Monday, May 16, 2011

MCA tidak akan faham Islam kerana Umno tidak tahu tentang Islam

http://buletinonline.net/images/stories/berita47/chaihingmei2011.jpgKUALA TERENGGANU - Walaupun Dewan Undangan Negeri itu adalah 'suatu dewan yang mulia' yang memberikan imuniti kepada ahli-ahlinya, namun ia tidak wajar dijadikan tempat untuk 'menghina' kumpulan atau parti, apatah lagi yang tidak ada dalam dewan tersebut pada masa itu.

Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, Alias Abdullah, bahkan tidak layak meletakkan sesuatu hukum berkaitan agama Islam kerana beliau bukan 'Ustaz atau Ulamak'.

"Dewan (Undangan Negeri Terengganu - DUN) walaupun beri imuniti kepada Yang Berhormat, ia adalah Dewan yang mulia, tidak patut dijadikan tempat menghina atau malabel parti lain,

"Alias (Alor Limbat) bukan Ustaz atau Ulamak, untuk menuduh seseorang 'Kafir al-Harbi', mana ada wakil rakyat DAP dalam DUN, yang ad mewakili orang Cina hanya wakil MCA,"tegas Chai Hing mengulas kenyataan wakil rakyat terbabit dalam sidang DUN Terengganu baru-baru ini.

Alias sewaktu ucapannya membahaskan titah perasmian telah menghukum DAP sebagai golongan yang boleh diperangi dan dibunuh (al-harbi) manakala Toh Chin Yaw dalam ucapannya kemudian, menyokong kenyataan tersebut.

Menurutnya, sebab itulah MCA tidak akan faham selama-lamanya tentang Islam kerana berkawan dengan Umno yang juga tidak tahu tentang Islam, namun DAP dalam Pakatan Rakyat sudah mula memahami Islam.

Katanya, kenyataan Karpal Singh adalah satu kenyataan yang sudah lama dan tidak lagi relevan kerana beliau telah pun mengeluarkan kenyataan lain tentang agama Islam dan negara Islam.

Tetapi katanya, kenyataan Presiden MCA adalah satu kenyataan yang 'masih segar' baru keluar daripada mulut beliau beberapa minggu yang lalu apabila Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak terdesak, mengajak PAS masuk BN.

Sehubungan itu beliau menggesa pihak bertanggungjawab supaya mengambil tindakan kepada sesiapa sahaja yang menyebabkan suasan tegang dan mengancam keselamatan negara.

"Ambil tindakan segera terhadap mereka yang sengaja menunjukkan satu suasana yang tegang dalam negara pada hari ini." ujarnya ketika ditemui.

Menurutnya, isu minta maaf tidak timbul sama sekali kerana tidak ada pun usaha daripada DAP untuk menggantikan agama rasmi negara ini daripada Islam kepad Agama Kristian.

"itu tidak timbul, isu ini tidak timbul sama sekali ia hanya merupakan tuduhan liar daripada utusan dan juga pihak-pihak tertentu untuk memutar belit dan memburukan imej  DAP  di kalangan masyarakat  melayu di negara kita .

"ini hanya satu dakyah Umno dan Barisan Nasional untuk menakut-nakutkan masyarakat melayu supaya tidak lagi memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang,"jelasnya

Katanya, itulah sebenarnya tujuan utama Umno-BN, kerana mereka sudah rasa kedudukan mereka tergugat ekoran masyarakat berbilang kaum termasuk Iban, Dayak dan Kadazan, mula memberi sokongan yang kuat kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini

Beliau berkata kedua-dua negeri, Sabah dan Sarawak, bukan lagi merupakan 'deposit tetap' kepada Barisan Nasional.

Beliau yakin hanya mereka yang menyokong Umno dan BN sahaja yang akan percaya  dengan fitnah yang dilemparkan dan menyeru seluruh masyarakat supaya tidak temakan dengan dakyah pemimpin Umno-BN yang tidak bertanggungjawab

"saya  menyeru seluruh masyarakat khususnya masyarakat Melayu  supaya tidak termakan (dengan) dakyah yang dihebohkan dan diwawarkan oleh pemimpim -pemimpin Umno, kerana mereka  ini merupakan pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab,

"dan (mereka) sengaja mewujudkan satu suasana yang tegang di negara kita dengan tujuan untuk meraih sokongan dari masyarakat Melayu demi kepentingan politik dalam pilihan raya yang akan datang,"katanya.-BO

No comments:

Post a Comment