KUALA TERENGGANU – Parti DAP Terengganu menganggap 11 perkara penting yang diumumkan Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak untuk perubahan rakyat sempena 100 hari sebagai Perdana Menteri sebagai retorik.
Pengerusinya, Ng Chai Heng berkata, pengumuman tersebut adalah untuk me-ngambil hati masyarakat yang menolak kepimpinan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.
“Sepatutnya kerajaan beri kepentingan kepada perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Contohnya rasuah dengan tindakan segera dari segi pelaksanaan dan pencegahan.
“Kita melihat ini sebagai satu retorik semata-mata hanya untuk memenangi kembali hati rakyat,” katanya.
Menurutnya, walaupun memerangi rasuah termasuk dalam 11 perkara disebut Najib, ia dilihat terlalu umum dan tiada penjelasan lanjut berhubung inisiatif dilakukan untuk mengatasinya.
No comments:
Post a Comment