Sekitar awal tahun 2000 Presiden MCA ketika itu, Ling Liong Sik pernah membuat perumpamaan, seekor ikan sekira mahu membusuk atau rosak, ia akan bermula rosak atau busuk di kepala.
Kata-kata Ling cukup popular kerana bukan sahaja berlaku kepada dirinya sendiri, jangkitan 'kepala busuk' itu kini sudah menjadi barah dalam MCA.
Setelah menghadapi krisis keyakinan sesama kepimpinan mereka, MCA telah memanggil satu mesyuarat agung luar biasa (EGM). Mereka mengadakan EGM ketika Pilihanraya Kecil DUN bagan Pinang berlangsung.
Akhirnya, keputusan EGM telah menolak kedua-dua 'kepala yang busuk' dalam MCA, Ong Tee Keat dan Chua Soi Lek.
Namun, mandat ahli-ahli akar umbi yang hadir dalam EGM tersebut tidak dilaksanakan. Ong Tee Keat masih mengelaurkan arahan demi arahan.
Krisis MCA tidak nampak penyelesaiannya bila Pendaftar Pertubuhan (Registra of Society - ROS) menghantar surat yang masih mengesahkan Chua Soi Lek sebagai Timbalan Presiden MCA.
Maka kedudukan Liow Tiong Lai tergugat dan tidak menerima kenyataan bahawa Chua Soi Lek masih menjadi Timbalan Presiden.
Sebelumnya, Ong Tee Keat telah 'kononnya' berdamai dengan Chua Soi Lek. Tindakan tersebut diambil apabila Ong melihat, puak Chua lebih kuat berbanding dengan kumpulan yang menyokong Liow Tiong Lai.
Tindakan seluruh Jawatankuasa Disiplin MCA meletakkan jawatan semalam adalah tamparan baru kepada 'kepala-kepala' yang sedang membusuk dalam parti MCA yang sebelum ini dilihat mewakili masyarakat Cina di Malaysia.
Sekarang sudah jelas orang-orang tionghua tidak boleh lagi mengharapkan pemimpin MCA. Kepala-kepala dalam MCA sedang membusuk dan akan jadi buruk dan rosak.
Kepala-kepala dalam MCA sedang bertempur dan berperang, merebut jawatan dan pangkat, tanpa mempedulikan lagi kepentingan masyarakat tionghua.
Justeru, saya menyeru seluruh kaum tionghua di Malaysia, khususnya di Terengganu dan kuala Terengganu, supaya meninggalkan MCA yang sudah mula 'membusuk'.
Tinggalkan juga Barisan Nasional yang telah bercakaran sesama sendiri, demi merebut peluang untuk mengayakan diri masing-masing.
Beralihlah sokongan kepada Pakatan Rakyat !
No comments:
Post a Comment