Thursday, June 3, 2010
Bakar Bendera Israel, Amerika di Depan Stadium Runtuh
Saya hadir bagi menunjukkan sokongan kepada Mampat dalam majlis membakar bendera Israel dan Amerika di hadapan Stadium Sultan Mizan yang runtuh pada tahun lalu.
Saya juga sependapat dengan Pengerusi Mampat, mengapa sehingga kini tidak ada sesiapa yang dipertanggungjawabkan dalam kejadian runtuh yang sangat memalukan itu.
Siapa yang akan bertanggungjawab melakukan kecuaian sehingga menyebabkan pembaziran wang rakyat ratusan juta ringgit.
Mustahil semua pihak menjadi penyumbang kepada sesuatu kecuaian, pasti ada pihak yang cuai dan melakukan kesalahan lalu menyebabkan struktur atap 'grand-stand' stadium tersebut musnah sama sekali.
Sehingga semalam, sudah satu tahun ia berlaku, namun segala runtuhan tidak langsung dikemaskan, dibersihkan.
Mungkin pemimpin Umno dan Barisan nasional memang benar-benar mahu negeri Terengganu ini dikenali dengan monumen 'Stadium Runtuh' yang menjadi pintu masuk utama kerana ia boleg dilihat dengan jelas oleh penumpang pesawat yang akan mendarat dilapangan terbang Sultan Mahmud, hanya beberapa kilometer dari Stadium yang runtuh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment