Institusi Awam seperti Surhanjaya Pilihanraya (SPR), Institusi Kehakiman dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini tidak lagi dapat berfungsi dengan bebas dan amanah.
Umno telah menyalahgunakan Institusi tersebut demi untuk mengekalkan kuasa mereka memerintah Malaysia.
Semua Institusi ini telah diperkosa oleh Umno sehingga mereka (institusi awam) tidak dapat berfungsi sebagai satu institusi yang bebas dan amanah kepada rakyat.
Pakatan Rakyat bukan sengaja mengada-adakan masalah dengan mempertikaikan institusi berkenaan, namun, ia adalah kerana institusi tersebut telah gagal berfungi sebagai institusi yang demokratik dan bebas dari pengaruh pemimpin-pemimpin politik Barisan Nasional (BN)
Oleh kerana campurtangan politik Umno dan BN, menyebabkan institusi ini tidak memnuhi apa yang diharapkan oleh rakyat.
Apa yang disebut oleh Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Hishamudin tidak berasas samasekali, kerana perjuangan DAP dari dulu sehingga kini adalah untuk mmpertahankan hak rakyat smua bangsa, tidak kira kaum dan agama.
Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Naib Presiden Umno itu dan Pakatan Rakyat tidak pernah menanamkan ‘lanskap’ politik kebencian dalam perjuangannya.
Kita tidak pernah untuk menanamkan politik kebencian dalam perjuangan DAP, apa yang kita perjuangkan adalah hak rakyat yang terpinggir daripada arus pembangunan, rakyat yang telah didiskrimnasi oleh pemerintah, ini yang kita perjuangkan.
Kalau DAP berjuang sebagaimana yang didakwa oleh Hisham, pasti sudah lama DAP akan berkubur dalam arena politik tanahair.
No comments:
Post a Comment