Saturday, January 26, 2013

70% Kaum Tionghua Terengganu Sedia Buat Perubahan

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita13/DSC01050.jpgKUALA TERENGGANU - Melalui tinjauan yang dibuat oleh Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) negeriTerengganu tujuh dari sepuluh orang kaum Tionghua di negeri ini sudah bersedia untuk membuat perubahan pada pilihanraya ke-13 akan datang.

Menurut Timbalan Pengerusinya Jeffri Chua [Gambar atas - paling kanan], DHPP sedangn giat membantu calon-calon PAS dan Pakatan Rakyat untuk memberikan penerangan berhubung isu-isu semasa ke seluruh negeri Terengganu.

"kita round (ziarah) hari ini adalah (dalam) seratus lebih (buah rumah), sambutan (orang) Cina memang menggalakkan, masing-masng kata (mereka) nak ubah (kerajaan pada RU-13),

"yang sebut (sedia berubah) 70% yang lain tu.....dalam hati dia sudah tahu nak undi siapa,"ujarnya ketika ditemui selepas mengiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang Dato' Tengku Hassan Omar menziarahi penduduk berketurunan Cina di sekitar Kampung Ladang, dekat sini pada Rabu 23 Januari.

Turut sama dalam lawatan tersebut adalah aktivis 'R' Terengganu, Gerakan Kembalikan Royalti Minyak Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah dan Pengerusi DAP negeri Terengganu, Ng Chai Hing.

Katanya, Lawatan Ramah Mesra Pengundi DUN Ladang tersebut dibuat bagi mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina yang akan dirayakan oleh masyarakat Tionghua pada 10 Februari depan.

Menurutnya, program tersebut diadakan lebih awal kerana mereka akan mula pulang ke kampung masing-masing mulai minggu hadapan bagi erayaka 'hari bear' tersebut.

Jeffri Chua yang merupakan anak jati kelahiran Terengganu cukup yakin perubahan besar akan berlaku pada pilihanraya umum yang akan datang dinegeri Terengganu dan di peringkat kerajaan pusat.

Katanya, sejak beliau dilahirkan 55 tahun yang lampau, bersekolah dan membesarkan di Kuala Terengganu, beliau tidak pernah melihat satu tekad yang begitu kuat dikalangan masyarakat Tionghua untuk membuat perubahan politik dalam negara ini.

Saturday, January 5, 2013

GERAKAN sibuk selak kain orang, tidak sedar kainnya cuba ditanggal rakan sendiri


TADI ada pak cik hantar senaskah akhbar Chinese Weekly yang pro-MCA. Tak sempat belek isi kandungannya, melihat kulit pun sudah tepuk dahi. Muka depannya menceritakan bahawa parti berbilang kaum itu dalam bahasa mudahnya, “cakap senanglah, buatnya susah”.

Dalam erti kata lain, mana-mana parti boleh mengaku berbilang kaum, tapi belum tentu dapat merealisasikan kehendak itu. Sekiranya akhbar ini bertujuan memperli DAP maka tidaklah pelik. Dah memang itu kerja geng-geng MCA. Bidang tugas yang diberi UMNO kepadanya barangkali.

Tapi apabila ditenung-tenung muka depan akhbar itu. Kelihatan selain lambang DAP dan PKR, rupanya Gerakan, Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) pun kena sekali. Nampaknya kegelian geng-geng pro-MCA terhadap parti berbilang kaum sudah di tahap kawan satu Barisan Nasional (BN) pun kena ditibai.

Kesian Gerakan. Di saat dirinya sibuk menyelak tepi kain orang, orang yang rapat dengannya sendiri sedang cuba menanggalkan kainnya. Bahaya betul!

Mungkin sudah tiba masanya parti komponen lain dalam BN mengikuti jejak abang mereka, UMNO dan MCA. Biarlah parti di dalam Pakatan Rakyat saja berusaha bersungguh-sungguh cuba mewakili rakyat Malaysia. Tanpa mengira kaum, agama dan tempat.

Gerakan, PBS dan SUPP misalnya boleh mula mengorak langkah lebih serius menjadi parti berasaskan kaum. Mesti juga banyak belajar dengan abang besar BN bagaimana mahu melihat sesuatu isu daripada sudut perkauman. Gerakan mungkin tiada masalah kerana kelihatan semakin mahir. Yang lain perlu lebih berusaha.

Kawanan BN boleh bersama-sama bergerak ke zaman lampau dengan sekadar memainkan isu kaum. PR sila teruskan usaha memecut ke zaman baru.- Roketkini.com