KUALA TERENGGANU – Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Heng mencadangkan suruhanjaya bebas ditubuhkan bagi menyiasat kematian Setiausaha Politik kepada ahli Exco Kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock.
Chai Heng berkata, suruhanjaya itu dilihat lebih telus dan mampu meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan serta agensi berkaitan pada masa depan terutama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mendiang meninggal dunia selepas memberi keterangan selama lapan jam di sana.:
“Kami yakin suruhanjaya ini dapat menyiasat kes secara terperinci tetapi kami tetap positif terhadap siasatan polis dan berharap ia dilaksanakan dengan adil bagi mengenal pasti punca kejadian sama ada berunsurkan jenayah atau sebaliknya,” katanya.
Beng Hock ditemui mati di Tingkat 5, Bangunan Plaza Masalam Shah Alam dipercayai terjatuh dari tingkat 14, Pejabat SPRM Selangor dan ditemui orang awam kira-kira jam 1.30 tengah hari, kelmarin (16 Julai).
No comments:
Post a Comment