MARANG - Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang
mendesak agar kerajaan Barisan Nasional (BN) berlaku adil dan telus
dalam pilihan raya umum kali ke-13 yang dijangka berlaku pada akhir
bulan ini.
Beliau berkata, perlawanan politik dalam negara yang mengamalkan
prinsip demokrasi mesti diadakan di atas ‘padang’ yang sama rata.
“Harapan
kami (mahu) pilihan raya secara demokratik dalam erti kata yang sebenar
dapat dilaksanakan. Sebagaimana di tempat (negara) lain menjalankan
demokrasi sebenar seperti di Indonesia, Filipina, Thailand, Mesir dan
termasuk di negara lain yang sentiasa membuat pembaharuan.
“Ini
penting (supaya) rakyat diberi dengan cara yang hak dan telus. Media
adalah saksi yang adil, yang memberi peluang kepada semua pihak.
Perjalanan pilihan raya dijalankan dengan cara yang adil dan telus.
Pilihan raya diadakan di atas ‘padang’ yang sama rata,” tegasnya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di kediamannya Kampung Rusila, di sini semalam 3 April.
hari ini, sempena pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteridi hadapan 30 pengamal media di negeri ini.
Ustaz
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut menasihatkan semua
pengamal media agar menjalankan kerja secara ikhlas, jujur dalam laporan
serta berlaku profesional.
“Nasihat saya kepada pihak media,
wartawan kerja dengan ikhlas, lapor semua (dengan betul), yang buat
silap orang lain (pihak editor) itu saudara-saudari tidak
bertanggungjawab.
“Cuma saudara kena catit apa yang kita (PAS)
lapor..itu hal saudaralah. Tunaikan secara profesional sebagai wartawan.
Kita tahu di Malaysia ini..yang atas (editor) macam-macam ceritalah.
Kita (PAS) akan bagi kerjasama dan laluan kepada wartawan...jaga
keselamatan. Media rakan kita,” ujarnyadi hadapan 30 pengamal media di
negeri ini yang hadir pada sidang media tersebut.
Hadir sama pada sidang media tersebut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, Setiuasaha PAS Terengganu, Yahya Ali, Pengerusi DAP Terengganu, Encik Ng Chai Hing dan Timbalan DHPP Terengganu, Jefri Chua.
No comments:
Post a Comment