Saya mengucapkan syabas kepada PAS Terenggau yang berjaya menganjurkan program PGU sejak tahun lalu sehingga baru-baru ini buat kali ke-5.
Saya sentuasa dijemput dan hadir sejak dari PGU kali pertama di Vhukai Kemaman hinggalah PGU kali ke-5 di Jabi, Setiu pada 5 & 6hb Oktover minggu lalu.
Lebih-lebih lagi dengan kemasukan 3 orang tokoh masyarakat kepada parti PAS, saya yakin ia akan memberikan kekuatan kepada Pakatan Rakyat pada pilihanraya akan datang.
Tengku Seri Paduka bukan sahaja kerabat raja tetapi juga seorang ahli politik yang pernah menang kerusi DUN Tanggol bersama semangat 46 pada tahun 1990 - 1995.
Begitu juga dengan Datuk Omar Abu Bakar yang meninggalkan Umno dan memilih PAS, beliau amat berpengalaman dalam selok belo pentadbiran negara selaku bekas pegawai akhbar diKementerian Pertahanan dan pernah menjadi Pegawai Perhubungan Khas kpd 3 Bekas Menteri Pertahanan.
Kemasukan Ahmad Amzad, seorang tokoh muda korporat juga akan memberi kesan kepada Pakatan Rakyat kerana kemahirannya dalam bidang perniagaan.
Saya yakin jalan menuju ke Putrajaya semakin dekat!
No comments:
Post a Comment