-Jangan Terpedaya Janji Manis BN
KUALA TERENGGANU – Masyarakat Cina di negara ini amnya dan di negeri Terengganu khususnya diingatkan supaya tidak ‘termakan’ denganjanji-janji manis MCA dan Barisan Nasional (BN).
Menurut Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing, MCA telah menyelamatkan Umno dengan mengumpan janji kepada masyarakat Cina pada tahun 1999 yang menyebabkan BN kembali berkuasa.
Sedangkan, katanya, pada waktu itu, Umno telah kehilangan undi Melayu kerana protes ekoran gerakan reformasi dan isu pemecatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
“sebanyak 54% undi telah diraih oleh Barisan Alternatif waktu itu tetapi kerana termakan dengan janji manis MCA, masyarakat Cina telah memberi undi kepada Umno dan menyambung talian hayat BN,”katanya ketika ditemui
[Gambar - Chai Hing memberikan ang pow kepada massyarakat Cina Dungun dalam meraikan sambutan tahun Baru Cina ]
Namun, menurutnya, sebaik sahaja BN mendapat kuasa masyarakat Cina telah didakwa dengan pelbagai tuduhan dan dilemparkan dengan ‘gelar’ yang sangat hodoh dan perkauman.
Beliau berkata, Perdana Menteri ketika itu yang juga Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad telah memanggil orang-orang Cina sebagai ekstrimis dan cauvinis sebaik menang pilihanraya ke 10 tahun 1999.
Mengulas kenyataan Pengerusi MCA Terengganu yang juga ADUN Bandar dan Exco negeri Terengganu, Chai Hing bekata, beliau tidak sepatutnya mengambil remeh dan sambil lewa masalah bangunan dan binaan yang sering runtuh di negeri ini.
Sebagai seorang bekas kontraktor binaan, Chai Hing menyifatkan kenyataan Dato’ Toh Chin Yau sebagai satu kenyataan yang ‘bodoh sombong’.
“sebagai seorang bekas kontraktor binaan, YB Toh tidak boleh memandang remeh dan sambil lewa kerana bangunan dan binaan yang runtuh itu melibatkan wang rakyat, wang pembayar cukai,
“ia satu kenyataan yang bodoh sombong oleh seorang bekas kontraktor binaan,”tegasnya.
Dato’ Toh Chin Yau, dilaporkan pada 21 Februari lalu menganggap kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh, adalah perkara biasa.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pelajar UPSR Yayasan Terengganu Kali Ke 33, 2012 di Dewan Tuanku Abdul Rahman.
No comments:
Post a Comment