Saya sudah dapat mengagak, apabila berita tentang peruntukan pembinaan masjid di sensasikan oleh media perdana.
Takkan Ngar nak pertikai peruntukan untuk bina masjid...!!! Saya kenal dengan Ngar, dia macam adik-adik kepada saya. Umurnya masih muda, orang jujur dan ikhlas !
Seperti biasa ia adalah mainan BN yang menjadikan surat-surat khabar tersebut sebagai alat untuk mereka mendapat sokongan.
Sepanjang tahun ini, BN memang telah menjadi kelam kabut. Kalah dalam tujuh pilihanraya kecil, bukannya satu perkara kecil. Ia menjadi satu sejarah besar yang berlaku sepanjang zaman.
Sementara itu parti-parti komponen utama semakin tidak menentu. MIC sudah berpecah kepada banyak kabilah Orang-orang India mesti sedar, untuk membina diri dan keluarga sendiri, janganlah mengharap kepada BN. Lihat saja apa yang berlaku kepada 'Makhal Sakti' tajaan Najib !
Begitu juga tongkat BN yang utama MCA. Bergaduh sama sendiri, aampai sekarang, tidak selesai.
Nak buat EGM yang baru, untuk lantik jawatankuasa baru, tapi jawatankuasa yang lama tidak mahu letak jawatan.
Sebab itulah, apabila verita tentang Ngar keluar dalam suratkhabar dan media, saya cuma tersenyum dan berkata dalam hati.... BN tidak pernah belajar !!!
Nga Kor Ming Nafi Pertikai Peruntukan Pembinaan Masjid
Shah Alam, 12 Dis-Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming menyanggah tuduhan yang mendakwa beliau mempertikaikan pembinaan masjid berbanding rumah-rumah ibadat agama lain.
Kor Ming berkata soal mempertikaikan tidak berlaku, bahkan beliau amat mengalu-alukan pembinaan masjid digiatkan sebagai benteng moral menghadapi cabaran kesejagatan hari ini.
Namun beliau berpendapat pada masa yang sama, pemerintah BN juga perlu berlaku adil dengan tidak mengenepikan keperluan beragama bagi masyarakat bukan Islam.
“ Saya tidak melakukan kesalahan. Yang saya buat adalah, saya bertanya di Parlimen, tentang peruntukan Jabatan Perdana Menteri dan jawapan diberi oleh menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yaakob, ikut jawapan Menteri, kerajaan dari BN, memperuntukan RM 740 juta, untuk membina masjid dan pada masa yang sama, RM 9 juta diberikan kepada agama bukan Islam, iaitu hanya 1.2 peratus”. katanya ketika dihubungi Tv Selangor.
“ Apa yang saya katakan adalah, saya mengalu-alukan usaha kerajaan untuk memartabatkan Islam dan pada masa yang saya saya memohon kerajaan, memberikan layanan yang lebih adil kepada masyarakat bukan Islam”.
Ujarnya ajaran Islam sendiri menuntut umatnya untuk berlaku adil kepada penganut agama lain dan apa yang dipohon olehnya di dalam sidang Dewan Rakyat itu bukanlah satu kesalahan.
“ Oleh kerana, masyarakat bukan Islam khususnya generasi muda, mempunyai masalah gejala sosial seperti maksiat dan lain-lainkan. Jadi semua rakyat, termasuk Islam atau bukan Islam, mesti diberi asuhan dan ajaran agama yang betul” tambahnya lagi.
“ Tapi oleh kerana itu,sekarang kena putar belit, sebab itu saya kata saya kena buat laporan polis, saya akan bincang dengan peguam saya, dan jika mahkamah merestui, semua wang pampasan, saya akan derma kepada masjid”.
Bravo, Chai Hing. Kalau boleh sertakan sekali u punya pengalaman dengan Nga ataupun mana-mana pemimpin DAP agar imej DAP lebih difahami oleh orang-orang Melayu. Ini juga boleh membuatkan u punya blog menjadi menarik.
ReplyDelete