Wednesday, April 27, 2011

Jumlah pampasan kepada 27 Syarikat Konsesi Lebuhraya sudah RM2.05 bilion belum kira jaminan bank, subsidi dan insentif cukai

Jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng mendedahkan jumlah pampasan kepada 27 syarikat konsesi lebuhraya sudah meningkat kepada RM2.05 bilion. Jumlah ini belum mengambil kira jaminan bank, subsidi dan insentif cukai ataupun jumlah tol yang dikutip daripada pengguna jalanraya.
Itulah sebabnya BN didesak mengkaji semula perjanjian syarikat konsesi lebuhraya demi kepentingan awam.
Soalan dan jawapan adalah seperti berikut:-

"Soalan:
YB Tuan Lim Guan Eng (Bagan) minta Menteri Kerja Raya menyatakan jumlah jaminan bank, subsidi atau insentif yang diberikan dan pampas an yang dibayar oleh Kerajaan Persekutuan kepada setiap syarikat konsesi tol tiap-tiap tahun sejak ia bermula pada tahun 1980-an. Berikan pecahan syarikat, kos pembinaan dan tempoh masa konsesi.

Jawapan

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 31 Disember 2010, jumlah pampas an dalam bentuk tunai yang telah dibayar oleh Kerajaan kepada syarikat-syarikt konsesi lebuh raya ialah sebanyak RM2.05bilion.
Pampasan tersebut perlu dijelaskan berikutan dari keputusan Kerajaan untuk menangguhkan kenaikan kadar tol bagi lebuh raya-lebuh raya yang sedang beroperasi, sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Perjanjian Konsesi. Di samping itu Kerajaan juga perlu membayar pampas an disebabkan oleh faktor-faktor lain, antaranya seperti penghapusan kutipan tol di Plaza Tol Salak Jaya, Leburaya Sungai Besi, Penetapan diskaun 50% kadar tol untuk bas bagi lebuh raya-lebuh raya di bawah kendalian PLUS Expressways Berhad dan Pampasan kerana tidak melaksanakan restriction order di Lebuh Raya Selat Klang Utara Baru.
Maklumat mengenai jumlah pecahan pampasan tol, kos pembinaan dan tempoh konsesi mengikut lebuh raya ialah seperti berikut:


BIL LEBUHRAYA JUMLAH PAMPASAN (RM JUTA) KOS PEMBINAAN (RM JUTA) TEMPOH KONSESI (TAHUN)
1 Lebuhraya Utara Selatan 735.22 5944.77 50
2 Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah 13.79 1249.88 36
3 Lebuhraya Shah Alam 9.78 1115.88 30
4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak 100.86 451.70 38
5 Jambatan Pulau Pinang 181.23 943.54 24
6 Lebuhraya Seremban Port-Dickson 0.18 224.61 43
7 Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura 31.98 1026.16 45
8 Lebuhraya Butterworth-Kulim 24.21 255.85 32
9 Lebuhraya Cheras Kajang 105.15 286.49 32
10 Lebuhraya Damansara Puchong 631.31 1080.00 34
11 Lebuhraya Sungai Besi 8.21 278.83 36
12 Lebuhraya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur 45.86 462.10 33
13 Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat 76.43 1246.00 36 Pakej A&B; 33 Pakej C
14 Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru 30.87 320.00 17
15 Lebuhraya Metramac 0.40 45.00 26
16 Lebuhraya Baru Pantai 25.78 660.00 27
17 Lebuhraya Sistem Lingkaran Luar Kajang 2.71 1003.00 40
18 Lebuhraya Pantai Timur 1 1.61 1300.00 38
19 Lebuhraya Shah Alam-Kuang 0.10 660.00 33
20 Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth 17.62 252.40 30
21 Lebuhraya SMART 6.59 1933.00 40
22 Lebuhraya Kuala Lumpur- Putrajaya 1.08 1252.00 32
23 Lebuhraya Kajang-Seremban 0.01 766.00 42
24 Lebuhraya Duta Ulu Kelang 0.16 822.00 34
25 Lebuhraya Senai Desaru 0.01 1300.00 33
26 Lebuhraya Kemuning Shah Alam - 406.60 40
27 Lebuhraya Lembah Kelang Selatan - 1100.00 40

JUMLAH 2051.15


Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat, maklumat mengenai jumlah jaminan bank, subsidi dan insentif cukai kepada syarikat-syarikat konsesi yang berkenaan adalah di bawah bidang kuasa Agensi Pusat, iaitu Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan."

No comments:

Post a Comment