Sunday, May 29, 2011

DAP cadang lantik Ibrahim sebagai Ketua Setiausaha Negara.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita47/NgChaiHing.jpgKUALA TERENGGANU - Pengerusi DAP Kuala Terengganu mencadangkan supaya kerajaan mekantik Pengerusi PERKASA Datuk Ibrahim Ali untuk menguruskan hal biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Kalau itu kehendak dia (Ibrahim), dia tak mahu orang lain campur hal biasiswa, saya cadangkan kerajaan lantik Ibrahim menguruskan hal tersebut,

"nampaknya Menteri Umno Nazri Aziz pun menyokong kenyataan-kenyataan Ibrahim, jadi eloklah Ibrahim dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara,"ujarnya sinis.

Menurut Ng Chai Hing kedua-dua tokoh Umno itu tidak faham apa makna sebenarnya biasiswa.

Sepatutnya, kata beliau, mana-mana pelajar yang cemerlang itu, berikanlah biasiswa dan tidak perlu dipolitikkan menjadi isu perkauman.

Katanya, beliau nenganggap Ibrahim sebagai tokoh Umno kerana apa yang diperkatakan Ibrahim tidak akan dipedulikan orang kecuali apabila pemimpin Umno menyokong beliau.

Antara yang menyokong kuat Ibrahim adalah mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad yang juga bekas Presiden Umno.

"kalau bertepuk sebelah ytangan, mana akan berbunyi, apabila Ibrahim ali bersuara dan Mahathir menyokong, Nazri juga memberikan 'kredit',

"maknanya suara Ibrahim sebenarnya adalah suara Umno,"jelasnya.ketika ditemui.

Wednesday, May 18, 2011

Lim Guan Eng: Hapuskan candu besar dahulu

Kerajaan BN seharusnya menghapuskan terlebih dahulu "candu besar" iaitu pemberian RM19 bilion setahun bagi subsidi gas kepada penjana tenaga bebas (IPP) dan sektor kuasa komersial sebelum menghapuskan "candu kecil" iaitu subsidi gula, petrol dan diesel untuk rakyat. DAP menentang sekeras- kerasnya penarikan subsidi diesel sejak 1 Jun 2011 tanpa terlebih dahulu menghapuskan subsidi gas kepada IPP yang telah menyebabkan inflasi yang teruk kepada peniaga dan pengguna.

Pemerintahan Najib menjangkakan penjimatan sebanyak RM659.3 juta tahun ini dengan menghapuskan subsidi diesel tetapi masih perlu membayar RM116 juta untuk membiayai subsidi sektor pengangkutan awam. Mereka yang terlibat tidak dapat lagi membeli diesel dengan harga RM1.48 per liter tetapi perlu membayar RM1.80 untuk harga pam.  Kesemua pembawa kargo, van, lori- lori yang membawa minuman, kapal- kapal yang membawa muatan tepung, barang sejuk beku, tangki air, teksi limousine, van Luton dan kapal laut dalam untuk memancing kategori C-2 akan terpengaruhi oleh kenaikan harga diesel tersebut.
Mengapa rakyat dan 27 juta penduduk Malaysia terpaksa menanggung kenaikan harga ketika beberapa syarikat raksasa di dalam IPP tidak sedikitpun berasa terbeban walau satu sen dengan pemotongan subsidi tersebut?  Penghapusan subsidi kepada masyarakat miskin menambahkan derita berikutan upah yang rendah sementara keuntungan IPP meningkat kerana mereka menikmati subsidi gas RM19 juta setahun tersebut.  Laporan menunjukkan bahawa 40% isi rumah di Malaysia memperolehi pendapatan kurang daripada RM1500 sebulan dengan beberapa laporan menyatakan bahawa 34 % daripada pekerja di Malaysia memperolehi gaji bulanan di bawah garis kemiskinan iaitu sebanyak RM700.

Antara tahun 2008 dan 2010, bayaran upah hanya meningkat sebanyak 2.6%; bermaksud pada 10 tahun terakhir, trend penerimaan upah dan gaji tidak langsung berpadanan dengan peningkatan kos sara hidup.  Ini diikuti dengan hutang isi rumah kepada KDNK iaitu sebanyak 78% dan dijangka akan meningkat hingga 80% dalam tempoh dua tahun akan datang.

Seharusnya ada dua cabang pendekatan dalam menangani penghapusan subsidi yang dianggap sebagai candu oleh Perdana Menteri.  Gelaran yang diberikan dilihat seperti tidak sensitif dan tidak adil kepada golongan miskin yang memerlukan beberapa keperluan subsidi untuk mengatasi kenaikan harga barang.
Pertama berkaitan dengan candu rasuah yang lebih besar yang telah menyebabkan kerugian tahunan minimum sebanyak RM28 bilion setahun dengan anggaran beberapa lagi kerugian mencecah US $100 bilion sejak tahun 1980-an.  Kedua ialah memadamkan candu besar dari subsidi gas yang sepatutnya boleh diselamatkan puluhan bilion ringgit setahun sebelum menghapuskan candu kecil yang hanya menjimatkan ratusan juta ringgit.

*Kenyataan media oleh Lim Guan Eng (gambar kanan) selaku Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan.

Monday, May 16, 2011

Tindakan terhadap mereka yang sengaja cetuskan ketegangan!

MCA tidak akan faham Islam kerana Umno tidak tahu tentang Islam

http://buletinonline.net/images/stories/berita47/chaihingmei2011.jpgKUALA TERENGGANU - Walaupun Dewan Undangan Negeri itu adalah 'suatu dewan yang mulia' yang memberikan imuniti kepada ahli-ahlinya, namun ia tidak wajar dijadikan tempat untuk 'menghina' kumpulan atau parti, apatah lagi yang tidak ada dalam dewan tersebut pada masa itu.

Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, Alias Abdullah, bahkan tidak layak meletakkan sesuatu hukum berkaitan agama Islam kerana beliau bukan 'Ustaz atau Ulamak'.

"Dewan (Undangan Negeri Terengganu - DUN) walaupun beri imuniti kepada Yang Berhormat, ia adalah Dewan yang mulia, tidak patut dijadikan tempat menghina atau malabel parti lain,

"Alias (Alor Limbat) bukan Ustaz atau Ulamak, untuk menuduh seseorang 'Kafir al-Harbi', mana ada wakil rakyat DAP dalam DUN, yang ad mewakili orang Cina hanya wakil MCA,"tegas Chai Hing mengulas kenyataan wakil rakyat terbabit dalam sidang DUN Terengganu baru-baru ini.

Alias sewaktu ucapannya membahaskan titah perasmian telah menghukum DAP sebagai golongan yang boleh diperangi dan dibunuh (al-harbi) manakala Toh Chin Yaw dalam ucapannya kemudian, menyokong kenyataan tersebut.

Menurutnya, sebab itulah MCA tidak akan faham selama-lamanya tentang Islam kerana berkawan dengan Umno yang juga tidak tahu tentang Islam, namun DAP dalam Pakatan Rakyat sudah mula memahami Islam.

Katanya, kenyataan Karpal Singh adalah satu kenyataan yang sudah lama dan tidak lagi relevan kerana beliau telah pun mengeluarkan kenyataan lain tentang agama Islam dan negara Islam.

Tetapi katanya, kenyataan Presiden MCA adalah satu kenyataan yang 'masih segar' baru keluar daripada mulut beliau beberapa minggu yang lalu apabila Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak terdesak, mengajak PAS masuk BN.

Sehubungan itu beliau menggesa pihak bertanggungjawab supaya mengambil tindakan kepada sesiapa sahaja yang menyebabkan suasan tegang dan mengancam keselamatan negara.

"Ambil tindakan segera terhadap mereka yang sengaja menunjukkan satu suasana yang tegang dalam negara pada hari ini." ujarnya ketika ditemui.

Menurutnya, isu minta maaf tidak timbul sama sekali kerana tidak ada pun usaha daripada DAP untuk menggantikan agama rasmi negara ini daripada Islam kepad Agama Kristian.

"itu tidak timbul, isu ini tidak timbul sama sekali ia hanya merupakan tuduhan liar daripada utusan dan juga pihak-pihak tertentu untuk memutar belit dan memburukan imej  DAP  di kalangan masyarakat  melayu di negara kita .

"ini hanya satu dakyah Umno dan Barisan Nasional untuk menakut-nakutkan masyarakat melayu supaya tidak lagi memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang,"jelasnya

Katanya, itulah sebenarnya tujuan utama Umno-BN, kerana mereka sudah rasa kedudukan mereka tergugat ekoran masyarakat berbilang kaum termasuk Iban, Dayak dan Kadazan, mula memberi sokongan yang kuat kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini

Beliau berkata kedua-dua negeri, Sabah dan Sarawak, bukan lagi merupakan 'deposit tetap' kepada Barisan Nasional.

Beliau yakin hanya mereka yang menyokong Umno dan BN sahaja yang akan percaya  dengan fitnah yang dilemparkan dan menyeru seluruh masyarakat supaya tidak temakan dengan dakyah pemimpin Umno-BN yang tidak bertanggungjawab

"saya  menyeru seluruh masyarakat khususnya masyarakat Melayu  supaya tidak termakan (dengan) dakyah yang dihebohkan dan diwawarkan oleh pemimpim -pemimpin Umno, kerana mereka  ini merupakan pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab,

"dan (mereka) sengaja mewujudkan satu suasana yang tegang di negara kita dengan tujuan untuk meraih sokongan dari masyarakat Melayu demi kepentingan politik dalam pilihan raya yang akan datang,"katanya.-BO

Wednesday, May 4, 2011

Orang Cina jangan takut ugutan Najib, Soi Lek

http://buletinonline.net/images/stories/berita47/NgChaiHing.jpgKUALA TERENGGANU - Masyarakat Cina di negara ini, khususnya di negeri Terengganu, digesa tidak 'termakan dan takut' dengan ugutan yang dibuat oleh Presiden MCA dan juga Presiden Umno.

Kaum Cina juga diminta berfikiran terbuka, peka dan sedar, bahawa kedua-dua parti komponen Barisan Nasional itu semakin hilang sokongan kerana tidak menegakkan keadilan dan menunaikan hak-hak rakyat.

Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing [gambar] berkata, MCA yang menjadi wakil kepada orang Cina dan Umno wakil kepada orang Melayu, sejak 50 tahun lalu, gagal menyampaikan hasrat kaum yang mereka wakili.

"Wakil yang ada sekarang dari MCA kononnya mewakili masayarakat Cina, Umno mewakili Melayu, tetapi mereka sebenarnya mewakili kepentingan diri sendiri dan kroni,

"sebab itu, selepas 50 tahun, orang Cina masih dianggap pendatang dan hanya orang Melayu Umno sahaja yang kaya raya,"ujarnya ketika ditemui Selasa, 3 April.

Menurutnya, apa yang berlaku ke atas bekas Presiden MCA dan Naib Presiden MCA adalah bukti bahawa parti itu tidak mengutamakan kepentingan kaum yang mereka wakili.

Katanya, kenyataan Dato' Seri Najib dan Chua Soi Lek menunjukkan mereka benar-benar terdesak dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa.

Sedang rakyat masakini, kata beliau, terutamanya masyarakat Cina, sudah membuat pilihan, menolak MCA dan Barisan Nasional dan memilih pemimpin Pakatan Rakyat sebagai wakil yang membawa suara mereka.
Baca lagi....Read More>>>>