KUALA TERENGGANU - Masyarakat Cina di negara ini, khususnya di negeri Terengganu, digesa tidak 'termakan dan takut' dengan ugutan yang dibuat oleh Presiden MCA dan juga Presiden Umno.
Kaum Cina juga diminta berfikiran terbuka, peka dan sedar, bahawa kedua-dua parti komponen Barisan Nasional itu semakin hilang sokongan kerana tidak menegakkan keadilan dan menunaikan hak-hak rakyat.
Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing [gambar] berkata, MCA yang menjadi wakil kepada orang Cina dan Umno wakil kepada orang Melayu, sejak 50 tahun lalu, gagal menyampaikan hasrat kaum yang mereka wakili.
"Wakil yang ada sekarang dari MCA kononnya mewakili masayarakat Cina, Umno mewakili Melayu, tetapi mereka sebenarnya mewakili kepentingan diri sendiri dan kroni,
"sebab itu, selepas 50 tahun, orang Cina masih dianggap pendatang dan hanya orang Melayu Umno sahaja yang kaya raya,"ujarnya ketika ditemui Selasa, 3 April.
Menurutnya, apa yang berlaku ke atas bekas Presiden MCA dan Naib Presiden MCA adalah bukti bahawa parti itu tidak mengutamakan kepentingan kaum yang mereka wakili.
Katanya, kenyataan Dato' Seri Najib dan Chua Soi Lek menunjukkan mereka benar-benar terdesak dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa.
Sedang rakyat masakini, kata beliau, terutamanya masyarakat Cina, sudah membuat pilihan, menolak MCA dan Barisan Nasional dan memilih pemimpin Pakatan Rakyat sebagai wakil yang membawa suara mereka.
Baca lagi....Read More>>>>
No comments:
Post a Comment