DAP menyokong 3 tuntutan utama oleh penganjur Bersih 3.0 :-
- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti meletakkan jawatan
- Proses pemilihan mestilah bersih sebelum pilihan raya yang akan datang disebabkan kegagalan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) ke atas penambahbaikan sistem pilihan raya bagi menangani isu-isu kritikal seperti audit daftar pemilih yang tidak lengkap, penyalahgunaan berhubung undi pos, kesalahan pilihan raya, kegagalan untuk menangani politik wang, tiada akses yang bebas dan sepenuhnya untuk media cetak dan penyiaran dan tiada langkah- langkah untuk menamatkan politik kotor; dan
- pemerhati antarabangsa harus dibenarkan untuk memantau pilihan raya
Kelemahan yang paling serius berhubung laporan ini adalah keengganan untuk memaparkan kelemahan asas dalam daftar pemilih. Penyalahgunaan daftar pemilih telah meningkat sejak pilihan raya umum Mac 2008 dan lebih banyak bukti telah didedahkan oleh pelbagai pihak seperti Merdeka Center, Institut Nasional Integriti Pilihan Raya (NIEI) dan Bersih.
Antara salah laku yang telah dikenal pasti adalah peratusan pengundi yang tinggi yang tidak dapat dikenal pasti oleh penduduk tempatan; pendaftaran yang berulang kali oleh pengundi yang sama dengan lebih daripada 1 nombor kad pengenalan; pengundi yang lahir sebelum tahun 1900 masih dalam daftar pengundi termasuk Wong Kwn Moy yang lahir pada tarikh 23 Ogos 1853; pengundi dengan nombor kad pengenalan lelaki tetapi disenaraikan sebagai pengundi wanita dan sebaliknya; dan 42,000 pengundi yang nombor IC nya tidak boleh dikesan melalui rekod yang dimiliki oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Ini hanya sebahagian kecil sejak Jawatankuasa Pemilihan Khas Parlimen (PSC) tidak meminta Mimos untuk menjalankan kajian secara menyeluruh berhubung daftar pemilih.
DAP bersetuju dengan kenyataan oleh Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee, apabila bercakap mengenai keperluan untuk memeriksa daftar pemilih, 'PSC ditubuhkan untuk 'nominal nod' dengan merujuk kepada audit ringkas berhubung daftar pemilih oleh agensi kerajaan MIMOS yang telah dilaksanakan dalam lingkungan parameter yang sangat terhad”. Usaha yang dilakukan oleh MIMOS hanyalah dengan memeriksa alamat lebih daripada 50 pengundi yang berdaftar dengan mereka dan mengabaikan banyak kawasan yang lebih berpotensi untuk dimanipulasi dan kesilapan yang wujud dalam daftar pemilih.
Lebih mengecewakan apabila Ketua PSC selain daripada Maximus Ongkili, Parti Bersatu Sabah (PBS) telah disingkirkan daripada berkuasa di sebahagian negeri Sabah kerana kebanjiran secara tiba- tiba dalam bilangan pengundi dalam daftar pemilih termasuk banyak pendatang asing tanpa izin yang telah diberikan IC palsu untuk membolehkan mereka untuk mendaftar dan mengundi.
DAP amat mebantah kegagalan Speaker Dewan Rakyat untuk tidak membenarkan pengenalan laporan minoriti di mana sebahagian dokumen mendedahkan sebahagian daripada masalah utama yang memberi kesan kepada daftar pemilih. Kegagalan PSC untuk memasukkan hasil laporan minoriti ke dalam laporan PSC dan sikap Speaker yang memperkenalkan satu dokumen yang berasingan di Parlimen menunjukkan kurangnya komitmen pihak kerajaan untuk menempatkan mekanisme yang bermakna dan langkah-langkah untuk membersihkan daftar pemilih.
Memandangkan kurangnya komitmen untuk menyediakan pilihan raya umum akan datang yang bersih dan bebas, DAP menyokong sepenuhnya panggilan Bersih 3.0 untuk berkumpul di Dataran Merdeka pada 28 April 2012 dari jam 2pm hingga 4pm, bagi menyatakan hasrat rakyat untuk mengadakan pilihan raya umum ke-13 yang bersih, bebas dan adil. DAP juga mengulangi sokongan bagi pelaksanaan penuh 8 tuntutan Bersih 2.0 di mana salah satu – penggunaan dakwat kekal- telah ditangani dalam Laporan PSC sahaja.
Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada hari Khamis, 5hb April 2012
No comments:
Post a Comment