Tuesday, August 31, 2010

Pemimpin Umno pencetus isu perkauman di Malaysia


Masyarakat tionghua di negara ini melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindak tanduk pemimpin Umno yang menerajui kerajaan Barisan National (BN).

Ini kerana, pemimpin Umno-BN sejak dari dahulu sering kali mengutarakan isu-isu sensitif berkait dengan keagamaan serta perkauman..

Jika mereka (Umno-BN) teruskan permainan isu agama dan perkauman ini. Masyarakat tionghua akan rasa lebih tidak puas hati terhadap sikap-sikap pemimpin Umno-BN yang suka mainkan isu perkauman sehingga boleh menggugat kestabilan negara.

Sebab pengalaman 13 Mei, cukup pahit untuk dikenang yang pernah berlaku dalam negara ini. Kita (DAP) lebih berhati-hati dalam isu ini supaya tidak timbul salah faham.

Pemimpin Umno-BN sengaja mengeksploitasikan isu-isu tersebut bagi kepentingan politik ‘murahan’.

Umno dan kerajaan Barisan Nasional berbuat demikian kerana mereka berada dalam suasana cemas serta semakin hilang sokongan rakyat terutama di kalangan orang bukan Melayu.

Saya lihat hari ini Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) berada dalam keadaan yang mereka (BN) rasa cemas. Cemas kerana mereka (Umno-BN) telah mula hilang sokongan orang bukan Melayu.

Isu-isu keagamaan dan perkauman cuba dimainkan lagi oleh BN bagi memburuk-burukkan pemimpin DAP serta meraih sokongan orang Melayu kepada Umno.

Masyarakat bukan Melayu di negara ini juga mula memahami tentang Islam sejak mengenali Pakatan Rakyat dan PAS.

Saya rasa masyarakat bukan Islam mula memahami apa maksud Islam. Maknanya, mereka (tionghua) faham Islam sekarang dan mula mendekati masyarakat Melayu dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh masyarakat Melayu khususnya dalam Pakatan Rakyat.

Selain itu, pemimpin Umno-BN ketandusan isu yang boleh memburuk-burukkan kerajaan Pakatan Rakyat selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12.

Hanya dengan isu-isu agama dan perkauman yang diharapkan dapat mengembalikan kekuatan politik Umno-BN.

Mereka (Umno-BN) mainkan isu doa dalam khutbah Jumaat dikaitkan dengan Lim Guan Eng, kunjungan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching ke Surau al-Huda dijadikan kontroversi, penggunaan ayat-ayat al-Quran oleh pemimpin DAP dijadikan isu politik dan banyak lagi.

Seolah-olah, pemimpin DAP tidak menghormati agama Islam serta menjadi ancaman kepada orang-orang Melayu di negara ini.

1 comment:

  1. hanya di bawah PR je pelaksanaan mendekati sesama bangsa dan agama berlaku tidak dibawah Be End.

    ReplyDelete