Menurut Pengerusi LPN Marang Mohd Nasir Bin Ismail pada sebelah pagi lawatan diadakan bersama Yang DiPertua PAS Marang Hj Yahaya Ali di kawasan Taman Perumahan Padang Midin, Kuala Terenggan.
"Manakala sebelah petangnya, lawatan 'Ziarah Muhibbah' di sekitar Taman Raya dan Taman Istiwa, Pekan Wakaf Tapai telah diadakan bersama Timbalan Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Bin Sulong,"ujarnya ketika ditemui oleh skuad BO.
Turut serta dalam rombongan lawatan rumah ke rumah itu adalah Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan PAS negeri Terengganu, Jefri chua dan Pengerusi DAP negeri terengganu, Ng Chai Hing.
Sehubungan itu Timbalan Pengerusi MTD Pengakalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong [gambar bawah] yakin, sokongan masyarakat Tionghua kepada PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihanraya akan datang meningkat sekali ganda berbanding pada pilihanraya umum ke-12 tahun 2008.

"Sepanjang program ziarah ini masyarakat tionghua mengalu-alukan kehadiran dan menyatakan komitmen untuk bersama-sama membuat perubahan di dalam PRU13 akan datang,"jelas Ustaz Sulaiman.
Beliau yang juga Pengarah Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (PASTI) negeri Terengganu berkata, mereka juga menyatakan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas keprihatinan PAS turut sama meraikan sambutan tahun baru.
No comments:
Post a Comment