun Parlimen akan dibubarkan sebelum 11 Jun untuk memberi laluan untuk Pilihanraya Umum Ke-13, kerana ini merupakan satu keputusan yang perih yang mesti diambil oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak walaupun berada di luar negara.

Bagaimanapun, sekiranya Parlimen bersidang jua dalam bulan Jun, saya telah menyediakan satu soalan untuk paparan Perdana Menteri, yang berbunyi: Persoalan kepada Perdana Menteri samada mampukah beliau memberi jaminan dan kepastian bahawa beliau, UMNO dan Barisan Nasional akan menerima keputusan pengundi dalam Pilihanraya Umum Ke-13, termasuklah peralihan kuasa kerajaan di Putrajaya?

Awal petang ini, saya telah membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh 20 orang cendekiawan yang berilmiah yang membayangkan kebimbangan mereka berkenaan proses Pilihanraya Umum Ke-13 akan mungkin akan diadakan “rata-rata diantara sekarang dan April 2013”, sebagai “proses pilihanraya yang paling bersih dan adil dinegara ini dalam tempih beberapa abad yang lepas” dan menyeru kepada kerajaan dan orang-orang yang berkepentingan untuk betul-betul pastikan yang “apa yang dianggap elemen yang mesti diberi keutamaan untuk menjamin keputusan yang sah yang boleh diterima oleh rakyat Malaysia dan pemerhati-pemerhati antarabangsa”.

Di antara pelbagai cadangan yang telah dikemukakan, semua 20 orang yang berilmiah itu sebulat suara menyatakan “dalam semua usaha untuk menghalang dan menimbulkan gangguan dalam keputusan pilihanraya, kami ingin mencadangkan yang semua pemimpin parti politik serta parti-parti politik itu sendiri bersepakat dan menyatakan dalam satu perjanjian bahawa keputusan pengundi adalah muktamad dan mesti dihormati dan memuliakan dan memastikan peralihan kuasa dijalankan secara aman”.

Kesemua 20 ilmiah tersebut mencadangkan deklarasi ini harus “diolah bersama oleh parti-parti kerajaan dan parti-parti pembangkang” dan haruslah “disebarkan sebagai perkhidmatan awam untuk tidak menggalakkan mana-mana individu ataupun kumpulan yang mempunyai niat untuk mencetus apa-apa pertelingkahan yang berhasrat untuk menterbalikkan keputusan pilihanraya ini”.

Parti DAP menyokong sepenuhnya seruan untuk semua parti politik untuk memberi komitmen yang tegas untuk “menghormati keputusan suara dan kehendak rakyat” dan “memuliakan peralihan kuasa secara aman”.

Persoalannya adalah samada Najib, UMNO dan BN bersedia untuk memberikan komitmen yang tidak berbelah bagi yang diperlukan.

Najib telah menyatakan bahawa beliau ingin melihat Malaysia sebagai negara yang mempunyai “sistem demokrasi yang terbaik didunia”. Jika benar beliau ikhlas dan mengambil serius mengenai deklarasi ini, beliau mestilah membuktikan yang negara Malaysia layak untuk berdiri diatas kaki sendiri sebagai sebuah negara yang benar-benar demokratik dimana peralihan kuasa pimpinan negara akan berlaku secara aman melalui kuasa rakyat melalui pengundian sah yang bukan sahaja hak demokrasi pengundi tetapi mestilah diterima sebagai sesuatu yang normal dan biasa dalam negara ini.

Dengan itu, adakah beliau bersedia untuk membuat deklarasi yang jelas dan nyata bahawa dia, UMNO dan Barisan Nasional akan menerima keputusan pilihanraya pengundi Malaysia dalam Pilihanraya Umum Ke13, termasuklah peralihan kuasa pada peringkat persekutuan di Putrajaya?
Adakah beliau bersedia untuk menarik balik deklarasi beliau “walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa” di Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 2010 untuk mempertahankan Putrajaya walau apa pun terjadi – yang menentang dekwaan beliau sama sekali yang beliau mahu menjadikan negara Malaysia sebagai negara dengan “system demokrasi yang terbaik di dunia”?

No comments:

Post a Comment