KUALA TERENGGANU - Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) dilihat semakin menuju ‘kehancuran’ dan rakyat disaran menukarnya dengan PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang.
Pengerusi DAP Terengganu, Encik Ng Chai Hing berkata sudah tiba masa rakyat dan pengundi di seluruh negara menukarkan Umno dan Barisan Nasional kepada PAS dan kerajaan Pakatan Rakyat.
Ini kerana, katanya kepimpinan pentadbiran Umno-BN semakin lemah dan sudah tidak mampu memimpin negara.
Menurutnya, rakyat miskin yang kurang berpendidikan sering kali dipermainkan dengan janji-janji kosong Umno menjelang pilihan raya.
Antara golongan yang terpinggir, katanya, adalah penarik beca yang semakin tidak dipedulikan oleh kerajaan.
“Golongan warga penarik beca yang semakin ‘pupus’ ditelan zaman ini semacam terpinggir dan tidak dipedulikan oleh pihak kerajaan.
“Ini (penarik beca) semua Melayu tetapi kerajaan (Umno-BN) tidak tolong juga orang Melayu kerana yang ditolong adalah kroni-kroni sahaja,” ujarnya ketika ditemui.
Beliau berkata demikian dengan merujuk kepada Program Cakna Penarik Beca anjuran Pakatan Rakyat Terengganu di perkarangan pejabat PAS Cawangan Jalan Banggol, Kuala Terengganu, pada bulan Ramadhan lalu (Gambar).
Menurutnya seramai 50 orang penarik beca telah dihimpunkan dalam majlis tersebut bagi tujuan menyelami keadaan hidup mereka disamping menghulurkan sedikit bantuan.
Katanya, kesemua penarik beca yang hadir hidup dalam keadaan begitu dhaif dan perlu dibela kerana pendapatan yeng mereka perolehi dibawah garis kemiskinan tegar
"Semua yang hadir hidup susah, kerajaan perlu bantu mereka kerana semuanya hidup dibawah garis miskin tegar, pendapatan tak sampai RM400 sebulan,"kata Chai Hing yang juga bekas Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004
Beliau mempersoalkan kutipan zakat yang berjumlah puluhan juta setiap tahun tetapi rakyat miskin dan termiskin semakin bertambah.
Malah, katanya terdapat di kalangan yang memerlukan bantuan tetapi dipinggirkan kerana mungkin berlainan fahaman politik dengan pemerintah.
“Saya cukup sedih dan simpati dengan nasib warga penarik beca yang rata-rata mereka adalah warga emas yang miskin dan mudah miskin,” ujarnya.
Menurutnya, jika Pakatan Rakyat berjaya memerintah negeri dan negara golongan tersebut akan dibela dengan baik.

No comments:
Post a Comment