Sekiranya pemimpin MCA merasakan diri mereka masih bermaruah, mereka harus membuat keputusan keluar daripada Barisan Nasional (BN).
Kenyataan-kenyataan pemimpin Umno telah menunjukkan 'jalan keluar' kepada MCA. Sebagai seorang yang berketurunan Cina, saya juga rasa malu kerana kini pemimpin MCA solah-olah pepatah Melayu 'hidung tak mancung, pipi di sorong-sorong'.
Bukan sahaja yang terbaru, kenyataan dari Umno Bahagian Paya Besar yang meminta MCA keluar dari BN, malah telah banyak sebelum ini.
MCA tidak diperlukan oleh gabungan BN yang diketuai oleh Umno yang angkuh, takkan pemimpin MCA memerlukan Umno sedangkan MCA kini umpama 'melukut di tepi gantang'.
Saya percaya MCA akan lebih berperanan membentuk bangsa Malaysia kearah yang lebih baik sekiranya keluar dari gabungan BN.
Lupakan dahulu kuasa dan harta yang ada. Tidak guna skiranya beberapa orang dikalangan pimpinan yang mahu mengekalkan kuasa dan harta, lalu sanggup 'dimalukan' dan terus duduk menagih simpati dari pemimpin Umno.
Sedang sepatutnya, pemimpin MCA yang berkebolehan dan kerkemampuan boleh bersama-sama rakyat samada Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan lain-lain dalam membentuk satu negara yang lebih menjamin masa depan anak cucu kita
No comments:
Post a Comment