Saturday, January 30, 2010

DAP sokong MB rombak 48 pegawai kana

KUALA TERENGGANU – Pengerusi Parti DAP Terengganu, Ng Chai Heng menyokong tindakan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said membuat rombakan terhadap 48 pegawai kanan pentadbiran negeri.

Beliau menyokong sekiranya rombakan terbabit dilakukan demi kebaikan pengurusan dan mutu perkhidmatan negeri ini.

Menurutnya, Kerajaan Negeri berkemungkinan mempunyai perancangan tertentu dalam memastikan pegawai yang dipilih dapat membantu melicinkan pentadbiran negeri dan agensi bernaung di bawahnya.

“Pegawai yang ada pengalaman dalam bidang tertentu perlu diberi tanggungjawab. Kalau ia melibatkan tanah, keutamaan diberi kepada individu terlibat supaya pelaksanaan yang dirancang dan dasar sedia ada dapat dipertingkatkan,” katanya, semalam.

Dalam masa sama, beliau melihat rombakan itu perlu dilakukan kerana menganggap jawatan pengurusan dalam Kerajaan Negeri perlu dimantapkan terutama meningkatkan tahap pengurusan yang lebih baik bagi kawasan Bandaraya Kuala Terengganu.

Bagaimanapun, kata Chai Heng, sekiranya rombakan itu mempunyai unsur politik akibat pegawai terlibat menyokong individu tertentu yang tidak memihak kepada Ahmad maka ia tidak patut berlaku.

No comments:

Post a Comment