KUALA TERENGGANU - Lebih 4,00 orang hadir mendengar
ucapan pemimpin PAS dan menyaksikan persembahan Azhan Atan serta Ustaz
Azhar Idrus, sempena kehadiran Treler Negara Berkebajikan 'Optimus
Prime' di Dataran Shahbandar dekat sini, pada Isnin malam, 8 April.
Antara pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat Terengganu serta NGO yang
hadir adalah Pesuruhjaya PAS Haji Mohd Abdul Wahid Endut, Timbalan
Pesuruhjaya 3 Dr Alias Razak, Pengerusi PKR Azan Ismail, Pengerusi DAP
Ng Chai Hing dan Pengerusi Amanah Terengganu Dato' Raja Kamarul Bahrin
Shah.
Sunday, April 14, 2013
Saturday, April 6, 2013
Wartawan Kena Kerja ikhlas, Lapor Secara Profesional
MARANG - Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang
mendesak agar kerajaan Barisan Nasional (BN) berlaku adil dan telus
dalam pilihan raya umum kali ke-13 yang dijangka berlaku pada akhir
bulan ini.
Beliau berkata, perlawanan politik dalam negara yang mengamalkan prinsip demokrasi mesti diadakan di atas ‘padang’ yang sama rata.
“Harapan kami (mahu) pilihan raya secara demokratik dalam erti kata yang sebenar dapat dilaksanakan. Sebagaimana di tempat (negara) lain menjalankan demokrasi sebenar seperti di Indonesia, Filipina, Thailand, Mesir dan termasuk di negara lain yang sentiasa membuat pembaharuan.
“Ini penting (supaya) rakyat diberi dengan cara yang hak dan telus. Media adalah saksi yang adil, yang memberi peluang kepada semua pihak. Perjalanan pilihan raya dijalankan dengan cara yang adil dan telus. Pilihan raya diadakan di atas ‘padang’ yang sama rata,” tegasnya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di kediamannya Kampung Rusila, di sini semalam 3 April.
hari ini, sempena pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteridi hadapan 30 pengamal media di negeri ini.
Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut menasihatkan semua pengamal media agar menjalankan kerja secara ikhlas, jujur dalam laporan serta berlaku profesional.
“Nasihat saya kepada pihak media, wartawan kerja dengan ikhlas, lapor semua (dengan betul), yang buat silap orang lain (pihak editor) itu saudara-saudari tidak bertanggungjawab.
“Cuma saudara kena catit apa yang kita (PAS) lapor..itu hal saudaralah. Tunaikan secara profesional sebagai wartawan. Kita tahu di Malaysia ini..yang atas (editor) macam-macam ceritalah. Kita (PAS) akan bagi kerjasama dan laluan kepada wartawan...jaga keselamatan. Media rakan kita,” ujarnyadi hadapan 30 pengamal media di negeri ini yang hadir pada sidang media tersebut.
Hadir sama pada sidang media tersebut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, Setiuasaha PAS Terengganu, Yahya Ali, Pengerusi DAP Terengganu, Encik Ng Chai Hing dan Timbalan DHPP Terengganu, Jefri Chua.

Subscribe to:
Posts (Atom)