Sunday, November 29, 2009

BTN; ‘Topeng Demokrasi’ Umno Untuk Memecahbelahkan Rakyat Malaysia


KUALA TERENGGANU – Sikap Naib Presiden Umno, Dato’ Seri Hishamudin tidak sama dengan apa yang diucapkannya berkaitan pembaharuan dalam Umno.

Beliau menyatakan ada usaha dan kemahuan politik untuk berubah dikalangan pimpinan Umno daripada presiden sehingga peringkat bahagian termasuklah timbalan presiden, naib presiden dan majlis tertinggi.

Sebaliknya, beliau sendiri, bukannya mahu menerima kenyataan, malah menyelar dan menuduh mereka yang mengutarakan isu berkaitan Biro Tata Negara (BTN).

Hishamudin berkata, saranan pemimpin Pakatan Rakyat mahu kerajaan memansuhkan program BTN adalah kerana ketandusan isu dan satu percubaan mengalihkan isu-isu dalaman.

”Apa? Saya pun tak faham ! BTN ni dah wujud lama ! Kenapa sekarang baru nak ditimbulkan ? Satu, saya rasa, mungkin mereka ketandusan isu; keduanya, saya percaya mereka nak alih pandangan dari masalah dalaman mereka sendiri,

”dan ketiganya, mungkin mereka bimbang bahawa BTN ini dapat betul-betul menekankan perkara yang cukup penting, iaitu dalam kita hendak membina negara bangsa dan dalam konsep satu Malaysia,”katanya.

Hishamudin berkata demikian dalam sidang media di Kampung Tok Jembal, dekat sini, (gambar kanan) ketika menjawab soalan wartawan berkenaan kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkaitan isu terbabit.

Sehubungan itu, Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing berkata, isu BTN bukan baru sekarang ditimbulkan dan bukan hanya berlaku dikalangan pembangkang, malah melibatkan pemimpin bukan Melayu dalam pakatan Barisan Nasional (BN).

Baca Seterusnya >>>

Saya juga mencabar pemimpin-pemin MCA, MIC dan Gerakan yang menjadi komponen Barisan Nasional, supaya menyatakan pendidiran mereka tentang isu BTN !!

No comments:

Post a Comment