Thursday, March 22, 2012

Speaker Tidak Berhak Sekat Rakyat Tahu Tentang NFC

KUALA TERENGGANU - Yang DiPertua (Speaker) Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia tidak berhak menghalang Jawatankuasa kira-kira Wang Negara (Public Accountant Committee - PAC) bagi menyiasat penggunaan dana awam yang digunakan oleh syarikat pengeluar daging lembu kebangsaan National Feedlot Corporation (NFC).

"ia (NFC) melibatkan dana awam lebih RM250 juta yang perlu diketahui oleh rakyat ke manakah ia dihabiskan, PAC tidak melangkaui bidang kuasa mahkamah kerana mahkamah membicarakan tentang tuduhan jenayah rasuah yang melibatkan suami Shahrizat,

"kita (DAP) menyokong keputusan Khalid untuk terus melakukan siasata kerana menjadi tugas PAC yang ditubuhkan atas kepentingan rakyat,"ujarnya ketika ditemui.

Beliau turut mempertikaikan 'nasihat' Pandikar Amin Mulia yang mengatakan NFC tidak boleh disiasat kerana ia sedang terbabit dengan perbicaraan mahkamah.

Beliau mempersoalkan mengapa dalam kes Zon Dagangan Bebas Pelabuhan Kelang (Port Klang Free Trade Zone - PKFZ) sebelum ini ia boleh didiasat PAC walaupun PKFZ telah terlibat dengan kes mahkamah.

Katanya, adakah Pandikar Amin Mulia sebagai Yang DiPertua Dewan Rakyat mempunyai kepentingan dalam NFC sehinggakan beliau cuba menghalang satu siasatan yang amat penting oleh PAC.

"Adakah Pandikar Amin Mulia ada kepentingan dalam syarikat Lembu Negara itu? Mengapa beliau cuba menghalang rakyat daripada mengetahui penyalahgunaan wang rakyat? Sekiranya beliau tidak ada kepentingn, lebih baik dia jaga sidang parlimen dan pastikan Menteri-menteri jadir memberikan jawapan di parlimen,"tegasnya.

Sehubungan itu, beliau menekankan bahawa rakyat perlu tahu tentang penggunaan wang negara kerana rakyat adalah 'taukeh' kepada negara ini.

Manakala Pandikar Amin Mulia adalah 'kuli' kepada rakyat yang mesti menjalankan khidmat tanpa menyebelahi mana-mana pihak samada pembangkang ataupun kerajaan.

Justeru beliau menggesa supaya rakyat bangkit dan menentukan hala tuju negara dengan menggunakan hak sebagai pengundi pada pilihanraya umum yang ke-13 akan datang.

Beliau menyeru kepada masyarakat Tionghua dinegeri Terengganu khususnya agar menyokong PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihan raya akan datang.

“Saya (DAP) minta masyarakat Tionghua di Dun (Dewan Undangan Negeri) Chukai ini beri sokongan padu kepada calon PAS dan Pakatan Rakyat pada PRU13 nanti.

“Pemimpin Umno seperti ‘kacang lupakan kulit’ apabila mereka (BN) berkuasa dan jadi kerajaan,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment